FOLLOWERS

Friday 25 November 2011

SAMSUL, SAMSUL , LAWAK TAK HABIS-HABIS !!!! KAH KAH KAH KAH







Ketua Pemuda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin berkata pergerakan itu merancang untuk menyertai satu lagi perhimpunan dengan nama BERSIH 3.0.

Perhimpunan itu adalah untuk menghadapi kemungkinan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, kata Shamsul.

Katanya, beliau yakin bahawa kes tuduhan liwat ke atas Anwar akan diputuskan dalam tempoh terdekat memandangkan kerajaan telah menyegerakan undang-undang untuk menyekat perhimpunan jalanan.

"Pada 8 Disember Datuk Seri Anwar akan kembali ke mahkamah. Saya yakin mereka akan dengar dan jatuhkan hukuman dalam tempoh terdekat.

"Sebab itu mereka segerakan undang-undang ini, kalau mereka berniat untuk penjarakan Anwar sebelum BERSIH 3.0, kita boleh gembleng (anggota ke jalan raya).

"Apakah kita akan duduk diam?" soalnya dalam ucapan penggulungan di kongres pergerakan itu di Johor Bahru hari ini.

Sementara itu, timbalannya Khairul Anwar Ahmad Zainuddin dalam ucapan terdahulu berkata perhimpunan itu mungkin akan diadakan pada Februari depan.

"Ini bukan soal nak pergi Putrajaya tapi kerana pilihan raya bersih dan adil. Ingat, ini sebabnya," katanya yang turut berterima kasih kepada anggota AMK yang hadir dalam perhimpunan Bersih pada Julai lalu.

Katanya lagi, perhimpunan itu membuahkan hasil kerana "kuasa jalan raya" itu menyebabkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Ha ha ha ha ha !!!! Samsul, Samsul. Anda pun nak buat lawak macam si Azmin Dayus tu juga rupanya.

2. Buatlah BERSIH 3.0 ke BERSIH 4.0 ke , BERSIH 5.0 ke!!! Apa hairan. Tak berbekas pun.

3. Dan kini kita tahu wajah BERSIH. Rupanya bukan nak bantu untuk baiki piliharaya tetapi adalah kuda tunggangan untuk lelaki Y dan politik PR. Itulah yang sebenarnya.

4. Jadi yang Amiga dok war-warkan, bahawa BERSIH bukan NGO politik adalah temberang. Semuanya adalah kuda tunggangan politik dan kuda tunggangan lelaki Y.

5. Ada Sam AMK ini juga adalah kuda tunggangan lelaki Y jugalah !!!! Buat lah demo wahai Sam. Siapa tak kenal Sam penakut ini. Hanya berada di belakang aje. Buat sibok untuk jadi calun PRU. Itu aje.


6. Sudahlah Sam. Jangan dok buat lawaklah!!!! Meluat !!!!!!!!!! Kah kah kah kah kah kah !!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR