FOLLOWERS

Wednesday 12 October 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : HAK NENEK MENJAGA CUCU !!!!!



[1996] 4 MLJ 195
Thavamani Deve a/p Govindasamy v N Sugumaran a/l Neelmehan & Anor
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — ORIGINATING SUMMONS NO
24–474–95

Judges ABDUL WAHAB PATAIL JC

Date 31 OCTOBER 1995

Citation [1996] 4 MLJ 195



Catchwords:

Family Law — Children — Custodianship — Application for — Factors to be considered — Whether presumption that child is better off with mother than father is a decisive factor — Whether other factors relevant to the welfare of the child must be considered — Whether onus is on applicant to show that she offers significant improvements to welfare of child if she obtains custody
Facts:

Bahasa Malaysia Summary:

Ini ialah satu permohonan seorang ibu untuk jagaan anaknya yang berumur dua tahun. Defendan pertama ialah bapa budak itu sementara defendan kedua adalah nenek budak itu. Ketika budak itu berumur dua bulan, pemohon telah balik ke Taiping dan meninggalkannya di bawah pemeliharaan dan jagaan kedua defendan itu sehingga ke hari ini.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu dengan arahan lanjut supaya pemohon diberi akses yang munasabah kepada anaknya:

(1) Terma ‘parent’ tidak ditakrifkan di dalam Akta Penjagaan Budak 1961 (‘Akta itu’). Bahawa ia bermaksud bapa atau ibu sebenar adalah jelas kerana Akta itu tidak merujuk kepada atau mengiktirafkan perhubungan yang selain daripada itu. Dengan ini, datuk dan nenek atau pakcik dan makcik, tidak mempunyai tuntutan yang istimewa atau hak sebagai ibubapa sebenar; walaupun fakta tali persaudaraan boleh dijadikan alasan untuk dipertimbangkan di dalam permohonan terhadap orang yang tidak mempunyai tali persaudaraan yang rapat atau tiada persaudaraan langsung. Dalam mengambil kira kehendak kedua-dua ibu bapa di sini, defendan pertama adalah bapa sebenar sebagaimana pemohon juga adalah ibu sebenar (lihat ms 199F–G).

(2) Secara amnya, terdapat anggapan bahawa budak yang kecil adalah lebih sesuai bersama ibunya daripada bapanya. Akan tetapi ini hanyalah satu anggapan dan tidak dengan sendirinya menjadi satu faktor penentuan. Ia mesti dipertimbangkan dengan faktor-faktor lain yang relevan kepada soalan pertimbangan utama, iaitu kebajikan kanak-kanak tersebut (lihat ms 200A–B).

(3) Pemohon mempunyai beban untuk menunjukkan bahawa dia dapat memberi faedah-faedah atau perbaikan yang ketara kepada kebajikan budak itu untuk menyokong pertukaran hak jagaan dan menjustifikasikan gangguan dari pertukaran persekitaran budak itu kerana sesuatu perintah penjagaan itu akan menjejaskan budak itu, terutamanya pada umur yang sangat muda. Pemohon telah gagal membuktikan di dalam permohonannya bahawa kebajikan budak itu akan dijaga dengan lebih baik jika dia diberi hak jagaan. Dengan itu, status quo patut dikekalkan (lihat ms 200D–F).]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR