FOLLOWERS

Saturday 6 March 2010

PECAT YB ZUL : DI MANA KEBEBASAN BERSUARA PKR ? CAKAP AJE LEBIH !



PKR pecat Zulklifi Noordin
Jimadie Shah OthmanMac 6, 105:08pm


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini.Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Itulah contoh kebebasan, ketelusan, keliberalan, hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh PKR. Semua itu hanyalah untuk mereka. Jika terancam dan ditikam dengan senjata yang sama yang perjuangkan oleh PKR maka tahu pula mereka mengambil tindakan kepada MPnya.
2. Jika kerajaan mengambil tindakan kepada mereka yangf melanggar undang-undang seperti berdemo haram, mengahasut dan sebagainya PKR terutama DSAI akan mengecam kerajaan kerana dikatakan kejam, tidak telus, tidak bebas, tidak berhak asasi manusia, tidak liberal, tidak amal kebebasan bersuara dan berbagai lagulah.

3. Tetapi dalam kes YB Zul : hanya satu repot polis terhadap Khalid gereja , dan kerap mengkritik secara terbuka kepada PKR dan komponen PR maka ia dibuang dari PKR.

4. Bebas kah PKR?, Adilkah mereka?, telus ke PKR?, PKR amalkan hak asasi manusia ke?, ada ke kebebasan bersuara dalam PKR? Mereka hanya cakap sahaja bila melibatkan kerajaan yang melakukan. Bila YB Zul menggunakan cara yang diperjuangkan oleh PKR dengan mengkritik PKR maka habuk pun tak ada. Mana kebebasan dan ketelusan serta keterbukaan?

5. Lihatlah pengundi muda. Inilah wajah PKR. Mereka cakap sahaja untuk kebebasan, ketelusan, keterbukaan, hak asasi, dan sebagainya. Ia hanya untuk politik . Atau dalam perkataan lain untuk menghentam kerajaan sahaja. Amalannya dalam PKR , habok pun tak ada.

6. Sekiranya mereka ini memerintah, kemungkinan berbagai sekatan dan undang-undang akan digubal bagi mengekang kebebasan, keadilan dan sebagainya. Jika PKR dan PR terancam, parti dan pakatn ini akan lebih zalimdari binatang buas.

7. Lihat ajelah apa yang mereka kenakan kepada YB Zul. Satu lagi pengajaran yang boleh kita ambil pemecatan YB Zul ialah , PKR akui bahawa pematuhan kepada peraturan dan disiplin parti adalah perlu dan wajib. Jadi analoginya, apa yang kerajaan lakukan terhadap pendemo haram, mereka yang mengancam ketenteraman negara dengan mengenakan tindakan di bawah Akta Hasutan, ISA dan sebagainya adalah sama dengan tindakan yang PKR lakukan terhadap ZUL. Dalam bernegara perlu ada displin dan pematuhannnya.

7. Jadi mengapa PKR masih sibok dan mengecam tindakan kerajaan apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang termasuk dalam politik?

8. Itulah wajah dan tindakan sesumpah politik. Mereka semuanya benar. Kerajaan semuanya salah. Mereka boleh melanggar undang-undang dan displin. Tetapi bila terkena batang hidung sendiri , kebebasan bersuaran serta keadilan yang dicanang hanyalah untuk kepentingan politik dan memperbodohkan rakyat sahaja.

8. Pengikut mereka terus diperbodohkan. Apa pun tahniah YB Zul atas ketegasan anda dalam mempertahankan prinsip anda dan anda tidak berjual beli dalam hal agama.

10 comments:

  1. Ini mesti Rosmah sudah bayar badan disiplin PKR dan suruh pecat YB. Zul. Mesti Umno ada peranan. Tak begitu ke?

    Agenda islam sememangnya tidak penting buat Anwar and the firaun2 kecil. Keputusan yg diambil telah dirancang bertujuan menggamit bukan islam kedalam PKR. Bagi PKR cukuplah sekadar ahli islamnya percaya adanya tuhan. Lain-lain hal adalah remeh.
    Cukuplah Anwar percaya pada tuhan, sumpah mubahalah adakah remeh. Liwat juga remeh.

    Orang islam didalam PKR sanggup mengorbankan kesucian islam asalkan Anwar berjaya jadi PM. Orang islam tdk boleh membenarkan PKR menerajui kerajaan Malaysia. Anwar sanggup korbankan sahabat lamanya semata-mata hendak kelihatan liberal dimata non muslim.

    Ahli islam PKR boleh bangga dengan liberalisme dan pluralisme bila takbir berkumandang didalam geraja yg juga dipanggil rumah Allah atau masjid kristian. Politik berasaskan nafsu amarah akan dikeji dan dihina oleh Allah. Namun demikian Anwar dan PKR akan terus memperjuangkan kepentingan agama lain semata-mata idamkan kuasa yg akan membuatnya lebih zalim terhadap agamanya sendiri.

    ReplyDelete
  2. Perosak Rakyat Topeng Perak6 March 2010 at 21:49

    Kebebasan bersuara ada,

    tapi untuk buat ladang babi, ambil tanah melayu, kafir guna Allah..kesimpulannya untuk Kapiaq mmg bebas bersuara.

    Tapi untuk orang Melayu /umat Islam, jika mempertahan hak dianggap jijik lebih dari babi.. Bahkan n.ajis lebih gemar memijak bangsa sendiri..

    ingat hanya ada 1 Tanah melayu, kita bukan ada HK, Shanghai, Mumbai, Tamil nadu..

    ReplyDelete
  3. semakin tidak meyakinkan... haru biru dibuatnya, itu baru dalam mentadbir satu parti belum satu negara...mengkritik sememangnya lebih mudah daripada melakukan

    ReplyDelete
  4. Ajak Zulkifli masuk UMNO la. Mana tau dengan kebebasan bersuara dalam UMNO dapatlah Zulkifli bongkar skandal kapal selam, Altantuya, PKFZ dan beratus2 skandal lagi. Kebebasan bersuara juga nanti Zulkifli boleh kritik Najib sebagai dayus kerana takut menyuruh Rosmah tutup aurat.

    ReplyDelete
  5. Rahsia YB Zul Nordin akhir terbongkar......berminat sila klik disini

    ReplyDelete
  6. hmmm actually tak kuasa nak amik tau
    dia kena pecat ke tak kena pecat ke tiada kebaikan atau keburukan kepada UMNO.

    Kalau dia rasa PKR ni problem dah lama dia tinggalkan tongkak itew dan berjuang melalui saluran (parti) yang betul.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    baru dia tau dulu kagum sgt dgn anwar, maki hamun dr Mahatmir, tlg sbr fitnah konon anwar diracun arsenik, bru dia tau.

    ReplyDelete
  8. biasalah PAKATAN...semua mengaku gabungan sampah nilah yang terbaik untuk memerintah malaysia...

    pada aku, akan jadi saat yang paling malang kalau PAKATAN dapat perintah...lihat saje negeri yang diberikan peluang untun perintah...hancur....

    moga PRU 13, ALLAH takan bagi PAKATAN memerintah...AMIN...

    ReplyDelete
  9. More search zulkifli Noordin at
    http://ttsearch.co.cc/search.php?query=Zulkifli+Noordin&type=and&search=1

    ReplyDelete
  10. Salam PG, inilah rupa sebenar PKR kalau dapat memerintah.........rakyat tidak akan dibenarkan bersuara......

    ReplyDelete

PETA PELAYAR