FOLLOWERS

Thursday 5 November 2009

BLOGGER I.S.A , MENGHINA INSTITUSI DYMM RAJA-RAJA DI MALAYSIA ! SEBARKAN !


Dipetik dari Blog : Ikut Suka Aku . Lihat komentar blogger tidak berfikiran ini :.....................


Nizar: 1 Mufti, 1 Sultan Untuk 1 Malaysia... Amacam..???

..............................Ha..ha..ha..., dalam isu ini aku sokong 100% cadangan Shahidan Kassim ni, sebelum ini pun dalam beberapa n3 aku dah sebutkan peranan Mufti, dan Malaysia yang mempunyai Mufti paling ramai.Selain daripada itu boleh mengelakkan pembaziran wang kerajaan setiap negeri, buat apa ada banyak mufti buat memanaskan bontot di kerusi empuk dalam bilik aircond, tapi urusan ugama tak selesai juga sampai sekarang.

Dan aku pun setuju juga jika hanya ada satu Sultan/Raja dalam 1Malaysia, atau kekalkan Agung sahaja dan lantak diorang la nak bergilir siapa nak jadi Agung setiap 5 tahun sekali. Tetapi di setiap negeri Sultan dan Rajanya hidup macam rakyat biasa sudah la, standard rumah banglo cukup, maintainence pun rendah, bil api bil air bayar sendiri. Nak belanja dapur dan shopping cari duit sendiri, pergi cari kerja.

Jadi Kerajaan setiap negeri boleh berjimat duit elaun pada Raja/Sultan setiap bulan dan di agihkan kepada rakyat. Kalau diorang nak pergi mana-mana sekalipun dah tak perlu escort lagi oleh Polis Trafik yang block jalan sesuka hati untuk bagi laluan pada diorang ni.Tak kiralah jalan jem atau tidak, bersama-samalah dengan rakyat mengharungi kesesakan jalan raya, dah la tak bayar roadtax lepas tu senang-senang jer..., orang lain bersusah payah berpanas berhujan dalam sesak jalanraya, diorang pulak.. alahai... benggang jer... aku tengok... ntah apa jasa diorang pada rakyat tak tahulah aku...

Sepatutnya yang harus diberi keutamaan atas jalanraya ialah kenderaan seperti ambulance, bomba, polis, TPM dan Pee Emm jer... oooppsss lupa pulak lagi satu kereta jenazah... he..he..he..., selain daripada tu tak perlu di layan. (Yang buat aku angin ni .. pasal petang semalam sebelum tol Philieo Damansara menghala ke TTDI, adalah sebiji kereta Masserati Sport warna merah plate TPJ, dah la jalan jem giler... ada pulak polis trafik "minta laluan.. minta laluan.." rupanya nak bagi laluan kat anak raja mana ntah..., dalam sesak barat macam tu dah habis semua kereta kena ketepi... untuk bagi laluan, tak ke cibai namanya... buat menyemak jalan betul.., macam la dia sorang ada urusan penting, orang lain takda urusan penting ke...?)

Terbakar jer... jiwa aku masa tu, nasib baik keta aku kat lane kiri sekali... kalau tidak nak jer aku langgar keta merah tu... entah apa yang istimewa sangat diorang tu aku pun tak tahulah... bosan betul... diorang dah la makan semua sponsor, kita ni yang kais pagi makan pagi besok... kais petang makan lusa... diorang tak terfikir ke sengsara rakyat nak mencari rezeki... namanya duduk atas kayangan.. otak kat kepala lutut.... pergghh...Jadi buat Tuan Pee Emm 1malaysia, bolehlah rombak semua tu dan pertimbangkanlah cadangan Shaidan Kassim demi rakyat 1malaysia.

Hah... itupun kalau Pee Emm 1 malaysia berani... takutnya belum apa-apa lagi nanti Rais Yatim dulu melalak... bab Sultan/Raja... ni dia paling handal mengolahnya, bodek lebih... isu sensitip nih... bukannya boleh kutuk mengutuk orang kayangan beb... he..he..he.. nama aku ISA.Tak pun Pee Emm 1malaysia, telur sentot ke dalam... berani dia nak sentuh bab raja/sultan ni... sekali sultan pahang jegil jer.. terus berlari nyorok belakang kak mah... pengecut nak mampus...Dalam hal mufti pulak... eloklah tu... 1 Mufti untuk 1 Malaysia... sudah ngam... yang lain-lain tu... terutamanya Harus Sana Sini... hantar ke pendalaman untuk berdakwah pada orang Asli, ada juga pahala daripada memanaskan bontot dalam bilik aircond, lepas tu melalut dengan kenyataan membela umno siap keluar hadis lagi...

Aku dah boring dengan hal raja/sultan nih... tak sesuai dengan zaman sekarang nih... berjuta duit cukai habis bayar elaun diorang setiap bulan... rakyat makin terhimpit... ekonomi meleset.. ramai yang takda kerja.. bukan aku yang cakap tapi Najib yang cakap semalam pada Cuepacs. Kalau fakta perlembagaan/perjanjian minyak Kelantan boleh turned around, takan la fakta perlembagaan bab Intitusi Raja-Raja ni... dia tak boleh turn around kot... boleh kan... umno boleh.. 1malaysia boleh... Malaysia Serba boleh...

Aku pun ramai jugak member golongan Raja ni..., Ada Raja Azrin, Raja Kamarudin, Rajagopal, Rajalingam, Raja Ular, Raja Durian, Raja Wali Nong Sari... ramailah.. tapi diorang cool jer.. hidup macam rakyat kebanyakkan jer... so apa ada hal...p/s: Kak Mah... tolong rekomen sikit cadangan Shahidan Kassim ni kat laki ko...Isa: Hidup.. Shahidan Kassim.. Hidup.. Shahidan Kassim.. adusss.. sesak nafas.. khui.. khuii.. khuii.. bodek punya pasal... 1malaysia... ha,,ha,,ha,,,Kategori: Release Tension n Stress. Daulat Tuanku... perlu ker...

Penghuni Gua : Blogger ini sudah melampau dan telah melakukan kesalahan di bawah akta hasutan.

2. Amat biadap dan begitu bodoh sekali tulisannya dan mempertikaikan keujudan institusi ini dan juga perlembagaan negara. Kepada semua blogger lain, sebarkan berita tentang perbuatan bodoh blogger ini, yang jelas dan terang menghina Institusi tertinggi negara.

3. Lebih baik sekiranya ada pihak membuat satu lapuran polis agar pemilik blog ini dikenakan tindakan tegas dibawah akta hasutan atau akta pencegahan yang lain kerana tulisan nya juga membawa unsur kebencian dan permusuhan kepada institusi tertinggi negara ini.

4. Mungkin blogger ini tak berfikiran dan tidak sekolah barangkali...............!!!!!!!!

Alamat blog ini : http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2009/11/nizar-1-mufti-1-sultan-untuk-1-malaysia.html

13 comments:

  1. saya amat bersetuju dengan cadangan hanya ada sultan/raja dalam malaysia. banyak2 buatape. menghabiskan duit rakyat jer.yg buat komen x sejutu tu hang ker yg seponsor kt sultan di malaysai.

    ReplyDelete
  2. Ye lah nak merasa ade Presiden Macam kat Singapura?

    Lepas tu Presiden pun dari kalangan Ahli politik parti yang sama. Sebab itulah Singapura jadi negara anak beranak macam DAP parti anak beranak.

    Yang rakyaat Singapurapun satu, mentang-mentang cukup makan/pakai/hidup mewah, tak kisah itu semua...

    Si anon tu kalau merasa nasib jadi Melayu Singapura ataupun Arab di Palestine barulah dia tahu betapa beruntungnya ada Sultan2 seperti di Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam PG, si anony tu bukan warga Malaysia, penuh dengan budaya komunis dalam kepala otak dia....

    ReplyDelete
  4. Nama blog pun Ikutsukaaku. Apa nak heran....cuma letih nak layan je...Satu keja nak buat kelas kenegaraan pulak hahaha..Salah kerajaan gak...subjek Sejarah dihapuskan di sekolah rendah. KBSR menjahanamkan subjek sejarah. Naik sekolah menengah pelajar benci sejarah. Dapat pulak cikgu sejarah orang PKR dan PAS...ubahsuai la jawabnya. huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Eloklah kita suruh budak2 tu pindah pi Bretain ka atau Jepun ka. Memang kat sana ada satu raja saja. Berambus pi. Kat sini dah ada sejarahnya dan ada kepentingan dalam tonggak penubuhan negara. Jangan biadab dan kurang ajar. Bukan tak boleh cari; walau hang pakai nama tersembunyi.

    ReplyDelete
  6. Buat tuan-tuan semua pedulikan dgn apa yg di tulis oleh bagsat bagsat yg ini menjadikan malaysia ini 1 raja. Memang dah dasar kurang ajar serta tak tahu akan sejarah tanah melayu. Kalau di layan akan menjadi jadi lagi tulisan mereka ini. Dari cara penulisan mereka itu dah pasti dari mana golongan mereka. Siapakah yg berura-ura nak jadikan malaysia ini mempunyai pemerintah adalah Presiden. Fikirlah sendiri. Cuma penulis ISA itu tulis berlapik dgn mengunakan siu raja tapi pembaca bukan nya bodoh seprti ISA ini. Dah tahu knp dia menulis artikel ini.

    Kalau dah rasa nak ada 1 sultan suruh dia berambus ke Thailand ( paling dekat ) dan kalau nak jauh pi kat GB ( itu pun kalau mampu ) Lain kali ISA kalau nak komen cari lah subjek lain bukan yg bersangkutan dgn sejarah tanah melayu yg telah termaktub sebegitu lama.

    ReplyDelete
  7. Inilah target puak pengkianat ni, puak ni dah ada perancangan jika mereka dapat memrintah Malaysia ni, mereka akan ujudkan jawatan Presiden dan Raja dudok dibawak mereka. Inilah kerja puak laknat ni.

    ReplyDelete
  8. Ini lah akibatnya bilamana tidak mengerti kedudukam Raja-Raja Melayu (Majlis Raja-Raja) & Yang DiPertuan Agung dan kaitannya dengan penubuhan dan kedaulatan Tuanku2 dalam Persekutuan Malaysia.

    Kementerian Pendidikan perlu mampatkan syallabus sejarah dan perlembagaan Malaysia dan kenapa dalam Rukun Negara, Raja menduduki tempat kedua teratas.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  9. dia patut sedar yang semua ni akan terjadi kalau anuwar yg jadi pm..

    ReplyDelete
  10. - Kembalilah ke pangkal jalan........
    - Agaknya dia ni tak baca tawarikh atau sejarah....
    - Dan paling mustahak Perlembagaan Persekutuan, undang2 tubuh negeri dibaca dan difahamkan juga......
    - Ini mesti kes dengki, kerana tak dilahirkan sebagai anak sultan / raja
    - Kita hidup ni hendaklah membuang 10 sifat buruk dan pegang kepada sifat jujur/ikhlas/bersih dan benar.

    ReplyDelete
  11. Apa yang hang dok sibuk. Lebih baik hang nasihat parpukari supaya jangan gunakan kata2 makian can cacian serta selalu siar gambar separuh bogel. Berakhlak kah pencacai UMNO sorang nie!...

    ReplyDelete
  12. pencinta kebenaran11 November 2009 at 11:41

    uiks Dollah, ni dah x dek modal nak berhujah dia gi divert isu pasal parpukari plak dah...sama lah dgn bapak juburi dia tu..suka main divert2 isu.

    ReplyDelete
  13. rakyat tersepit , kerja banyak tapi gaji murah ,barang 2 runcit naik harga petrol naik semuanya naik kos sara hidup naik , raja senang lenang duduk goyang telor duit masuk , anak 2 raja enjoy sakan atas bot mewah minum royal salute (arak di raja ) rakyat menderita apa semua ni . tukar jer malaysia jadi republik . apa kata semua ?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR