FOLLOWERS

Friday 4 November 2011

HUDUD : DAH 50 TAHUN, BARU NAK TUBUH JK TEKNIKAL ?









KOTA BHARU 3 Nov. - Mesyuarat Exco kerajaan Pas Kelantan semalam baru sahaja mengesahkan pelantikan 20 ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud yang akan dimaklumkan dengan surat pelantikan masing-masing dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, mesyuarat Exco juga memutuskan melantik Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusof ke dalam jawatankuasa sebagai tambahan kepada 19 orang yang dicadangkan sebelum ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Dah kafirkan orang dah berjuta kali dah. Habis lintang pukang negara dibuat oleh puak ini dalam bab hudud. Alih-alih , baru sekarang terhegeh-hegeh nak tubuh jawatan kuasa teknikal hudud.

2. Dah cakap hudud , hampir 50 tahun. Sampai kering air liur mereka ini. Ingatkan dah lengkap semuanya. Kalau dengar ceramah mereka ini, bukan main. Boleh laksana hudud serta merta. Kini bila dicabar , barulah terkial-kial nak laksana hudud. Ini semua cakap aje lebih. Hudud hanya untuk politik aje.

3. Cakap hudud dah 50 tahun. Tapi habuk tindakan pun tak ada. Tidor aje semua.

4. Politik ajelah. Melepas batuk di tangga aje!!!!!!!!!!!!!! Patutnya lantik si pakar segala pakar seperti Mahfuz, TGHH, TGNA atau Tantawi. Lagi baik lantik Khalid Gereja jadi AJK. Mereka ini pakar dalam hudud kalau dengar cakap merekalah................

5. Tak gitu ?

2 comments:

  1. nak draf lg 20 tahun,maka meninggal dunia n akis pon tak terlaksana hudud

    ReplyDelete
  2. Salam tuan PG & Sema2...,

    Pemimpin mereka dah mengah, ramai orang dah kena mengucap dua kalimah syahadat sebab tak ikut hukum hudud ni. Ramai dah jadi kafir sebab bersekongkol dengan kafir, tapi sekarang nak cari jalan penyelesaian bagaimana nak bagi ruang kosong disikan dengan bekerjasama dengan kafir boleh jadi "halal"...

    P5B...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR