FOLLOWERS

Thursday 19 November 2009

KU LI TIMBANG PELAWAAN DSAI UNTUK KAUKUS !






KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut. "Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Pergi ajelah Pak Ungku. Pergi ajelah. Terima sahaja tawaran DSAI tu. Apa nak timbang-timbang. Buang masa aje. Terus aje terima.

2. Walau pun ia tiada kena dengan politik ianya hanya Kaukus bagi mengkaji mengenai royalti minyak, tetapi ingat !, kesannya kepada UMNO / BN. Ia akan dijadikan modal oleh PR. Kesannya amat besar. Mengenai duti minyak; Isunya bukan tak beri, beri. Cuma cara beri dan samada ia royalti atau ehsan. Pada PG , tindakan Ku Li yang menimbang untuk terima tawaran DSAI itu amat bahaya dan mempunyai impak besar kepada kerajaan.

3. Ku Li perlu ingat: DSAI hanya ingin mengambil kesempatan atas segala isu dalam negara ini. Inilah kelebihannya. Ia sanggup buat apa sahaja dan sanggup berlutut agar hasratnya untuk jadi PM tercapai.

4. Tetapi pilihan ada kepada Ku Li. Tetapi kalau nak terima , terimalah. Lagi bagusnya pergi terus. Ikut macam Zaid Ibrahim tu. Bukan kita semua tidak kenal siapa Ku Li. Banyak kali menikam kawan dari belakang dan hanya mengambil kesempatan. Atau Ku Li cuba main tarik tali dengan PM?

5. Kalau hanya berhasrat untuk main tarik tali atau hanya nak acah-acah PM dan TPM, PG rasa Ku Li buat silap besar. Jangan pandang sebelah mata dengan keupayaan kedua mereka. Sebaliknya kalau kita lihat rekod Ku Li dalam politik Malaysia ini sejak dulu, beliau kerap silap percaturan dan kerap silap strategi. Kerjanya dan prestasinya memang ok. Tetapi banyak juga yang tak ok.

6. PG ada baca buku Ahli Nujum Politik iaitu buku tulisan Hussein Alatas dan melihat banyak gambar-gambar pejabatnya semasa dia menjadi Menteri kewangan dan menteri MITI dulu. Pejabatnya di Bangunan Bank Bumiputra. Selain Pinggan mangkuk dan gelas serta sudunya yang bersalut emas, kepala paip sinki pun dari emas. Jadi kepada pembaca, carilah buka ini. Dikeluarkan pada tahun 90. Gambar warna lagi. Kerusi ruang tamunya ...wow.

7. Jadi kalau alasan Ku Li nak tolong rakyat Kelantan dengan ikhlas : ehhhhmmmmmmmmmmm Tak payah cakap le. Meluat mendengar dan melihatnya.

7 comments:

  1. Control beb!! control!! Jangan emosi sangat.

    ReplyDelete
  2. ku Li ni pun dah tua..elok duk umah buat amal ibadat je dari mengikut politik ni..

    ReplyDelete
  3. elok la tu..memang tak pernah nak senang tengok orang lain senang..sudah-sudah la..dah banyak dah makan jasa umno...pegi la terus..senang...tak menyusahkan PM nak memikir

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..MUNGKIN KU LI TERLUPA KNP S46 TERSUNGKUR. TAK KAN KU LI X PERNAH BELAJAR DARI KESILAPAN LALU? KU LI JGN JADI KULI ANUWAR SUDAH!

    ReplyDelete
  5. HHmm..PG..
    Walaupun meluat tapi kena cool ok..nanti naik tekanan darah tu..
    Tunggu dan lihat apa yg depa boleh buat ..setidak-tidaknya yg lain dapat tahu ttg 'ketelusan system demokrasi berpelembagaan'..hhee..

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan LanaBulu..
    Jangan forbia!! nampak sangat macam kita bersalah!
    Biarkan apa Ku Li nak cakap..hak dia. Lagipun hal-hal Petronas ni dia relevan menyuarakan sesuatu.
    Lagi pun dia orang Kelantan.

    Ini subjek ada hubungkait dengan rakyat Kelantan.
    Biarkan! Lagi pun Ku Li tak Leh buat apa-apa. Dia tak ada kuasa executif. Dia hanya ada 'Lidah dan Kepala botak je..

    Jangan halang hak dan kebebasan beliau selagi Ku Li tidak merentasi sempadan undang-undang.

    Kalau Ku Li menghasut rakyat Kelantan untuk memberontak kerana kes royalti/ihsan kita sama-sama kejar beliau dan gantung kepala kebawah macam Tok Janggut.

    ReplyDelete
  7. Oh ya!! Ku Li baru nak timbang dengan dacing..Baru nak niat, kita dah humban Ku Li ke Neraka. kita semua dah baca sukatannya.. lebih lajak pada laju ni namanya.
    wallahualam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR