FOLLOWERS

Saturday 20 March 2010

8 MP BN MENYERTAI PR : HANYA SALAH FAHAM TU!!!!!!!!!!

( Di antara muka-muka yang ditipu dan diperbodhkan oleh DSAI.
Padan juga muka mereka kerana rela dan terus rela diperbodohkan oleh DSAI. )


Aggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ia berkaitan kenyataan YB Zahrin di parlimen 2 hari lepas bahawa DSAI mendakwa dan memaklumkan kepada pemimpin partinya bahawa 8 ahli parlimen BN akan menyertai PR bagi merealisasikan pelan 16 sep.

2. Ekoran dari itu blog-blog ( KLIK, KLIK, KLIK banyak lagi yang lain )pembangkang mula putar belit kenyataan Zahrin. Mereka mendakwa Zahrin berkata bahawa 8 MP BN akan menyertai PR bagi merealisasikan pelan 16 sep. Ia hanya putar belit dan salah faham MP BN sahaja. Bung Mukhtar nafi, Ku Li nafi akan berhijrah ke PR dalam pelan tersebut . KLIK

3. Yang sebenarnya ia putar belit dan salah faham ( akibat putar belit berita dari media pembangkang).

4. Sebenarnya kenyataan Zahrin semasa di parlimen ialah, DSAI memaklumkan kepada Zahrin dan pemimpin PKR yang lain, bahawa pelan 16 sep akan tercapai kerana mendakwa terdapat 8 orang MP BN akan menyertai PR. Ini adalah kenyataan DSAI kepada Zahrin dan pemimpin PR bagi menyedapkan hati pemimpinnya. Zahrin bukan mengatakan bahawa sah 8 MP BN telah bersetuju menyertai PR. Beliau hanya menceritakan apa yang DSAI memaklumkan dan mengwar-warkan padanya. Lihat berita dari Malaysiakini : KLIK ( " Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008 . " )

5. Jadi Bung Mokhtar, Fuaz Zarkarsi, Saifuddin Abdullah, Ismail Sabri dan Ku Li, tidak perlu nafikan kenyataan Zahrain. Ini semua putar belit kenyataan dari media pembangkang. Blogger mereka apa lagi. Pusing-pusing. Biasalah. Fitnah ini makan mereka sebaik mereka buka mata. Ingat! YB Zahrain hanya mengatakan beliau dan wakil rakyat PKR di beritahu bahawa......... Jadi mereka ( MP PKR ) termasuk Zahrain hanya diberitahu oleh DSAI. DSAI hanya menipu pemimpin nya sendiri,

6. Jadi kepada MP BN yang disebut oleh YB Zahrain itu jangan melatah. Hanya salah faham yang mana kenyataan YB Zahrain ini telah di pusing dan di manipulasikan.

7. Ingat semua 8 MP BN , YB Zahrain hanya mengatakan bahawa, DSAI pada masa itu telah mendakwa dan memberitahu kepada pemimpin PR dan PKR yang lain termasuk kepada Zahrain bahawa 8 ahli parlimen BN di atas akan mnyertai mereka, Itu sahaja. Hanya dari mulut DSAI. Biasalah , kaki goreng katakan. Bukan ada pengesahan dan MP BN pun. Dan Zahrain tak ada pula mengatakan MP BN yang 8 orang ini sah akan menyertai BN. Hanya DSAI yang memberitahu mereka dan mendakwa MP BN akan menyertai mereka. Itulah DSAI. Dia hanya memperbodohkan pemimpin dan pengikutnya sendiri.

8. DSAI : biasalah. Semua perkara akan di liwati. Termasuklah medianya pun mengikuti perangai pemimpinya.

9. Keh keh keh keh. Senang aje cerita dan pengakhir segala cerita berkaitan isu ini ialah : YB Karpal Singh dah suroh DSAI bertaubat mengenai isu ini. Bertaubat le DSAI. Bertaubatlah Media dan blog pembangkang. Tak usah le nak belitkan isu. Bukan kami bodoh sangat. Anda semua tu yang cetek akal dalam memahami kenyataan Zahrain. Takkan DYMM Agung pun benar menyokongnya. Hanya dakwaan DSAI pada Zahrain dan pemimpin PKR bahawa DYMM menyokong 16 sep............

5 comments:

  1. Salam Tuan,

    betul tu, MP BN yang angka 8 tu tak payahlah gundah-gulana. Sepatutnya mereka sendiri lebih faham dengan kenyataan YB Datuk Seri Zahrain tu.

    Zahrain hanya nyatakan tentang pembohongan Anwar kepada semua MP PKR mengenai projek 16 September dan bukannya YB Zahrain menuduh mereka itu iaitu 8 MP BN hendak masuk menyertai Pakatan Pembangkang...

    jadi maknanya nama mereka hanya dikaitkan oleh Anwar dengan angan-angan beliau itu... aduiii..itupun Bung, Ku Li, Puad dan lain-lainnya susah mahu faham...adeiiii...

    ReplyDelete
  2. Salam, Tuan Arif

    Sebenarnya setiap sesuatu perkataan, percakapan atau pun artikel yang dikeluarkan harus di perhatikan betul-betul. Bacalah berulang-ulang dan baharu membuat komen dan kenyataan. Perhatikan apa yang tersirat dan yang juga tersurat.

    Janganlah menjadi penyokong yang membabi buta sahaja, tidak melihat fakta atau pun manupulasi seorang pemimpin. DSAI dan TGNA ini haruslah perlu di perhatikan kewajaran sikap mereka. Segala perkataan mereka haruslah diselidiki betul-betul. Kekadang mereka ini ibarat sesumpah, berubah mengikut keadaan. Ini tersangat bahaya. Lihat sahaja fatwa TGNA, bagaimana....

    Saya tabek (salute), dengan DS Najib, diam..tetapi apa yang diperkatakan dan cadangannya beliau benar-benar bernilai. Beliau tidak melatah. Beliau benar-benar ada "Home Work". Begitulah nilai, kualiti seorang pemimpin. Semuga Beliau di rahmati dan di berkahi oleh Allah.

    Kepada penyokong-penyokong pembangkang, kajilah pemimpin kamu. Benarkan yang benar, sanggahlah yang silap. Bangkangan untuk kebaikan, tetapi bukan asal boleh sahaja. Jangan sampai merosakkan Malaysia negara tercinta.

    "Betulkanlah yang Biasa
    dan Biasakanlah yang Betul"

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com
    http://saatjais.formor.com

    ReplyDelete
  3. Salam,
    hehehe...sekurang2nya YB berlapan tu teliti dulu teks ucapan YB Zahrain sebelum buat komen!nampak sangat dorang ni tido dlm parlimen dan kurang buat penyelidikan bila buat kenyataan.
    mmmmm...dengar komen Bung Mokhtar...terserlah sifat terburu2...macam memperbodohkan diri sendiri pulak!!


    anakjati_sgway

    ReplyDelete
  4. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Sangat benar & tepat sekali untuk segera bertaubat. Namun, SUDAH PASTI BUKAN TAUBAT dari takrif Karpal Singh. Kita memaknai taubat dari tolok ukur syara'. ltulah sebenar-benar taubat dari takrif akidah kita - kaum Muslim - iaitu memohon keampunan dari Zat Yang Maha Mencipta Kita dan Maha Pengatur kehidupan kita dengan aturan-Nya.

    2 Di antaranya, marilah kita bertaubat setelah sekian lama membuang dan melontar jauh hukum-hukum syara' [syari'at]-Nya daripada dijadikan aturan & sistem yang mengatur seluruh muamalah, aktiviti, interaksi & urusan kehidupan ini.

    3 Kita di Malaysia ini telah 53 tahun [jika dikira sejak 'dianugerahi' kemerdekaan oleh panjajah British] hidup berhukun dengan hukum2 yg ditinta-emaskan oleh Suruanjaya Reid, iaitu kitab hukum yg bernama Perlmbagaan Persekutuan; yang menjadi sumber rujukan bagi setiap satu undang-undang pengatur hidup bernegara; yang kerana berhukum dengannya maka terhumbanlah kitab hukum yang bernama al-Quran dari menjadi aturan hidup berpemerintahan dan bernegara yg 'merdeka' ini.

    4 Jelas-jelas, hidup berhukum dengan hukum2 ciptaan Suruhanjaya Reid itu telah mensyirikkan syari'at Allah SWT - Zat Yang Maha Mengadili dan Maha Menghukum.

    5 Selagi belum tertegak Daulah Khilafah Rashidah minhajin nubuwwah yang menerapkan syari'at secara total sdebagai pengatur kehidupan, maka tuntutan bertaubat daripada berhukum dgn hukum Sivil-Sekular itu tetap dituntut ke atas SETIAP umat Muslim - bukan sekadar oleh DSAI dan sekutu-sekutunya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya 8 mp ni yg kencing Anwar, dia pergi percaya plak tu hehe

    ReplyDelete

PETA PELAYAR