FOLLOWERS

Monday 9 November 2009

VEDEO LINGGAM : MEMANG TIDAK ADA ISU / KESALAHAN !



Isnin November 9, 2009


KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk V.K Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.

"Tetapi masalahnya, kita (dapati) tiada kesalahan dalam mana-mana akta yang boleh mensabitkan beliau sehingga dihukum," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar.

Penjelasannya itu menyebabkan suasana Dewan agak kecoh apabila diganggu beberapa wakil pembangkang yang mempertikaikan kenapa tiada tindakan dikenakan sedangkan sebuah suruhanjaya yang menyiasat klip video itu mencadangkan agar peguam itu dikenakan tindakan.

Semasa menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berhubung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyuarakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menutup kes itu, Mohamed Nazri berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan peribadi.

"Sekiranya Yang Berhormat mantan Perdana Menteri merasa dirinya dianiayai, disebut-sebut, saya percaya ada ruang lain di mana beliau boleh mengambil tindakan," katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan bahawa sesiapa yang bertindak menasihati atau memberikan pandangan kepada Perdana Menteri tentang pelantikan hakim, tidak boleh dikatakan melakukan suatu kesalahan melainkan jika tindakan itu merupakan suatu konspirasi untuk memburukkan badan kehakiman, atau dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan balasan atau faedah.

"Mengenai hal ini tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakimhakim kerana pada hakikatnya Perdana Menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali sendiri calon-calon hakim.

"Rundingan sebegini yang tidak melibatkan rasuah atau unsur-unsur lain yang disebutkan tadi bukanlah satu jenayah," katanya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG sudah mengulas isu ini. Memang benar kata YB Nazri Aziz. Tidak ada isu dan memang tiada kes atau kesalahan yang berlaku. Lihat ulasan PG terdahulu : KLIK

2. Tidak salah PM berbincang dengan siapa sahaja untuk meminta pandangan. Keputusan untuk mempersembahkan cadangan ke DYMM dan Majlis Raja-Raja , adalah keputusan PM. Hasil terakhir adalah keputusan DYMM Agung dan DYMM-DYMM Raja - Raja Melayu. Jadi apa masalahnya.

3. Takkan hanya meminta pandangan seseorang adalah menjadi satu kesalahan jenayah. Suruhanjaya itu hanya sampah yang ditubuhkan oleh seorang PM yang hanya tahu tidor dan terus tidor.

4. Tahniah Nazri atas penjelasan tersebut. Jangan layan lolongan kosong dan tidak berakal tersebut. Biarkan mereka terus melolong. Mereka pun bukan ikhlas untuk membela badan kehakiman. Mereka semua hanya nak gunakan isu ini untuk politik mereka. Mereka juga hanya nak burukkan nama baik Tun Mahathir. Biarkanlah mereka begitu. Mereka pun memang sejak azali begitu.

5. Biarkan , biarkan dengan lolongan mereka.

6 comments:

  1. Bagaimana pula kalau hamba merakamkan perbualan dengan sesiapa menyatakan strategi untuk mempengaruhi Nik Aziz agar patuh dengan arahan arahan Anuar. Apa kelak pandangan orang ramai.

    ReplyDelete
  2. SALAM.. Lobi-melobi perkara biasa dalam kehidupan.Ianya berlaku dalam perniagaan,sukan,kepimpinan dan sbgnya.Bukan satu kesalahan kecuali dibuktikan terlibat dengan unsur-unsur jenayah spt rasuah..

    ReplyDelete
  3. Rasanya kat Dewan Rakyat tu adalah lebih baik membincangkan isu 'lagu mana' nak hadapi masalah banjir yg saban tahun terjadi di Kedah tu..pasai apa pulak? Kawasan yg selalu kena banjir tu adalah kawasan 'bukit' dan bukannya kawasan lembah seperti di Kelantan tu...
    Kena sama2 pikiaq macam mana nak buat agar 'Dam' tu tak pecah tapi air dapat di alirkan kelaut dgn selamat dan pantas dalam menangani air yg datang nya dari siam kononnya..
    dok pi bincang kes 'maniam' tu ..hiss..buang masa saja..

    ReplyDelete
  4. SLM BRO..STUJU PENDAPAT BRO UDANG. LG PUN ANUWAR PUN PNH MELOBI UTK LOMPAT PARTI GAK KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  5. BETUL TU LANA BULU. LEBIH AFDAL BINCANG MASALAH RAKYAT SEMASA SEPERTI BANJIR DAN MENANGANI MASALAH KEMISKINAN RAKYAT. ADA JUGA FAEDAHNYA. INI POLITIK AJE. NAIK MENYAMPAH.

    ReplyDelete
  6. Kalau ada saksi tapi tak nak panggil memang Penghuni GUa ooii... duduk dalam gua apa hang tau!

    Dari
    -Bodoh bin Dungu

    ReplyDelete

PETA PELAYAR