FOLLOWERS

Sunday 1 November 2009

APA? KOH TSU KOON MINTA PULIHKAN SPRM, POLIS DAN BADAN KEHAKIMAN ?



'Pulihkan segera keyakinan terhadap sistem kehakiman, SPRM dan polis'
author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanNov 1, 0911:49am


Gerakan - salah sebuah parti komponen BN - menegaskan bahawa amat perlunya pemulihan secepat mungkin keyakinan rakyat terhadap tiga institusi utama dalam kerajaan - sistem kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Presidennya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata langkan itu amat perlu selain daripada memperbaiki sistem penyampaian sektor awam.Berucap di persidangan perwakilan nasional Gerakan ke-38 di ibunegara hari ini, beliau berkata, penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman (JAC) satu permulaan yang baik. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Biar betul ! Mungkin KohTsu Koon masih belum kebah deman PRU12. Tinggal 2 MP sahaja.

2. Apa yang hendak dipulihkan SPRM, Polis, dan Badan Kehakiman. Semuanya sudah ok dan ia cuma masalah persepsi. Terutama melibatkan orang politik seperti Koh yang dalam semua perkara dipandang dari sudut politik perkauman dan pembangkang.

3. Perkra-perkara yang berlegar kepada 3 badan ini pun bukannya apa. Ia lebih bersifat politik dan dipolitikkan untuk meraih sesuatu keuntungan. Bebarapa kekurangan 3 badan ini pun telah dan sedang diperbaiki: cuma yang banyak merosakkannya ialah pembangkang dan orang politik dalam kerajaan yang bertindak seperti pembangkang seperti Koh Tsu Koon.

4. PG berpendapat, lebih baik adanya, Koh menumpukan perhatiannya dalam memulihkan keyakinan masyarakat cina agar menyokong Gerakan yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sejak berpuluh tahun dulu lagi pun. Jadi KM pun atas ihsan UMNO. Anda menjadi KM pun dengan merampas hak UMNO dan MCA beberapa kali. Jadi jangan cakap lebih-lebih lah.

5. Juga Koh sepatutnya menumpukan perhatian terhadap kerjanya dalam melaksanakan KPI yang sehingga kini masih belum tahu hujung pangkalnya, hinggakan terpaksa PM melantik Dato Idris Jala membantu. Tak ada muka ke anda ini Koh?

6. Sehingga kini apa yang telah anda lakukan bagi memulihkan parti dan kerajaan? Hanya KOSONG. Seperti Dato Mohamad Aziz ( MP Sri Gading ) cakapkanlah, Kosong. Untuk nampak bekerja , bila PM ke parlimen maka anda pun hadir lah. Jika tidak, kerjanya , hanya membuta sahaja.

7. Akhirnya pesanan buat Koh Tsu Koon : Jaga parti dan diri sendiri anda lagi baik dari nak mengajar kerajaan bagaimana untuk bertindak dan memulihkan 3 badan ini. Pulihkan parti dan prestasi kerja anda biar melepasi KPI.

8. Yang lebih baik lagi ialah : Letak aje jawatan dalam parti dan kerajaan. Ada pun buat semak kepala PM dan TPM aje.

9. Koh juga cuba membutakan mata dengan membangkitkan agar perkhidmatan awam Malaysia , biarlah menncerminkan satu Malaysia dari segi komposisi kaum. Untuk makluman Koh, Bangsa anda cukup menghina kakitangan awam ini sejak dulu ( semasa gaji swasta mahal dan secara relatifnya kakitangan awam bergaji murah) . Berbagai usaha kerajaan untuk menarik kaum anda menyertai kerajaan tetapi semuanya diperlekehkan sejak dulu.

10. Sekarang bila gaji sektor awam lebih baik dari sektor swasta, barulah anda dan kaum anda bising dan menjadikan isu ini sebagai isu perkauman. Hal sebenarnya ialah memang sektor awam tidak menarik minat kaum anda sejak dulu malah diperlekehkan. Jadi jangan salahkan kerajaan dan menjadikan ia isu perkauman. Persalahkan anda semua.

11. Dan kepada Koh : Anda boleh diam. Jangan menunjukkan perangai perkauman anda lagi. Jika masih kekal begitu, sila kelura dari BN ( seperti yang anda dan parti anda selalu mengugut mahu keluar ) . Kita sama-sama lihat, sejauh mana Gerakan dan anda boleh hidup. Parti anda ini besar sikit aje dari parti PPP. Dua-dua pun boleh jalanlah. Meluat pun kami melihatnya lama-lama.

4 comments:

  1. Apa salahnya dengan Polis, SPRM dan sistem kehakiman. Ancaman dan tekanan untuk memperlekehkan dari pihak2 tertentu memang jelas kelihatan. Namun apa peranan Gerakan dalam membelanya; atau sekadar mengintai peluang untuk cari untung sahaja.

    Semuga Koh tidak kecil hati dengan pandangan PG dalam hal ini. Barangkali PG serupa juga hamba sendiri dan ramai lagi sahabat merasakan tekanan tekanan nakal sudah mengepong kami kesudut tembok. Janganlah ... .... ..... ...... .......

    ReplyDelete
  2. Salam Bro Arif..

    Selamat menyambut harijadi semalam. Semuga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki. Teruskan perjuangan demi agama, bangsa dan negara. InsyaAllah.

    Ikhlas dari,
    OreOyabun

    ReplyDelete
  3. Salam PG, yang sentiasa merasakan Badan Kehakiman, SPRM dan Polis tidak betul adalah mereka-mereka yang terlalu gemar melakukan jenayah...... apakah mereka ini pelu bersikap seperti mak nyah bila menghadapi sesuatu jenayah ?

    ReplyDelete
  4. Selamat hari jadi bro yang ke.......semoga panjang umo dan murah rezeki

    ReplyDelete

PETA PELAYAR