FOLLOWERS

Saturday 29 October 2011

TGHH MIMPI KE NI ?





Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan menawarkan untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru.

Jaminan berkenaan akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam manifesto Pakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011.

"Jaminannya akan kita fikir, kita masukkan dalam manifesto kita. Maknanya hak rakyat akan kita utamakan kerana pemaju ini ada kepentingan. Yang lebih membimbang kita ialah ia dibayangi rasuah

"Oleh kerana itu mereka yang berkuasa ini bermati-matian mempertahankan pemaju kerana (langkah tersebut) menguntungkan pihak tertentu.

"Insya-Allah, pakatan Rakyat akan hapuskan hal ini dan kita buktikan di empat negeri yang kita perintah, untuk membersihak perkara rasuah supaya tidak boleh diguna oleh pemaju," katanya lagi.

Beliau ditanya demikian memandangkan pembangkang tidak berjaya menghalang kerajaan daripada membawa Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru 2011 sehingga diluluskan Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.

"Insya-Allah keadaan akan berubah. Di negara lain, apabila kerajaan buat sesuatu dia akan bentang kepada rakyat, dengar bantahan rakyat dulu.

"Ini tidak, terus buat (undang-undang) hingga rakyat terpinga-pinga. Kita akan buat perubahan insya-Allah," katanya lagi ketika ditanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011 di Kampung Baru hari ini.

Berikut ialah 13 perkara dalam resolusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut:

- Mendesak kerajaan melibatkan penduduk dalam apa sahaja perancangan pembangunan. Pembabitan pandangan penduduk adalah antara keutamaan terpenting dalam sebarang perancangan.

- Mendesak kerajaan untuk memastikan setiap pembangunan yang dirancang bersifat menjaga, melindungi dan menjamin kebajikan serta kualiti kehidupan penduduk.

- Meningkatkan kualiti pengangkutan dan infrastruktur awam di pusat bandar dan di sekitar pinggir bandar yang kini didiami oleh sebahagian penduduk yang bekerja di ibu kota. Hasrat kerajaan untuk menambah kapasiti warga kota ke 2.2 juta menjelang 2020 perlu dihentikan selagi mana aspek pengangkutan dan infrastruktur awam yang memainkan peranan penting dalam konteks kepadatan ibu kota tidak ditambah baik.

- Pembangunan yang dilaksanakan perlu bersepadu membabitkan keseimbangan alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau. Sebarang projek di lokasi yang berisiko mesti dihentikan.

- Satu akta khusus mengenai kampung tradisi khususnya di Kuala Lumpur dan di bandar besar lain perlu diwujudkan bagi mengelakkan kampung ini hilang ditelan pembangunan dan pemodenan.

- Perkampungan tradisi di Kuala Lumpur perlu diisytiharkan sebagai perkampungan warisan Melayu dan DBKL juga perlu membentuk sebuah jawantankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk merancang pembangunan kampung tradisi bersama wakil penduduk kampung.

- Kerajaan perlu memberi hak milik kekal kepada para penduduk yang mendiami perkampungan tradisi sebagai memastikan kawasan tersebut kekal terpelihara. Tanah rizab Melayu dan tanah yang dimiliki orang Melayu sekitar Kuala Lumpur mestilah dikekalkan kepada orang-orang Melayu.

- Kerajaan perlu merangka suatu agenda untuk membolehkan kampung tradisi dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan mengekalkannya sebagai Kampung Melayu Tradisional. Industri hiliran seperti perusahaan membuat kain batik, membuat keropok, kompang dan lain-lain perlu dimajukan.

- Projek perumahan rakyat (PPR) yang disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah perlu melaksanakan polisi sewa-beli untuk penduduk tanpa syarat kelayakan yang terlalu ketat dan membebankan. Sebahagian tempoh sewaan perlu diambil sebagai bayaran deposit untuk pembelian manakala bayaran sewaan selebihnya diambil sebagai ansuran.

- PPR yang tidak diselenggara oleh pemaju perlu dikenakan caj kepada mereka. DBKL perlu mengambil alih PPR tanpa penyelenggaraan ini.

- Dicadangkan ditubuhkan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil penduduk Kampung Baru dan mereka yang berkepentingan langsung dalam pembangunan Kampung Baru tersebut. Proses pembangunan Kampung Baru perlulah dilakukan dengan telus dan mengikut pandangan dan suara hati anak Kampung Baru sendiri. Penubuhan Tabung Amanah akan mewujudkan kepada 2 jenis saham melibatkan saham tanah dan saham sewa. Ia alternatif terbaik menjadikan kawasan berkenaan kekal milik Melayu sepenuhnya.

- Dicadangkan tanah yang tidak dibangunkan berjumlah 5,757 hektar seperti tanah lombong, belukar dan sebagainya dijadikan taman rekreasi atau pusat kemudahan awam. Selain itu, tanah tersebut boleh dibangunkan sebagai tanah kediaman untuk kawasan setinggan yang masih berbaki di Kuala Lumpur.

- Kawasan kediaman sedia ada tidak perlu ditukar kepada kawasan perdagangan. Kawasan yang ingin dibangunkan perlu difokuskan kepada kawasan yang masih belum dibangunkan. Dengan itu, ia tidak akan menjejaskan penduduk. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Masa bila pulak TGHH dan PAS boleh cakap bab Melayu ini. Melayu tak ada dalam Islam . Itu lah yang TGHH gembar gemburkan selama ini. Assobiah katanya.

2. Dah dekat dengan PRU 13 , halal pulak bercakap mengenai bangsa terutama bangsa Melayu. Mimpi kot TGHH ni.

3. Juga kalau di lihat kepada resolusi yang dihadiri oleh TGHH di atas, PG malas nak cakaplah. dari no 1 ke no. seterusnya, baik TGHH lihat diri sendirilah. Lihat aje di negeri Kelantan. Air minuman/ paip, pun macam teh tarik. Menifestoo dulu pun tak laksana satu hapah pun. Dok asyik ceramah ajesiang malam. Modal air liur aje.............Kih kih kih kih kih kih !!!!!!!!

4. Resolusinya seterusnya katanya setiap rancangan nak libatkan penduduk. Betul ke.? Tapi dalam pembinaanlubang kubor Tok Guru di Kota Bharu, pandangan peniaga tak pernah di dengar. yang di dengar hanya pandangan menantunya sahaja.

4. Kemudian resolusi seterusnya akan jaga kualiti hidup penduduk. Hapah pun tak ada di Kelantan tu. Habis segala gunung dan hutan balak di lerah dan digondolkan untuk balak. Air sungai berkeladak.

5. Dan baca sesolusi seterusnya dan kita boleh buat perbandingan apa yang PAS buat di Kelantan. Senang aje cerita nak tak tahu temberang TGHH.

6. Lihat diri sendirilah Tok Guru. Tahi di badan sendiri pun berselepek. Bersihkan dulu kekotoran di badan sendiri. baru lah boleh berhajat nak bersihkan kotoran di badan orang lain.

7. Tak gitu?

Nota : Menifesto lama tak tertunai lagi. Nak berbohong dengan menifesto baru pulak. Kah kah kah kah kah kah kah !!!!!!!!!!! Lawak, lawak !!!!!!!!!!! Juga ada baiknya resolusi Kg Baru tu , TGHH hantar satu salinan kepada TGNA untuk dia buat panduan bagi bangunkan dan ubah suai Bazar Tok Guru / Lubang kubor Tok Guru di K Bharu dan pembangunan kawasan lojing. Bagus tu. Apa macam TGHH. Ok Tak ????? Kih kih kih kih kih kih !!!!!!!!!!!

3 comments:

  1. Dibimbangi akan ramai dikalangan kafir akan jadi Islam celup sementara waktu untuk elak jadi melayu yang tiada dalam matlamat perjuangan hamPASongeh...

    ReplyDelete
  2. betul tu anon.

    pas ni penuh dengan tahi aje. asyik bercakap dan berbohong tiap malam. bukannya buat kerja dan berfikir untuk pembANGUNAN NEGARA. KERJA MENIPU DAN FITNAH AJE SIANG MALAM. ITU AJE MEREKA PANDAI

    ReplyDelete
  3. umpama mimpi dalam mimpi aje.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR