FOLLOWERS

Tuesday 8 November 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : PERLANJUTAN MASA RAYUAN !!!!



[1995] 3 MLJ 481
Thong Kim Chea v Thong Seng & Co Sdn Bhd & Anor
Case Details:

Malaysia COURT OF APPEAL (KUALA LUMPUR) — CIVIL APPEAL NO
N–08–326–95

Judges NH CHAN JCA
MAHADEV SHANKAR JCA
VC GEORGE JCA

Date 10 JULY 1995

Citation [1995] 3 MLJ 481




Catchwords:


Civil Procedure — Appeal — Leave to appeal — Application for leave made out of time — Whether must make formal application for extension of time — No explanation for delay — Absence of merits of case


Civil Procedure — Pleadings — Amendment — Further and better particulars of defence and counterclaim — Whether leave can be allowed if amendment would deprive other party of defence of limitation — Whether parties should be allowed to put pleadings in proper order

Bahasa Malaysia Summary:


Pemohon menyandang suatu jawatan beramanah di dalam syarikat penentang pertama (‘syarikat itu’) pada Disember 1991, apabila dikatakan bahawa beliau telah menyalahgunakan wang syarikat itu. Penentang juga mengata bahawa pada 18 Disember 1991, pemohon telah bersetuju untuk memindahmilik hartanya, No 41 Jalan Besar, Bahau (‘hartanah itu’) kepada syarikat itu sebagai balasan supaya jumlah yang hilang itu dihapus kira. Bagaimanapun, pindahmilik hartanah itu tidak dapat didaftarkan kerana pemohon telah memfailkan suatu kaveat ke atas hartanah itu.

Penentang telah memfailkan usul untuk membatalkan kaveat itu. Pemohon kemudiannya memfailkan writ di Mahkamah Tinggi dan mengatakan bahawa pindahmilik itu dilakukan akibat dures dan patut diketepikan. Penentang terus memfailkan pembelaan dan tuntutan balas, dan memohon deklarasi bahawa pindahmilik itu sah, kaveat itu dibatalkan dan secara alternatifnya untuk wang yang dihutang oleh pemohon bersama faedahnya. Pemohon telah memohon untuk butir lanjut dan jelas tentang tuntutan penentang.

Penentang telah membekalkan satu set butir dan kemudiannya satu lagi set butir yang dipohon itu dan kemudiannya memohon untuk meminda set kedua itu dengan menyertakan transaksi tanpa kebenaran yang dibuat oleh pemohon pada tahun 1986 dan 1987. Pendaftar telah memberi kebenaran kepada penentang untuk membuat pindaan itu dan pemohon telah merayu kepada hakim dalam kamar. Rayuan itu telah ditolak pada 28 April 1995. Pada 8 Jun 1995, pemohon telah memohon kebenaran untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak permohonan itu:


(1) Sesuatu permohonan untuk kebenaran membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan mesti dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi. Di sini permohonan difailkan selepas tempoh sebulan dan tiada permohonan formal dibuat untuk perlanjutan masa. Tidak ada penjelasan untuk kelengahan itu dan kegagalan untuk memohon untuk perlanjutan masa. Juga, tidak terdapat merit di atas fakta kes ini.

(2) Peguambela pemohon berhujah bahawa kebenaran untuk meminda tidak sepatutnya diberikan kerana ini akan melucutkan pembelaan pengehadan. Walau bagaimanapun, tempat yang betul untuk menimbulkan pli ini adalah pada perbicaraan tindakan atas syarat ia dinyatakan di dalam pliding dengan betul. Juga, ini adalah kes di mana pecah amanah dikatakan secara tersirat, yang bermakna tiada pengehadan di sini. Lebih-lebih lagi, kausa tindakan utama penentang adalah untuk menguatkuasakan pindahmilik yang dibuat pada tahun 1991.

(3) Perintah terhadap mana rayuan dibuat adalah semata-matanya suatu perintah interlokutori, yang bermakna pihak-pihak berkenaan mempunyai kebebasan untuk menyempurnakan pliding mereka dan menyuarakan isu sama ada tuntutan balas dihalang oleh had masa di perbicaraan tindakan.]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR