FOLLOWERS

Tuesday 2 March 2010

2 ANAK TIDAK SAH TARAF : APA KURANGNYA MEREKA ?




KUALA LUMPUR: Enggan bertanggungjawab ke atas anak hasil hubungan sulit dengan perempuan simpanan, seorang lelaki tergamak meninggalkan dua cahaya matanya itu terkontang-kanting di sebuah rumah kebajikan di Taman Melur, Ampang di sini, sejak empat tahun lalu.

Lebih malang, kehidupan kedua-dua anak perempuannya berumur 10 dan 15 tahun itu cukup memeritkan kerana gagal bersekolah serta terkurung kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri termasuk sijil kelahiran mereka.

Ketika ditemui semalam, anak sulungnya Joey Ooi Bee Law, 15, kelihatan bingung kerana bukan saja tidak mengenali bapanya, malah identiti sebenar ibu kandungnya itu juga tidak diketahui. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kesian juga PG melihat nasib 2 beradik ini yang masih tiada pengenalan diri masing-masing kerana ia anak tidak sah taraf. Bapa dan ibunya membuang mereka berdua.

2. Apa kata kedua anak ini di bin aje seperti mana anak tidak sah taraf Teoh Beng Hock. Mengapa kanak-kanak ini tidak boleh di letakkan nama lelaki yang bertanggungjawab terhadap kelahirannya? Teoh Beng Hock mendapat keistimewaan , mengapa 2 beradik ini terlalu sukar untuk mendapat Sijil kelahirannya.

3. Minta jawab sikit . Terutama kepada Pejabat Pendaftaran? 2 beradik ini bukan manusia ke atau bukan warga negara? Apa istimewanya Teoh Beng Hock dan wanita yang dinikahinya selepas mati?

4. Beribu lagi anak-anak tidak sah taraf terdapat di Malaysia. Mengapa Pejabat Pendaftaran tidak mengambil tindakan proaktif dengan mendaftar mereka seperti mana kes anak tidak sah taraf Teoh Beng Hock ?

5. Peraturan dan undang-undang hanya untuk orang seperti kami dan 2 anak ini sahaja ? Teoh Beng Hock ada kekebalan pula. Apa istimewanya dia?

6 comments:

  1. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dah set precedent membenarkan anak luar nikah Teoh Beng Hock (TBH) didaftarkan dgn TBH sebagai bapa.

    Adekah ibu bapa kedua kanak-kanak ini bolah menuntut peniktarafan seperti TBH ?

    Adekah JPN dah hilang penilaian moral ?

    Nani Cheras

    ReplyDelete
  2. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Sebabnya; emak bapa [haram] budak-budak ini tidak ditemui mati jatuh [terjun? bunuh diri?] dari tingkat ... [berapa?], di Kompleks ... [apa tu?], yg terdapat Pejabat ...[apa tu?}.

    2 Kalau tidak, dah berebut-rebut sosok-sosok yang berkenaan [berkepentingan?] dari Putrajaya berlumba-lumba datang nak menatang dua budak ni.

    3 Nasib budak-budak ini malang; sebab orang tua mereka tidak mati seglamour matinya Beng Hock...

    ReplyDelete
  3. nani cheras.
    itulah moral ceritanya yang saya ingin sampaikan. maknanya kerajaan seolah sudah menyetuji secara tak langsung kehidupan tanpa kahwin di malaysia.

    ReplyDelete
  4. Bro, Dont ask JPN. The govt officer just follow the order... SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Ask PM 1Malaysia (crap) and Hisham (Amaran)..

    Antihipokrit

    ReplyDelete
  5. kerana kepentingan politik ke????
    adala sikit tuh..agaknya

    ReplyDelete
  6. kerajaan kena bantu anak2 yg tak berdosa ni. tak kirala parti mane pun, tolong2 la uruskan....kesian anak2 ni...bayangkan kalau dia orang ni sedara kita, macam mane agaknya !!!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR