FOLLOWERS

Saturday 14 November 2009

BAI'AH PAS : APA BEZA DENGAN SUMPAH SAIFUL ?


Dipetik dari : Harakahdaily



KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai'ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

"WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam. "Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, " lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.


Penghuni Gua : Lihat Sumpah laknat yang dibuat oleh Mustafa Ali. Teliti baik-baik. Tidakkah sama dengan sumpah Saiful dalam kes liwatnya di Masjid Negara. Mengapa PAS dan ramai ulama dalam PAS mengatakan sumpah laknat Saiful tidak ikut islam? TGNA dan TGHH sendiri pun kata ianya tidak mengikut islam. Mengapa sumpah laknat baiah talak tiga ini halal dan ikut islam pula. Ayatnya sama sahaja.

2. Adakah untuk saiful haram kerana DSAI adalah rakan kongsi PAS? Struktur ayatnya sama sepenuhnya dengan sumpah Saiful dalam kes liwatnya dengan DSAI. Semua Ulama PAS mengatakan ia tidak islam. Ada yang kata ikut kristian lagi. Saiful meminta diajar sumpah lakanat dari mereka , tidak pula ditunjukkan. Mereka hanya perlekehkan sahaj anak muda ini kerana ulama ini hanya berbohong dan menjadi munafik akibat kepentingan politik mereka.

3. Lihat hal Bai'ah Talak tiga ini juga. Mustafa dan PAS buat U-Turn kerana bimbang kehilangan undi wanita dalam PRU 13. PG dah cakap posting terdahulu. PAS akan kalah kerana ini. TGHH sudah merasainya akibat undi wanita semasa PRU11. Undi isteri mereka di Rhu Rendang pun lari kepada UMNO kerana isu TGHH beristeri kali ketiga.

4. Tentang baiah ini pun Mustafa dan PAS berbohong lagi. Mustafa nafi, TGHH nafi. Tapi Khalid samad sahkan ia berlaku di semua negeri. Isteri nya pun sahkan. Mustafa kata baiah talak tiga berlaku di Selangor sahaja. Tetapi PG lihat ADUN Gunung Semanggul kata ia berlaku di Perak jujga. Jadi nampaklah berbohongnya Mustafa dan TGHH.

5. Jadi kepada semua wanita : Lihatlah mulut simunafik dan pembohong ini. Mereka akan berubah seperti sesumpah setelah menyedari isu baiah ini akan menghilangkan undi wanita kepada PAS. Dr Lolo yang menyokong Baiah talak tiga ini yang mana katanya telah memertabatkan wanita juga sudah mulai diam. Jadi adakah parti ini yang perlu kita mengundi pada PRU akan datang? Tak usahlah. Mereka hanya hendak menggunakan anda sahaja. Pada PAS ini , wanita ini hanya hiasan dan mainan. Hanya layak jadi cagaran untuk gadaian politik.

6. Baiah sudah di U-Turn dari tiada kepada ada baiah. Cuma baiah Talak tiga di tai'chi kepada Khalid sahaja ( kesian Khalid ). Katabta PAS tak restui. Khalid dan Hassan Ali yang bohong atau PAS yang bohong untuk mencuci tangan setelah nampak bahaya besar dari kaum wanita.

7. Isu kedua : Mengapa sumpah laknat Saiful Bukhari dalamm kes liwatnya, PAS katakan haram . Termasuk lah oleh pakar segala pakar oleh si Mahfuz dan si Tantawi tu. Minta komen dari penyokong PAS ? Nampak ayat sumpah laknat keduanya sama aje. Tak ada beza pun. Jadi sebagai mereka yang beragama, ajarlah kepada si Saiful tentang sumpah yang sebenar. Ini tanggungjawab mereka yang arif tentang agama. Bukan perlekehkannya. Hanya Dr Asri seorang sahaja yang konsisten , mempertahankan sumpah laknat Saiful benar mengikut hukum.

8. Minta komen sikit wahai pemimpin dan pendokong PAS? Jadi mengapa sumpah laknat Saiful tidak ikut islam , sumpah laknat PAS ikut islam. Ayatnya sepenuhnya sama.
9. Jawapanya : Inilah wajah sesumpah politik. Hanya menggunakan agama untuk kepentingan. Apabila melakukan kesalahan , maka dicarilah alasan termasuk qurann dan hadith bai halalkan perbuatan mereka. Rasuah pun jadi sedekah. Jadi jangan cakap hal islam lagi lah. Menyampah dan bertambah meluat.

8 comments:

  1. Salam PG....

    Sebab itu rakyat perlu melihat bagaimana PAS mempermainkan hukum Islam...

    Double standard dalam malaksanakan hukum.... kat sini ayat Quran mana pula yang PAS guna...

    Waliazubillah min zalik.... ma sya Allah...

    Jika inilah dikatakan memperjuangkan Islam nescaya Islam akan hancur...

    ReplyDelete
  2. SLM BRO...NIK AJIS ADE BERANI KE NAK SURUH ANUWAR BERSUMPAH MCM TU?. JGN HARAP LAA. SAMPAI KIAMAT PUN BLUM TNTU ANUWAR NAK BERSUMPAH!. TAKUT KERANA MMG SALAH LA TU KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  3. Salam Tuan,

    saya pun sebenarnya tengah berfikir tentang perkara ini...lalu terbaca artikel ini dan saya setuju 100% dengan pandangan penulis tentang dua perkara itu...

    ReplyDelete
  4. Sory lari isu ckit...bule x PG ulas ckit nape n.ajis x jd flight p mekah...Org slalu kate 'berani kerana benar...bacol kerana salah'.

    Alasan n.ajis, sebab media byk gembar-gemburkan kisah sponsor nye tu.

    Bukan ke selama nie n.ajis slalu kene hentam ngan media...tp dia wat donno jek..

    pelik tapi benar huhu :) ape kate ahlul pis...

    ReplyDelete
  5. Salam PG, hanya puak-puak yang jumud sahaja tidak nampak kemungkaran PAS......... sedangkan satu persatu dipertunjukkan oleh Allah SWT akan penipuan pemimpin PAS menggunakan Islam untuk memperdaya rakyat.

    ReplyDelete
  6. Salam saudara Arif,

    Sumpah Saiful terungkap perkataan 'diliwat oleh DS AnWAR' maka bagi pemimpin hamPAS dan penyokong LEMBU mereka anggap sumpah itu tidak sah.

    Kalaulah dalam sumpah Saiful ada perkataan 'Saya telah meliwat Dato' Seri AnWAR yang sakit tulang belakang itu' barulah dianggap sah.

    Bai'ah hamPAS pula, kalau mereka ucapkan semua itu demi agama..... kalau orang UMNO mulakan perkara itu sejak merdeka lagi, pasti mereka kata itu hanya sumpah politik orang KAFIR je. Dasar parti hamPAS......

    ReplyDelete
  7. husang musang: saya dah ulas isu ini iaitu di alamat : http://arifomar.blogspot.com/2009/11/sponsor-haji-tgna-rasuah-le-tu.html
    dan di http://arifomar.blogspot.com/2009/11/tajaan-haji-tgna-kalaulah-pm.html

    ia memang rasuah walau diberi nama apa pun oleh PAS dan pendokongnya. TGNA menangis air mata darah pun, tetap ianya rasuah. ikut undang-undang islam pun tetap rasuah,

    ReplyDelete

PETA PELAYAR