FOLLOWERS

Wednesday 18 November 2009

PRESTASI DSAI MENURUT PANDANGAN TUN MAHATHIR !


Dipetik dari Blog : Tun Mahathir mohamad

ANWAR SEBAGAI PENASIHAT EKONOMI
By
Dr. Mahathir Mohamad on November 16, 2009 4:32 PM



1. Saya ucap taniah kepada Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya menganugerahkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan jawatan penasihat ekonomi dengan bayaran hanya RM1 setahun.

2. Mungkin kepimpinan Kerajaan Selangor tidak tahu akan prestasi Dato Seri Anwar sebagai Menteri Kewangan Kerajaan Pusat diwaktu krisis kewangan melanda Malaysia.

3. Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

4. Jika pentadbiran ekonomi Malaysia diserahkan kepada IMF maka Dasar Ekonomi Baru akan dihapuskan.

5. Tindakan Anwar ini dikenali dalam akhbar-akhbar sebagai pengamalan dasar IMF tanpa IMF - iaitu tanpa apa-apa bantuan kewangan daripada IMF.

6. Dengan dasar yang diperkenal oleh Dato Seri Anwar maka keadaan ekonomi menjadi lebih buruk dan Ringgit Malaysia jatuh lagi nilainya.

7. Jelas sekali Anwar tidak faham sama sekali pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

8. Kuasanya keatas kewangan dan ekonomi terpaksa dipindah kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), sebuah jawatankuasa dan think tank yang ditubuh untuk menangani masalah kesusutan nilai Ringgit dan ekonomi negara.

9. MTEN-lah yang mencipta currency control atau kawalan matawang dan menyekat CLOB (Central Limit Order Book - pasaran saham haram yang ditubuhkan di Singapura) supaya segala perniagaan Ringgit oleh penyangak matawang dan penjualan saham Malaysia dalam CLOB ditamatkan.

10. Tindakan MTEN ini berjaya memulihkan ekonomi dan kewangan negara.

11. Mungkin sikap Gabenor Bank Negara dan Timbalan Gabenor yang cuba mengagalkan currency control tidak ada kena mengena dengan Dato Seri Anwar. Tetapi hakikatnya ialah kedua-dua pegawai ini terletak dibawah bidangkuasa Menteri Kewangan.12. Saya berdoa Kerajaan Selangor tidak akan dipermainkan oleh Penasihat Ekonominya.

Penghuni Gua : Silap haribulan dan saya yakin , Kewangan Selangor akan wassalam. Sama-sama lah kita lihat . Nak juga lihat banyak mana pelaburan yang berjaya dibawa masuk oleh DSAI. Mageret Tacher pun pernah kempen untuk DSAI semasa PM Britain ini datang ke Malaysia : dia kata kalau DSAI ini ( semasa itu Menteri kewangan Malaysia ) boleh dibeli seperti pemain bola Liverpool, Britain akan beli DSAI untuk Britain.

2. Sampai sekarang, Malaysia sudah lelong dan beri percuma sahaja, tak ada pun mana negara yang nakkan DSAI ini. Taksin ada juga le. Hampir 6 negara merayu agar Taksin menjadi penasihat ekonomi mereka. Akhirnya Taksin memilih Kemboja.

3. Penasihat Ekonomi SElangor aje? He he he he!!!!

1 comment:

PETA PELAYAR