FOLLOWERS

Tuesday 8 November 2011

PERJUANGAN KOSONG SEKSUALITI MERDEKA : PROF MADYA SHAMRAHAYU UIAM !!!!!








Falsafah hak asasi, kebebasan dan demokrasi utama keselamatan negara

SALAM Aidiladha. Semoga pembaca mendapat rahmat dan hidayah seperti mana mereka yang berjaya menjadi tetamu Allah. Jiwa saya sangat tersentuh dengan isu Seksualiti Merdeka sempena bulan haji umat Islam. Amat malang, tiada langsung rasa sensitiviti itu. Sudah tentu Seksualiti Merdeka jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan juga agama lain. Ia juga mencemar kedaulatan undang-undang negara. Mereka bercakap mengenai hak bersuara, tetapi tidak menyebut tanggungjawab mereka ketika melaksanakan hak bersuara. Mereka menyebut mengenai hak berkumpul, tetapi tidak menyebut mengenai kemoralan Ia bertentangan dengan nilai dan tradisi negara. Ia menolak nilai moral yang mengawal peribadi dan persembahan sahsiah manusia. Ia menidakkan sensitiviti majoriti warga Malaysia. Saya tidak perlu menghuraikannya – pembaca sudah maklum dan golongan ini juga sudah sedia maklum.

Saya tidak pasti apa sebenarnya yang menyuntik keberanian golongan ini untuk bersuara besar. Namun, pada pengamatan saya, ia adalah akibat daripada sifat toleransi pihak majoriti, mungkin juga kelekaan pihak majoriti atau mungkin juga sikap ambil mudah, sehingga membiarkan perkara ini membuak di khalayak.

Ia juga mungkin berpunca daripada sokongan yang disuarakan orang kuat undang-undang negara seperti Badan Peguam Malaysia. Saya juga pernah membaca sokongan Pesuruhjaya SUHAKAM mengenai ini.

Sokongan juga diperoleh daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hak asasi peringkat negara dan juga antarabangsa, seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Amnesty International.
Daripada apa yang saya dapati, prinsip utama perjuangan golongan ini ialah hak asasi, kebebasan dan demokrasi. Ia merangkumi prinsip kesamarataan, kebebasan bersuara dan hak untuk dihormati sebagai golongan minoriti.

Saya mencari piawaian dan kayu pengukur kepada falsafah hak asasi, kebebasan dan konsep demokrasi golongan ini. Tujuan saya ialah untuk berhujah secara ilmiah tanpa bersangka buruk.

Malangnya apa yang saya dapati hanyalah hujah kosong yang tidak mempunyai sandaran kukuh dalam falsafah hak asasi, kebebasan dan demokrasi itu sendiri. Saya dapati golongan ini hanya mengambil kira bahagian dokumen antarabangsa yang menyokong tindakan atau perjuangan mereka.

Mereka sewenang-wenang meminggirkan peruntukan yang tidak menyokong mereka. Sebagai contoh, mereka hanya mengetengahkan hak kesamarataan, tetapi tidak memberi, walau sedikit, perhatian kepada pengecualian yang dibenarkan oleh hak asasi itu sendiri.

Mereka bercakap mengenai hak untuk bersuara, tetapi mereka tidak menyebut mengenai tanggungjawab mereka ketika melaksanakan hak bersuara. Mereka menyebut mengenai hak berkumpul, tetapi tidak menyebut mengenai kemoralan.

Mereka bercakap mengenai hak minoriti, tetapi tidak menghormati hak majoriti seperti kehendak demokrasi itu sendiri.

Suka saya berkongsi dengan pembaca bahawa falsafah berkaitan hak asasi, kebebasan dan demokrasi itu mahukan kita mengambil kira keselamatan negara, keselamatan awam, ketenteraman awam, kesihatan awam, kemoralan awam dan juga hak dan kebebasan orang lain.

Saya bukan sesuka hati mencipta mengenai nilai, falsafah atau kayu pengukur hak, kebebasan dan demokrasi ini. Ia disebut secara harfiah dalam Perkara 18, 19, 21 dan 22 dokumen antarabangsa, International Covenant on Civil and Political Rights, iaitu instrumen yang sering dirujuk dan dijadikan hujah oleh golongan ini.

Pendek kata golongan ini hanya mengambil kira apa saja yang memberi manfaat kepada mereka. Mereka secara sewenang-wenang menolak apa yang bertentangan dengan kehendak dan manfaat mereka. Tindakan ini tidak adil kepada prinsip dan falsafah hak, kebebasan dan demokrasi itu sendiri. Secara ilmiah, ini adalah satu manipulasi atau ia mungkin juga satu penipuan kepada masyarakat.

Satu perkara lagi ialah penyokong Seksualiti Merdeka memberi perhatian kepada amalan di negara lain. Tetapi, malangnya mereka menerima amalan itu tanpa mengambil kira atau mempersoalkan sama ada amalan di negara bertentangan dengan konsep dan falsafah sebenar berkaitan hak asasi, kebebasan dan demokrasi, seperti mana kehendak dokumen antarabangsa itu sendiri.

Begitu juga dengan resolusi berkaitan yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tidakkah golongan ini sedar bahawa amalan dan resolusi itu bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan dan demokrasi yang diperkenalkan PBB sendiri.

Walaupun golongan ini percaya Barat meneraju hak asasi, kebebasan dan demokrasi, kita tahu dan percaya, merekalah juga penceroboh hak asasi, kebebasan dan demokrasi terbesar dunia. Adakah golongan ini tidak sedar? Mustahil bukan?

Jika kita lihat Perlembagaan Persekutuan, konsep kesamarataan tidak mutlak – wujud pengecualian yang dibenarkan undang-undang. Mengenai kebebasan bersuara, kita juga mempunyai sekatannya.

Jika kita bercakap mengenai hak berkumpul, hadnya juga cukup jelas. Dalam konteks Seksualiti Merdeka, apa yang kita ada dalam Perlembagaan dan apa yang kita amalkan selama ini adalah selari dengan peruntukan instrumen antarabangsa.

Tetapi, ia berbeza dengan amalan negara Barat yang menceroboh hak asasi. Malangnya golongan ini menganggap Barat itu benar. Justeru, kepada penyokong Seksualiti Merdeka, celiklah dan lihatlah kepada falsafah sebenar, jangan dicontohi mereka yang secara terang-terang mencemari hak asasi, kebebasan dan demokrasi.

Penulis ialah Timbalan Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Penghuni Gua
: Kepada Marina Mahathir , boleh jalanlah anda. Bertaubat lagilah baik sebelum terlambat.

2. Bertaubat ajelah Marina. banyak cara lain lagi nak tolong dan bantu golongan ini. Selama ini pun, kerajaan atau sesiapa sahaja di Malaysia ini tak pernah abaikan pun golongan ini. Takkan kerajaan nak jaga seorang-seorang secara individu golongan ini. Kami pun tak ada kerajaan bantu secara terus. Kerajaan dah beri jalan, pelajaran, bantuan, berbagai agensi dan jabtan ujud. Cuma golongan ini kena terus berusahalah.

3. Bila masa pulak kami semua atau kerajaan nafikan hak gulongan ini? Bila? Hak apa? Sebagai rakyat Malaysia ini, sama haknya dengan kami semua. Jadi apa isunya Marina? Bertaubatlah !!!!! Buat malu bapa anda aje........................... Ada baiknya Marina mendalami tulisan dan pandangan Prof Madya ini. Ada juga faedahnya!!!!!!!! Ini dok asyik minta nasihat dari si kafir lahanat Ambiga dan Tenaganita dan SUARAM aje. Itu yang jadi terpesong tu. Bertaubatlah .....................

6 comments:

  1. Tu la PG... nko bermegah sangat dgn MahaFIRAUN! Ape punye pemimpin kalo anak sendiri tak terdidik inikan plak nak menjaga sebuah negara. Patut pun Binasa Negara dibuatnya sepanjang 22 tahun memerintah... Msia dah jadi negara menfitnah, penuh dgn KORUPSI dan mengutamakan KRONI! Nko suruh je MahaFIRAUN nko bertobat dan didik semula anak2 tu... Marina dgn LGBT dia serta perjuangan AIDSnya; Mirzan Miguel Mahathir dgn sykt arak terbesar di Asia "San Miguel"nya dan bail-out sykt yg nak bangkrap sampai nak bunuhdiri... byk lagi la!

    Suruh je Mahathir pegi masjid toksah campur hal2 politik... kubur dah kata mari!

    Ass-so-SHIT-it Pro-PISSer Shame-r-u tu nko nak pakai... aku nasihat nko simpan je la. Kalo hidup mengharapkan kenaikan pangkat dan gaji dgn membodek...nko suruh je dia beli aircon letak kat kangkang Najib (kalo BikMama tak jelaes la)... untung2 boleh terpilih jadi calon! (Tak takut kalah ke....?)

    ReplyDelete
  2. kesian kau langsi. kau lah penjilat amiga si kafir laknat tu. kah kah kah kah

    ReplyDelete
  3. sebenornya langsi biol ni takutkan tun. keh keh keh keh. tun kentut je semua tumbang. keh keh keh keh. itu semuanya puak ini t minta tun jangan bersuara.

    ReplyDelete
  4. Hahahahahaha... bile dah tokleh nak ulas, depa pakat spin ikut lain.....

    Kebenaran memang amat pedih untuk diterima... telan je la bang!

    Nape la puak2 UMNgOk Be-eNd dok BoNgok; BiNgai; BaNgang; BeNgap dan BeNgong...dulu, kini dan selamanya. Patut pun... perhatikan huruf besar B dan N dalam lima-lima perkataan tu, sinonim sungghun dgn BN - UMNgOk Be-eNd!

    ReplyDelete
  5. biasalah. pak saudara nabi pun kafir. apa isunya. setandan buah bukan semuanya elok. jadi apa isunya langsi.

    apa kaitan dengan Tun. Bukan Tun, pemimpin agung pun berperangai syaitan. meliwat tak henti-henti.

    tapi cakap berdegar. tun tak begitu.

    langsi ini minum kencing banyak kot. kah kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Tang tuh gua caya lu. Satu lagi tang langsi gua tolak suma fuckatan nih, sebab nak jalankan ukum hud ud hamPas ala fuckatan. Gua tak tak caya suma pemimpin depaa suku sakat penyukung depaa... Gua banyak bimbang "itu batang, dea kasi suma bulih guna. Itu isteri depaa suma bulih guna, kena check kubul dan dubur, termasuk taran samada positif hiv... Sbb ukum hud ud depa kata tak jadi itu salah laki bini...
    Ini gua bimbang sangat, jika fuckatan perintah Pjaya...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR