FOLLOWERS

Monday 17 October 2011

HARTA PUNYA HAL !!!!!








KOTA BAHARU 16 Okt. - Seorang jutawan hari ini membuat aku janji di Mahkamah Tinggi Syariah di sini yang beliau sama sekali tidak berhasrat untuk menukar, menjual atau melupuskan harta milik sepencarian bersama arwah isterinya seperti yang dituntut 11 orang anaknya.

Che Ibrahim Che Ismail, 56, yang merupakan pemilik syarikat bas Ekspres Mutiara membuat aku janji itu di hadapan Hakim Abu Bakar Abdullah Kutty setelah mahkamah mahukan kepastian seperti dalam tuntutan anak-anak jutawan itu.

"Saya tidak berhasrat untuk memindah milik harta-harta berkenaan sebaliknya mahu membangunkan lagi di tanah yang ada (bagi tujuan pembangunan)," kata Che Ibrahim.

Ketika ditanya Abu Bakar apakah pembangunan yang mahu dilakukan akan menjadikan nilai hartanah itu terus bertambah, Che Ibrahim berkata: "Ya diyakini nanti akan terus bertambah". Pada prosiding itu anak-anak Che Ibrahim diwakili anak sulung Khalilullah, 31 dan anak keempatnya, Khairul Anam, 26, yang kesemua mereka menuntut satu perintah interim secara exparte bagi menghalang bapa mereka daripada melakukan sebarang transaksi terhadap harta sepencarian milik ibu mereka itu.

Tanpa diwakili peguam syarie, Khairul Anam ketika berhujah berkata kesemua harta berkenaan adalah milik sepencarian bersama arwah ibu mereka iaitu Paizah Mohd. Yusoff yang telah meninggal dunia pada 2008 akibat kemalangan jalan raya, empat tahun sebelum itu.

"Harta-harta ini adalah harta sepencarian bersama arwah ibu kami dan kami juga mempunyai hak ke atas harta-harta berkenaan," katanya.

Abu Bakar, selepas mendengar aku janji Che Ibrahim yang diwakili peguam syarie Mohd. Alawi Mohd. Rosid kemudiannya turut bertanya kepada Khairul Anam apakah mereka berpuas hati dengan aku janji berkenaan dan Khairul Anam berkata mereka bersetuju dan meminta mahkamah merekodkan keterangan itu serta mengambil tindakan jika bapa mereka melanggar akuan itu.

Selain Khalilullah dan Khairul Anam, sembilan lagi anak-anak Che Ibrahim bersama arwah isterinya yang turut dinamakan sebagai plaintif ialah Tamtini, 30; Amalina, 29; Khairul Azhan, 28; Khairul Adnin, 24; Salsabila, 20; Siti Nahwan, 18; Muhammad Atifuddeen, 16; Muhammad Amar, 11, dan Nurul Aufa, 13.

Abu Bakar selepas itu memutuskan agar Che Ibrahim berpegang kepada aku janji berkenaan dan sebarang keputusan lain yang mahu dilakukan, jutawan itu perlu mendapat kebenaran daripada mahkamah itu.

Pada 2 Oktober lepas, kesemua anak jutawan itu memfailkan tuntutan terhadap Che Ibrahim menuntut harta sepencarian dipercayai bernilai jutaan ringgit milik ibu mereka.

Mereka selaku plaintif menuntut harta berkenaan bermula dari tarikh perkahwinan arwah dengan Che Ibrahim pada 22 Februari 1979 sehingga ibu mereka meninggal dunia pada 24 September 2008.

Kes itu bagaimanapun akan didengar di mahkamah yang sama pada 22 November. - BERNAMA

Penghuni Gua
: Entahlah labu. Kepada si ayah.................. Sabarlah. Jangan putuskan dan jauhkan diri dari anak-anak. Kepada anak-anak di luar sana.......................ayah adalah segalanya. Harta boleh dicari. Siapa yang nak jaga ayah sekiranya sakit. Siapa yang nak jaga makan minum dan berbual dengan nya bila malam.................Adakah anak-anak sanggup melayan ayah dalam keadaan ini. Tidak dan tak akan mampu anak-anak nak jaga bapak pun. Yang berjaya dan mampu jaga bapa dan ayah ialah isteri. Jadi dah siteri meninggal, biarlah beliau nak berkahwin lain. Tak ke mana harta tu berbanding dengan kasih sayang ayah. Cuma , sebahagaian besar ayah ni, tak tunjuk sangat samada dari segi bahasa dan perbuatannya yang ia amat, amat , amat kasih pada anak-ananknya. Itu sifat lelaki............

2. Nak tahu ayah sayang tak kepada kita ialah bila nak kahwin. Anak perempuan benci macamana pun dan memaki macamana pun padanya, beliau tetap akan mewalikan anaknya. Fikirkanlah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

PETA PELAYAR