Dipetik dari blog : Kickdefella
Bersih 3.0: Bila Masa Depan Negara Ditentukan Di Jalan Raya
Saya bawa dua anak saya ke Dataran Merdeka hari ini bagi membuat liputan
perhimpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0. Di akhir perhimpunan itu, mereka
faham mengapa masa depan negara tidak boleh ditentukan di jalan raya.
Perhimpunan Duduk & Bantah Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan aman dengan
di kawal rapi oleh pihak polis sehinggalah muncul perusuh di kalangan peserta
perhimpunan itu yang tanpa sebab melainkan mahukan huru hara telah merempuh
kerawat berduri yang memagari Dataran Merdeka.
Pihak Polis terpaksa melepaskan semburan air dan juga gas pemedih mata
mengakibatkan peserta yang ikhlas menyuarakan hak demokratik mereka juga
terjejas akibat sekumpulan perusuh tersebut.Masa depan negara memang tidak boleh ditentukan di jalan raya. Sebabnya,
terlalu ramai mereka yang bodoh akan mengambil kesempatan untuk menunjukkan
kebodohan mereka dan akibatnya huru hara akan berlaku.
No comments:
Post a Comment