FOLLOWERS

Friday 18 March 2011

KENA DIRI SENDIRI PANDAI PULAK BERDALIH !!!!!






Kelantan sedia mengkaji semula larangan penjualan tiket loterinya bersandarkan tafsiran penasihat undang-undang negeri mengenai isu itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, lapor TV Selangor.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari, semalam - menteri besar itu berkata tafsiran penasihat undang-undang negeri amat penting kerana isu itu turut membabitkan enakmen kerajaan persekutuan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Sampai minta tafsiran Penasihat Undang-Undang Negeri. Baru tahu susahnya nak haramkan sesuatu. Tapi kalau dengar cakap PAS, semua perkara boleh buat masa tu juga. Habis di kafirnya kerajaan kerana tak laksana hudud. Kerajaan terangkan ia perlu beransur-ansur kerana ia melibatkan perundangan negara dan sebagainya.

2. Tapi puak ini terus kafirkan kita semua dan kerajaan hingga kini. Semua kita jahiliyah. Sembelihan kita pun tak boleh di makan. Sembahyang pun hingga kini masih ada dua imam di Besut dan Jerteh dan bebarapa tempat lagi di Kelantan.

3. Tapi bila kena pada mereka , pandai pulak nak minta tafsiran penasihat undang-undang dulu lah dan sebagainya. Kononya ia mungkin akan menyalahi undang-undang dan enakmen negeri dan persekutuan. Tahu pulak!!!

4. Sudahlah !!!!! Cakap bermodal air liur memang senang. Bila bab perlaksanaan baru tahu langit tinggi rendah. Menyampah !!!!!!!!!!!!!!!!! Semuanya kerana undi masyarakat Cina sebenarnya. Bukan perundangan. Kalau kerana perundangan , tak le, mereka kafirkan kerajaan selama ini. Alasan kerajaan dulu pun sama dengan alasan mereka ini semasa tak mahu dan tak boleh laksanakan hudud.

5. Kerana politik, agama didagangkan. Menyampah..

5 comments:

  1. Nik aziz dah mula nak tunduk kepada desakan DAP dengan bercakap mengenai perlembangaan persekutuan serta nak penasihat undang2 kaji.Bila puak DAP dan PKR desak pasti nik aziz akur kot tetapi bila UMNO ajak buat kerajaan perpaduan dia la penentang kuat,sekiranya PAS betul2 ingin laksanakan hukum islam jalankan la mengharamkan perjudian di kelantan tak payah ikut telunjuk DAP nak batalkan peraturan tu,kena bertegas ni hukum Allah wahai PAS tau hanya kerana politik jer PAs itu islam untuk menarik undi orang islam

    ReplyDelete
  2. Nampak sangat hukum judi ini dimata PAS sebagai hukum politik dan bukannya hukum Islam. Mana lebih besar Islam atau politik sempit PAS?

    ReplyDelete
  3. Teringat saya pada cabaran Nik Aziz yang antara lain mengatakan jika UMNO... hari ini juga dia akan bubarkan PAS (Macam presiden PAS lak) dan sokong UMNO.

    Cabaran itu berkisar pada UMNO yang berpegang kepada Perlembagaan dan Undang-undang sekular (Tidak Islamik) berbanding PAS yang kononnya berdasarkan AQ, Hadis, Khias, Ijmak bla-bla... Tapi kini rupanya PAS dan UMNO ini serupa je.
    Kedua-duanya parti politik yang terima kaedahu demokrasi dalam menentu politik negara.

    Orang tablig tolak demokrasi. Bagi mereka tak ikut sunah. Begitu juga dengan jemah-jemah islam yang lain... Kenapa tak ikut PAS aje padahal Nik Aziz beranggapan hanya PAS yang ISLAM.

    ReplyDelete
  4. keh keh keh!
    Aku tahu UMNO memang minat judi dan kebanyakan pemimpinnya adalah taik judi, tapi mereka hendaklah ada perasaan kesian kepada orang cina, mereka pun hendak hidup selesa tanpa judi, anak-anak dan isteri mereka pun boleh hidup damai bila suami bukan kaki judi.
    Hakikat yang perlu diketahui oleh orang cerdik, bahawa lesen judi merupakan milik kerajaan pusat (kerajaan UMNO), sementara kerajaan kelantan hanya menguasai PBT, kerajaan kelantan mengunakan kuasanya tidak membenarkan permis dibawah PBT menjalankan perniagaan judi.
    Timbul persoalan bagaimana jika kegiatan perjudian dijalankan oleh orang cina Kelantan tidak melalui permis perniagaan. Inilah yang hendak dirujuk oleh kerajaan kelantan kepada pegawai undang-undang kerajaan negeri.
    Beritahu si Mahyuddin tu, kalau nak bela sangat atau nak ambil kesempatan, lihat dahulu isu tu boleh jalan atau tidak. Ini tidak, asyik hentam aje.
    Kau pula, bila nak tengok orang melayu Melaka tidak dilelong sehingga tinggal seluar dalam. Semua ini berlaku kerana UMNO menggalakkan judi kepada bangsa Melayu di Melaka.

    ReplyDelete
  5. dino.yp@gmail.com18 March 2011 at 19:49

    orang pas memang perangai camtu,pandai spin cerita ikut selera depa. asal depa nak kalah je, mula spin cite..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR