[1996] 1 MLJ 45
Wong Kim Fatt v Yong Kwet Yin
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (JOHOR BAHRU) — CIVIL
APPEAL NO 11–6–1995
Judges ABDUL MALIK ISHAK J
Date 8 AUGUST 1995
Citation
[1996] 1 MLJ 45
Catchwords:
Civil Procedure — Summary judgment — Loan — Rebutting
presumption of moneylending — Whether affidavit evidence was sufficient —
Whether necessary for competent officer from licensing authority to swear
affidavit stating that appellant not a moneylender — Moneylenders Act 1951 s 3
Moneylenders — Loan interest-free to friend — Whether a
moneylending transaction — Whether necessary for competent officer from
licensing authority to swear affidavit stating that appellant not a moneylender
— Moneylenders Act 1951 ss 3, 5
Limitation — Advance of money — Personal loan — Cheque for
repayment of loan dishonoured — Whether limitation period runs from date of
advance of money or date of dishonour of the cheque
Bahasa Malaysia Summary:
Pada 20 November 1993, perayu telah memfailkan suatu
tuntutan di mahkamah majistret terhadap penentang untuk pembayaran balik
RM20,000 yang telah diberikan kepada penentang. Perayu menyatakan bahawa jumlah
wang tersebut telah diberikan kepada penentang sebagai suatu pinjaman
persendirian, dan walaupun penentang telah menyerahkan sekeping cek kepadanya
sebagai pembayaran pinjaman tersebut, perayu mendapati bahawa cek itu adalah
tak laku apabila perayu mengemukakannya untuk bayaran pada 20 Julai 1988. Sebaliknya,
penentang pula berhujah dalam pembelaannya bahawa:
(i) perayu telah mengikat
suatu perjanjian dengannya dan seorang yang bernama Foon Teck Lee untuk
memulakan suatu perniagaan memberipinjam wang dalam 1983, dan dia hanya
merupakan ejen perayu yang bertanggungjawab untuk mencari peminjam bagi pihak
perayu;
(ii) perayu telah menjalankan urusniaga pinjaman wang tanpa lesen,
bercanggahan dengan s 5 Akta Pemberipinjam Wang 1951 (‘Akta tersebut’); dan (c)
kausa tindakan telahpun dihalang oleh had masa di bawah Akta Had Masa 1953.
Selepas penentang membaca pernyataan pembelaan tersebut, penentang pun memohon
kepada mahkamah majistret untuk penghakiman terus di bawah A 26A
Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980. Perayu berkata berulang-kali dalam
afidavitnya bahawa dia telah memberikan suatu pinjaman persendirian sejumlah
RM20,000 kepada penentang atas permintaan penentang, dan dia menafikan
pengetahuan tentang perniagaan memberipinjam wang seperti yang dikatakan oleh
penentang. Penentang juga mendepos bahawa pada semua masa, perayu tidak pernah
merujuk kepada urusniaga itu sebagai suatu skim memberipinjam wang, sehinggalah
perayu memfailkan tuntutannya. Penentang, dalam afidavitnya, mengulangi
pengataannya dalam pernyataan pembelaan. Walau bagaimanapun, penentang tidak
membalas deposisi perayu dalam afidavitnya, dan tidak ada afidavit sokongan
yang telah difailkan oleh Foon Teck Lee. Majistret tersebut telah menolak
permohonan perayu untuk penghakiman terus. Perayu merayu.
Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan dengan kos:
(1) Daripada keterangan afidavit, adalah jelas bahawa perayu
tidak mengiklan atau berlagak melaui sebarang cara sebagai seorang
pemberipinjam wang seperti yang ditakrifkan oleh s 2 Akta tersebut. Pengataan
memberpinjam wang tersebut merupakan suatu pengataan yang tidak berasas, yang
tidak disokong oleh sebarang keterangan yang kukuh. Penafian memberipinjam wang
secara keterangan afidavit adalah cukup untuk mematahkan anggapan pemberipinjam
wang di bawah s 3 Akta tersebut. Adalah tidak perlu supaya perayu mendapatkan
perkhidmatan seorang pegawai yang kompeten dari pihak berkuasa pelesenan untuk
mengikrarkan satu afidavit menyatakan bahawa perayu bukanlah seorang
pemberipinjam (lihat ms 563–F dan 54H); Teng Ah Seah v Teh Choo Pheng 2 MC 253,
Litchfield v Dreyfus [1906] 1 KB 584 dan Larut Matang Supermarket Sdn Bhd v
Liew Fook Yung [1995] 1 MLJ 375 diikut.
(2) Perayu hanya memberikan dua pinjaman persendirian kepada
penentang, dan adalah tidak boleh dihujahkan bahawa dua urusniaga pinjaman
persendirian yang berasingan ini boleh ditafsirkan sebagai keterangan ‘sistem
dan kesinambungan’ suatu perniagaan memberipinjam (lihat ms 54D); Newton v Pyke
(1908) 25 TLR 127 dan Baju Ria v Liau Kim Lian [1965] 1 MLJ 128 dibeza.
(3) Penentang bukan merupakan seorang ejen perayu dalam
perniagaan memberipinjam wang yang dikatakan, tetapi seorang penerima pinjaman
persendirian sejumlah RM20,000. Walau bagaimanapun, jika Foon Teck Lee telah
memfailkan satu afidavit untuk menyokong penentang, pengataan bahawa penentang
telah bertindak sebagai seorang ejen perayu dalam memberipinjam wang mungkin
dapat disokong (lihat ms 53F dan 55F).
(4) Adalah jelas sekarang bahawa had masa bermula daripada
tarikh apabila kausa tindakan timbul, dan untuk tujuan kiraan, hari di mana
kausa tindakan timbul tidak patut dikira. Dalam kes ini, had masa bermula
daripada 20 Julai 1988 apabila cek itu tidak dilayan, dan oleh sebab ini,
perayu adalah masih dalam had masa, dan halangan had masa tidak menjejaskan
kedudukan perayu (lihat ms 56E–F); Coburn v Colledge [1897] 1 QB 702 dan Marren
v Dawson Bentley & Co Ltd [1961] 2 QB 135 diikut.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLj adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq
minta maaf.
ReplyDeletesy nk tny.
bole bg kn link kat mana nk amik kes2 MLJ ?
kat sini ke ?
http://www.kehakiman.gov.my/
terima kasih