FOLLOWERS

Wednesday 18 November 2009

KRISIS MCA : MAJLIS PRESIDEN DAN CCC HANYA TINGGAL PENGANGGUK KEPALA SAHAJA !




Jawatankuasa pusat (CC) MCA - selepas mengadakan undian - menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) 28 November, manakala sembilan penyokong Datuk Seri Liow Tiong Lai digugur daripada majlis presiden.

Jawatankuasa itu memutuskan EGM yang dicadangkan itu, dan resolusinya untuk mengadakan pemilihan baru parti adalah cacat dan bercanggah dengan perlembagaan parti.Keputusan untuk menolak EGM itu dibuat selepas undian dijalankan di mana 23 anggota CC menolak EGM itu, 10 menyokong dan dua berkecuali. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hari ini Ong Tee Keat dan Chua mengganas lagi dengan menyingkirkan 9 lagi penyokong Lio Tiong Lai termasuk ketua Pemuda MCA dan Ketua Wanita MCA. Sebelum ini 5 ahli CCC yang juga penyokong Liow Tiong Lai di Singkirkan.

2. Ini lah cara Ong Tee Kiat menyempurnakan " Pelan Perpaduan Menyeluruhnya ". Kedua Presiden dan Tim. Presiden yang tidak bermaruah ini , akhirnya bersatu setelah ditolak oleh ahli dalam EGM terdahulu. Setelah mereka jatuh dan ingin menyelamatkan jawatan masing-masing dan merasakan mereka diperbodohkan oleh perwakilan mereka ( memang bodoh dan dungu pun ) , kedua musuh ketat ini akhirnya bersatu dalam menyingkirkan Liow dan kumpulannya.

3. Majlis Presiden dan CCC MCA kini , hanyalah berbaki dari pemimpin yang hanya pandai mengangguk kepala dan lembu dicucuk hidung. Inilah cara demokrasi dan perpaduan yang dianjurkan oleh Presiden dan Tim. Presiden tidak bermoral ini. Singkirkan siapa yang tidak bersetuju dan kemudian melantik mereka yang hidung dicucuk , kemudian Presiden membuat keputusan dengan mendakwa ia keputussan sebulat suara Majlis Presiden dan CCC. MCA kina hanyalah tidak lebih dari harta persendirian untuk Ong dan Chua.

4. Pada pandangan PG , inilah dalam sejarah MCA, MCA telah melahirkan Presiden dan Tim. Presiden yang paling selekeh dan tiada prinsip dan tidak bermaruah. " Low Class ". Mereka ini sedang cuba melakukan " Penghapusan Etnik " seperti Serbia dengan " membunuh" beramai-ramai musoh mereka. Semua penyokong Liow Tiong Lai di " telah dibunuh" dengan kaedah politik bagi menyelamatkan kedua mereka.

5. Talkin sekali lagi untuk MCA dan juga untuk ONG serta Chua. Hiduplah dengan bayang-bayang anda . Ong pun sekarang , kita lihat di TV, sudah tak ada nak cakap " galak " seperti selalu. Jika tidak , buka mulut aje , asyik cakap memerli orang aje. Sekarang , nak senyum ( dulu pun senyum juga , tapi nampak dibuat-buat ) , tak nampak dan tak menjadi senyumannya.

6. Kepada Ong dan Chua : Ingatlah dan bermaruahlah sedikit . MCA sudah menolak anda melalui EGM terdahulu. Cukuplah nak perbodohkan MCA dan kami diluar ini. Sekarang anda berdua lah yang diperbodoh oleh ahli MCA dan nampak bodoh sekali pada pandangan kami di luar.

7. Kesian PM DS Najib. Kepada PM, singkirkan Ong dari kabinet. Barulah dia akan berundur dari kerusi presiden tersebut. PM wajar bertindak sekarang sebelum terlambat. Detik jam terus berjalan. PG lihat Samy Vellu lagi bagus. Ada jugalah buat pelan strategiknya baru-baru ini. MCA? Kosong. Kosong seprti otak dua pemimpinnnya ini.
8. Dalam hal ini, PG percaya , Ong dan Chua mengali kuburnya sendiri. Lihatlah nanti di EGM yang kedua.

7 comments:

  1. PG, sepatutnya 'pelan damai' yang dianjurkan MCA memerlukan semua yang menimbulkan krisis berundur termasuk Ong dan Chua....... biar order baru dalam MCA melaksanakannya...

    ReplyDelete
  2. Kalau tak ada order baru dalam MCA, bacakan talkin je cepat-cepat.

    ReplyDelete
  3. Salam bro Arif Omar…

    Terima kasih kpd bro kerana sudi melayari dan memberi komen di blog saya.

    Mengenai MCA ni.., sejak 12 oktober lagi saya telah mengatakan bahawa Ong Tee Keat sebagai ibarat "tikus membaiki labu" di blog saya. Lebih baik dia bersara awal sebagaimana Pak Lah.

    Kini MCA ibarat kanser yang boleh membawa maut kepada BN jika tidak diubati atau dibuang saja. Kepada 9 ahli MCA yang dicantas, jangan lari ke parti lain. Anda semua lebih baik daripada OTK dan Chua. Anda pasti diterima kembali sebagaimana Chua dahulu.

    MCA mesti diselesaikan melalui orang tengah yang benar-benar dihormati dan digeruni oleh MT MCA. Jika tidak, lebih baik ahli MCA hantar memorandum lari ke GERAKAN. Itu yang terbaik untuk mengajar Tikus Baiki Labu.

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  4. Salam bro Arif Omar…

    Terima kasih kpd bro kerana sudi melayari dan memberi komen di blog saya.

    Mengenai MCA ni.., sejak 12 oktober lagi saya telah mengatakan bahawa Ong Tee Keat sebagai ibarat "tikus membaiki labu" di blog saya. Lebih baik dia bersara awal sebagaimana Pak Lah.

    Kini MCA ibarat kanser yang boleh membawa maut kepada BN jika tidak diubati atau dibuang saja. Kepada 9 ahli MCA yang dicantas, jangan lari ke parti pembangkang. Anda semua lebih baik daripada OTK dan Chua. Anda pasti diterima kembali sebagaimana Chua dahulu.

    MCA mesti diselesaikan melalui orang tengah yang benar-benar dihormati dan digeruni oleh MT MCA. Jika tidak, lebih baik ahli MCA hantar memorandum lari ke GERAKAN. Itu yang terbaik untuk mengajar Tikus Baiki Labu.

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  5. KEDUA MEREKA BUKAN LAGI ASET KEPADA PM TETAPI SUATU LIABILITI. PG LIHAT , MUNGKIN KEDUA MEREKA INI PERLU DIKEJARKAN KE MENTAL HOSPITAL BAGI MENGKAJI OTAK DAN PEMIKIRAN MEREKA SAMADA MASIH BERFUNGSI ATAU TIDAK. RASANYA KEDUA MEREKA INI, OTAK DAN FIKIRAN MEREKA SUDAH TIDAK WARAS. TKUS BAIKI LABU

    ReplyDelete
  6. SLM BRO...GANTUNG JE MCA!. KEADAAN DH GAWAT!. KLU DI BIARKAN BERTERUSAN AKAN JD MSLH DI KEMUDIAN HARI. MCM YG KWN CKP DLU, 3 EKOR LEMBU2 TU PATUT LETAK JAWATAN SAMA2. JGN JADI BANGANG DAN JGN JADI LIABILITI KPD BN!

    ReplyDelete
  7. Salam Sahabat,
    Berfikir diluar kotak, atau keluarkan otak dari kepala hotak dan fikirkan bahawa bangsa ultra kiasu ini hanya perbodohkan Melayu. Mereka hanya managih kembali sokongan cina untuk MCA supaya kelak DAP dan MCA dua-dua akan kuat bagi mendesak kerajaan menyempurnakan kehendak mereka - dari luar dan dari dalam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR