FOLLOWERS

Thursday 26 January 2012

PAS JANJI GUNA AIR LIUR BASI DI PAHANG !!!!!!


Utusan Malaysia

Janji beri tanah menang PRU-13, hanya janji kosong Pas - MB Pahang




KUANTAN 26 Jan. - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menasihatkan rakyat supaya tidak termakan dengan janji Pas untuk memberikan mereka tanah lot rumah sekiranya parti itu menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau berkata, ia hanya berupa janji kosong yang agak mustahil untuk ditunaikan kerana Pahang kini hanya mempunyai kira-kira 100,000 hektar atau tiga peratus tanah sahaja yang boleh digunakan daripada 3.6 juta hektar tanah di seluruh negeri.

"Yang lain adalah tanah rezab seperti rezab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas boleh berbuat demikian?.

"Jadi, orang jahil ini hanya boleh tipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini hari ini. — BERNAMA

Penghuni Gua : Janji air liur basi boleh lah. Itu jelah keja puak serban ini. Dalam serban tu penuh dengan ulat dan idea nak bohongi rakyat aje. Kerjanya tak lain hanya nak perabih tanah di tiap negeri. Jani dapat memerintah.

2. Itulah yang terjadi di Kelantan. Habis segala bukit, lurah di teroka haram. Sebab banyak sangat YB-YB PAS ni berjanji mulut / air liur masa PRU. Jadi lepas PRU maka berbomdonglah mereka ini meneroka tanah dengan alasan telah dijanjikan oleh YB PAS. Itulah yang PG lihat semasa bertugas di Kelantan sekitar 1990an dulu.

3. Kerja lain tak ada. Berkuasa aje , tak lain ada dalam serban......................kira nak bahagi tanah sesama sendiri aje. Cuba siasat betul-betul.................baik pak haji PAS atau pak lebai PAS di Kelantan. .............Tanah masing-masing boleh buat jirat cina ( banyak dan luasnya ). Kalau berbual dengan ketua cawangan / kawasan PAS aje cukuplah...................berbual dan berbangganya mereka ini bila bincang  bab tanah aje . Siang malam..............................Asal ada tanah kosong .................tak sampai dua hari................siaplah. Esoknya kita lihat bukit dan hutan pun licin berminyak / gondol ditarahnya.

4. Inilah kerja Parti Adat dan Sukan ni. Kira nak kedarah tanah aje. Janji nak bagi tanah............kemudian mereka yang lebih makan kedarah tanahnya................................semua kita dah tahu perangainya..............

4 comments:

  1. Blog tuan yang hebat ini telah saya pautkan di blog saya.
    Mohon tuan pautkan blog saya juga. TQ
    www.melayukulai.info

    ReplyDelete
  2. lebih baik bagi air kelapa dari air liur, sebab air liur banyak virus

    ReplyDelete
  3. APE BENDA YG FUCKATAN X PNH JANJI..CKP SENANG SBB X PGANG DUIT BEB..JANJI TU JANJI NI..KASI TU KASI NI..HAPUS UTANG TU UTANG NI..LAST2 BANGKRAP BARU TAU TINGGI RENDAH LANGIT TU..TP DH TERLAMBAT LERR KEHKEHKEHKEH

    ReplyDelete
  4. Kita kira itu janji ikhlas. Jika tak ikhlas mengapa YAB MB nak jawab. YAB MB DSAY tak perlu jawab, sebelum GE 13, berikan tanah2 tersebut kepada masyarakat yang dikawasan masing2 yang benar2 belum ada tanah. Jangan cakap tak ada tanah, tapi ada pula yang dapat sampai 1,000 ekar apahalpulak tuh... Contoh... bukan betul, contoh...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR