FOLLOWERS

Thursday 27 October 2011

MALAYAN LAW JOURNAL : POTONG BEKALAN LETRIK / TNB BUKAN MAHKAMAH !!!!!



[1996] 4 MLJ 506
Dai-Ichi Electronics (M) Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (PENANG) — CIVIL SUIT NO 22–198–95

Judges VINCENT NG J

Date 15 FEBRUARY 1996

Citation [1996] 4 MLJ 506

Catchwords:


Civil Procedure — Injunction — Interlocutory injunction to restrain TNB from cutting off power supply and to restrain TNB from enforcing bank guarantee — Whether there were serious questions to be tried — Whether the balance of convenience lay in favour of the plaintiff — Whether the court can impose any extraneous conditions when granting an interlocutory injunction

Public Utilities — Electricity — Disconnection of electricity supply — Whether TNB has power to disconnect power upon giving 24 hours’ notice — Whether the power to disconnect supply should be dependent on court proceedings — Electricity Supply Act 1990 ss 37(1), (3), 38(1) & (5)
Words and Phrases — ‘In his opinion’ — Electricity Supply Act 1990 s 38(1)
Words and Phrases — ‘Proves that an offence has been committed’ — Electricity Supply Act 1990 s 38(1)

Bahasa Malaysia Summary:


Setelah mendapati bahawa wayar biru untuk bekalan kuasa dan penutup papan litar di kilang plaintif telah diusik, defendan (‘TNB’) pun mengisu dan menyampaikan kepada plaintif satu bil khas bertarikh 15 Mac 1995 untuk jumlah RM247,943.27 dan satu bil rampai bertarikh 16 Mac 1995 untuk jumlah RM2,000 (‘dua bil itu’). TNB juga mengugut untuk memotong bekalan elektrik ke kilang plaintif. Ini mendesak plaintif membuat pembayaran sebanyak 10% ke atas dua bil itu dan mengaturkan satu gerenti bank sebanyak RM223,148.94 untuk menjamin jumlah baki dalam dua bil itu.

Plaintif kemudiannya memfailkan satu guaman terhadap TNB. Sementara menantikan perbicaraan guaman itu, plaintif telah memperolehi dua injunksi sementara secara ex parte. Perkara di depan mahkamah sekarang adalah satu permohonan inter partes oleh plaintif yang memohon untuk injunksi interlokutori: (a) supaya TNB disekat daripada memberhentikan bekalan elektrik ke kilang plaintif; dan (b) supaya TNB disekat daripada menuntut bayaran ansuran ke atas dua bil itu atau menguatkuasakan gerenti bank yang diisu oleh plaintif kepada defendan pada 20 Mac 1995. Peguam untuk plaintif berhujah bahawa terdapat pertikaian fakta yang serius di dalam kes ini. Walau bagaimanapun, TNB menegaskan bahawa mereka berhak mengisu dua bil itu dan memberhentikan bekalan tenaga elektrik ke kilang plaintif di bawah s 38(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 (‘Akta itu’).

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan permohonan plaintif:


(1) Walaupun s 38(1) Akta itu ex facie kelihatan membenarkan TNB memotong bekalan elektrik setelah memberi notis 24 jam, ianya diragui sama ada badan perundangan berniat memberikan kepada ‘mana-mana orang yang digaji oleh’ TNB kuasa yang begitu mendadak dan muktamad. Seksyen 38(1) sepatutnya dibaca bersama dengan s 38(3) dan frasa ‘yang dalam pandapatnya’ tidak boleh ditafsirkan berasingan daripada perkataan lain dalam s 38 dan lain-lain peruntukan dalam Akta itu.

Perkataan ‘membuktikan bahawa kesalahan telah dilakukan di bawah s 37(1), (3) dan (14)’ yang mengikuti perkataan ‘dalam pendapatnya’ dalam s 38(1), bila dibaca dengan s 38(3), akan menunjukkan bahawa pemberhentian yang diikuti oleh penyambungan semula bekalan elektrik adalah langkah-langkah yang dipersetujui boleh dijalankan oleh TNB hanya selepas pengguna itu dibuktikan dengan keterangan dalam mahkamah undang-undang telah melakukan kesalahan di bawah s 37(1), (3) atau (14). Perkataan ‘menbuktikan’ di dalam s 38(1) membayangkan pembuktian di depan mahkamah undang-undang dan bukannya di depan seorang pekerja TNB. Oleh itu kuasa yang dibayangkan di dalam s 38(1) sepatutnya bergantung, sebagai asas tunggalnya, kepada keputusan prosiding mahkamah di bawah ss 37 dan 38(5) Akta itu (lihat ms 511H–I, 512A–B).


(2) Perlu diambil ingat bahawa badan perundangan telah meletakkan perlindungan yang secukupnya untuk TNB dalam bentuk remedi sivil dan jenayah di bawah ss 37 and 38(5) of the Act (lihat ms 512D–F, I).


(3) Hakikat bahawa TNB akhirnya bersetuju kepada pemberian injunksi interlokutori untuk menyekat dirinya daripada memberhentikan bekalan elektrik ke kilang plaintif dengan jelasnya menunjukkan bahawa terdapat persoalan serius yang perlu dibicarakan dan bahawa imbangan kesenangan berada pada pihak plaintif (lihat ms 513E).

(4) Apabila memberikan satu injunksi interlokutori, baik mahkamah mahupun pihak-pihak yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa syarat yang lain selain daripada syarat-syarat tentang ganti rugi; melainkan kedua-dua pihak bersetuju kepada syarat-syarat yang lain itu. Walau bagaimanapun, dalam kes di mana plaintif bermastautin di luar bidang kuasa mahkamah dan ia ditunjukkan bahawa plaintif tidak mempunyai aset dalam bidang kuasa mahkamah maka mahkamah boleh membuat perintah untuk menguatkan lagi sesuatu akujanji. Dalam kes ini, oleh kerana tidak dihujah bahawa plaintif tidak mempunyai aset dalam bidang kuasa mahkamah, gerenti bank sebanyak RM223,148.94 tidak patut dikekalkan (lihat ms 513F–I)


(5) Defendan dengan itu harus disekat daripada memutuskan bekalan elektrik ke kilang plaintif dan daripada menuntut bayaran ansuran atas dua bil itu (lihat ms 514C).

Obiter

Biarpun s 38(1) Akta itu patut ditafsirkan berasingan, sementara menantikan bukti perlakuan satu kesalahan di bawah s 37 di dalam satu mahkamah jenayah atau sivil, satu injunksi interlokutori terhadap pemberhentian bekalan kuasa patut diberikan supaya tidak menghalang atau menyebabkan satu pengunduran pelabur besar daripada negara ini (lihat ms 512B–C).]

Penghuni Gua
: Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua ;pembaca dan pelajar. MLJ adalahg dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR