FOLLOWERS

Tuesday 3 April 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KUASA PENGAMBILAN TANAH !!!!!


[1995] 3 MLJ 710
Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) v Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor
Case Details:

                Malaysia              COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
                                N–01–17 OF 1995

                Judges MAHADEV SHANKAR JCA
                                ABU MANSOR JCA
                                ABDUL MALEK J

                Date      25 SEPTEMBER 1995

                Citation                [1995] 3 MLJ 710


Catchwords:

Land Acquisition — Acquisition of land — Compensation — Objection against amount of compensation awarded — Land acquired for public purpose — Appellant a statutory body — Whether appellant a person interested in the land and thereby may make objection — Land Acquisition Act 1960 ss 3, 37(3)

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu adalah sebuah badan berkanun dengan kuasa untuk menjalankan usaha berjenis komersial atau perindustrian secara bebas atau bersama dengan sebuah syarikat lain. Mereka telah membantah terhadap jumlah pampasan yang telah diaward oleh pemungut untuk pengambilan tanah yang dijadualkan atas alasan bahawa ianya keterlaluan. Di dalam borang D yang relevan untuk pengambilan yang dicadangkan bertarikh 19 Februari 1993, tujuan pengambilan itu adalah ‘bagi tujuan awam …’.Penentang kedua adalah tuanpunya berdaftar tanah yang dijadualkan itu yang telah memohon untuk mencelah. Mereka telah membuat rayuan balas untuk satu perintah bahawa penentang pertama membayar baki 25% award RM19,735,280, yakni RM4,933,820 kepada mereka bersama dengan faedah bermula dari tarikh jumlah itu kena dibayar.Isu untuk keputusan adalah sama ada perayu adalah seorang yang berkepentingan di dalam tanah yang dijadualkan itu di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (‘Akta itu’) dan oleh itu boleh membuat bantahan kepada pemungut berkenaan dengan jumlah pampasan yang diaward untuk pengambilan tanah yang dijadualkan itu.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu dan membenarkan rayuan balas penentang kedua:

(1) Adalah jelas bahawa pihak berkuasa negeri boleh mengambil tanah bagi dirinya sendiri untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah s 3(a) dan (c), dan boleh mengambil tanah bagi pihak yang lain di bawah s 3(b). Sebelum pindaan dibuat terhadap dalam tahun 1991, pihak berkuasa negeri hanya boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan yang menjalankan suatu kerja yang dalam pendapat mereka akan kemudahan awam di bawah s 3(b). Walau bagaimanapun, dari 13 September 1991, pihak berkuasa negeri boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan bagi apa-apa tujuan yang dalam pendapat mereka adalah bermanfaat terhadap perkembangan ekonomi Malaysia atau apa-apa bahagian daripadanya atau kepada orang awam secara am, ataupun apa-apa kelas orang awam.

(2) Dalam kes ini,tujuan pengambilan yang dicadangkan itu merupakan suatu tujuan awam. Maka, pengambilan tanah hanya boleh dibuat di bawah s 3(a) Akta itu. Ini telah mengenepikan penglibatan mana-mana orang atau perbadanan yang lain, yang bagi pihak mereka tanah yang dijadualkan itu telah diambil oleh pihak berkuasa negeri, iaitu perayu. Dengan itu, perayu bukanlah seorang yang berkepentingan di dalam tanah yang dijadualkan itu.

(3) Penentang pertama harus membayar baki 25% award itu, iaitu RM4,933,820, kepada penentang kedua, bersama-sama dengan faedah, dari tarikh di mana award itu perlu dibayar.

Per curiam:

Adalah mungkin lebih baik jika badan perundangan telah menambahkan ‘(b)’ selepas ‘3’ dalam s 37(3) Akta itu, kerana ini menyebabkannya menjadi amat jelas bahawa pihak berkuasa negeri cuma mengambil tanah bagi pihak lain di bawah perenggan (b), tetapi tidak sekali-kali di bawah perenggan (a) dan (c). Oleh itu apabila badan perundangan membuat keputusan untuk memperluaskan skop di bawah s 3(b) Akta itu, mereka seharusnya juga telah menggantikan perkataan-perkataan yang sama dalam s 37(3) Akta itu.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam dan ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq




1 comment:

  1. kata meyerboer rothchild;UNDANG UNDANG ITU ADALAH KEZALIMAN DALAM KESAMARAN.dalam arti kata lain ZALIM YANG MENYAMAR ADIL.pertanyaan saya,'kepada siapakah keadilan itu memehak?;

    ReplyDelete

PETA PELAYAR