FOLLOWERS

Monday 7 March 2011

BANGKIT ISU SENSITIF : DYMM AGUNG PANDANG BERAT !!!!







KUALA LUMPUR 7 Mac - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini bertitah Seri Paduka Baginda memandang berat kecenderungan pihak-pihak tertentu membangkitkan isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara yang tidak sepatutnya.

Menurut Seri Paduka Baginda, soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

"Beta menyeru semua pihak supaya menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” titah baginda semasa merasmikan mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen hari ini.

Tuanku Mizan bertitah walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun kesederhaan diamalkan dengan subur di negara ini yang membolehkan agama-agama lain diamalkan dengan aman damai serta hari-hari perayaan agama lain turut diiktiraf dengan dijadikan hari cuti umum.

Bagi menjamin keamanan di negara ini, Seri Paduka Baginda berharap badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program dan aktiviti masing-masing, hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara. - Bernama

Penghuni Gua : Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

2 comments:

  1. Ampun Tuanku...moga titah Tuanku diambil berat olh setiap rakyat...jdkan pengajaran...

    Siapa pihak yg sering mencetuskan agenda perkauman tu PG?

    pihak umno/bn atau siapa?

    ReplyDelete
  2. Parti-parti politik dan bukan politik hendaklah akur kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan jangan hendak korner baring demi kepentingan politik.

    Politik bukan lesen menidakkan bahawa orang-orang Melayu dan Natif-natif Sabah dan Sarawak mempunyai keistimewaan inheren berbanding hak legitimate kaum-kaum yang bukan Melayu dan Natif-natif Sabah dan Sarawak.

    Sememangnya tepat betul apa yang Seri Paduka Baginda menekankan. Soal kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain meliputi hak kewarganegaraan dan hak asasi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak harus dipersoalkan bagi mengelak perpecahan.

    Daulat Tuanku.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR