FOLLOWERS

Thursday 27 October 2011

MENGAPA MELENTING?????










Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang adalah seorang tenang, bersikap sederhana dan yang paling penting, bebas dari sebarang pengaruh politik.

Laporan tahunan beliau adalah “senjata” yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN di atas isu-isu ketirisan dan pembaziran di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Namun tidak ada pihak di dalam BN yang mempertikaikan kewibawaan beliau, mahupun kecenderungan politiknya.

Walau pedas mana pun teguran dan pendedahan dibuat, laporan Ketua Audit Negara saban tahun diterima dengan baik dan tanpa masalah oleh Putrajaya.

Justeru, amat mengejut dan mendukacitakan apabila Ambrin menjadi sasaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa lalu, semata-mata kerana laporan terbaru Jabatan Audit Negara mendedahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menanggung kerugian RM122 juta ringgit tahun 2009.

Rumusan Ambrin bahawa kerugian antara lain disebabkan KDEB terpaksa menanggung kos program air percuma 20 meter padu untuk rakyat Selangor mengundang kritikan terbuka Khalid terhadap Ketua Audit Negara itu.

“Kerajaan (negeri) faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain,” Khalid dipetik berkata dalam satu kenyataan.

Tuduhan Khalid bahawa Ambrin “janggal” dengan dasar-dasar kerajaan pimpinan beliau, bukan sahaja tidak professional, malah tidak mencerminkan kebertanggungjawaban seorang pemimpin negeri.

Ungkapan janggal itu membawa maksud sama ada Ambrin tidak arif dalam memperinci penyata kewangan KDEB atau pun beliau tidak memahami pengurusan kewangan syarikat itu.

Lebih buruk jika Khalid cuba memberi gambaran kononya Ambrin tidak menggunakan standard operation prosedur (SOP) dalam menjalankan tugas beliau.

KDEB adalah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Khalid selaku Menteri Besar. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Mengapa melenting? Kerajaan Pusat tak melenting pun bila lapuran Audit menjumpai berbagai kelemahan dalam pengurusan kewangan.

2. Tak ada pun kerajaan Pusat atau kerajaan negri bawah BN yang melenting dan mengecam Ambrin.

3. Itulah wajah sebenar kerajaan PR ini. Tak boleh terima teguran orang. Dia betul semuanya. Apalah...................

4. Apa komen Punaisihat pulak. Mungkin Punaisihat ekonomi kerajaan Selangor akan kata dan mengecam Ambrin berkonspirasi untuk jatuhkan kerajaan Selangor. Mungkin punaisihat cakap Ambrin adalah agen kerajaan pusat.

5. Kalau ikut cara MB Selangor cakap tu, mungkin begitulah akhirnya ................

6. Tak gitu ?

2 comments:

  1. dino.yp@gmail.com27 October 2011 at 15:22

    mb paling bodoh dan bangsat dlm sejarah msia selepas guan eng.

    ReplyDelete
  2. dino, maknanya guan eng lg bangsat la? hehehe mmg bangsat pun dua2 ekor berok tu...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR