FOLLOWERS

Thursday 20 October 2011

SUDAH-SUDAHLAH !!! BIARKAN SARBINI AMAN !!!!!








KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menubuhkan Suruhanjaya Diraja dengan kadar segera bagi menyiasat kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu.

Sepupu Ahmad Sarbaini, Makhtar Mansor, 53, mewakili keluarga Allahyarham berkata permintaan itu dibuat kerana pihak keluarga tidak dapat menerima keputusan daripada Mahkamah Koroner pada 29 Sept lepas yang memutuskan kematian Allahyarham disebabkan nahas. Beliau berkata pihak keluarga akan menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menuntut penubuhan suruhanjaya itu, hari ini. "Keluarga arwah langsung tidak dapat menerima keputusan itu. Kami percaya terdapat 'foul play' dalam kes kematian arwah dan kami mahu suruhanjaya ini menyiasat semula kes ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua
: Apa lagi ni. Pakar forensik dan patologi dan mahkamah dah buat enkuiri dan telah buat keputusan. Bukan dibunuh tetapi terjatuh ( bunuh diri ? ).

2. Terima ajelah. Lihat diri sendiri dan lihat secara keseluruhan. Apa nak tubuh suruhanjaya lagi. Buat perabih duit rakyat aje. Semua pakar dah sahkan kes ini bukan bunuh diri. Sudahlah. terima lah kenyataan.

3. Riuh rendah sana sini, roh si mati pun tak aman di akhirat. Biarlah Allahyarham berada dengan aman. Kita sama-sama doakan semuga beliau ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.


4. Cukup-cukuplah................................

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR