FOLLOWERS

Saturday 19 November 2011

KEKALKAN ISA !!!!!!!!!!!!






jihad513Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap memertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu dibawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggongjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Beiau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. -19/11/2011

Penghuni Gua : Aku rindukan ISA. Inilah kelebihan ISA. Ia dapat mengekang para pengkhianat negara dari menjahanamkannya.

2. Kepada PM dan Menteri kabinet................... Masa masih ada dan belum terlambat. Batalkan hasrat kerajaan nak mansuhkan ISA.

3. Jangan kerana nak mengemis undi ( yang belum tentu dapat dari mereka ini ) dari puak politik bangkrap ini, kita menggadaikan keselamatan negara keseluruhannya.

4. Kami dah hidup 50 tahun dengan ISA............. Tak ada susah dan diancam ISA pun? Apa isunya? Kalau tak buat mengapa takut dengan ISA?

5. Hanya pelacur-pelacur yang menjaja dan memakai topeng hak asasi manusia sahaja yang nakkan ISA di hapuskan. Bukan kami rakyat terbanyak.............

6. Buatlah kajian. Kerajaan akan memperolehi dapatan seperti yang PG katakan........... Cubalah buat kajian. Banyak professor di Universiti kita. Mereka boleh buat kajian untuk ini.

7. ...............KEKALKAN ISA..............KEKALKAN ISA.............KEKALKAN ISA.............

8. Tahniah PDRM.............. Kami senantiasa bersama anda !!!!!!!!!!!!

4 comments:

  1. Itu rupanya sebenarnya sebab mengapa mereka tak mahukan ISA tu. Memang mereka ada rancangan yang tidak sihat rupanya.

    Pastikan gantiannya nanti memberi kekangan ikatan yang lebih keras.

    Mengelak itu tetaplah lebih baik dan mudah dari memulih.

    Inshaallah.

    ReplyDelete
  2. setuju clj. sepatutnya lebih keras. mereka nampaknya lebih berani sebab PM dah umumkan pemansuhannya.

    yang menyokong dihapuskan isa ini, kalau rumah mereka atau anak cucu mereka kena bom , baru mereka nak salahkan orang
    PG

    ReplyDelete
  3. Ubah nama suhakam kepada parti terkam @ tikam. Sebab semua kerajaan untuk mengawal keadaan keselamatan negara tapi masih mendewa2kan hasrat pembangkang yang banyak memberikan keburukan kepada negara....

    ReplyDelete
  4. Hapuskan ISA tapi kita bina "GUANTANAMO BAY"...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR