FOLLOWERS

Tuesday 11 October 2011

TITAH DYMM TUANKU : SUDAH LAH PROF !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!










Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.

Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.

Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.

Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.

Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.

Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.

Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.

Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.


Penghuni Gua
: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.


2. Agama kita diancam kiri kanan. Bukan oleh orang lain. Tetapi oleh sebangsa dan seagama dengan kita. Sebabnya kerana politik. Semua boleh. Lihatlah apa yang Prof mangkok ini yang mempertikaikan titah DYMM sebagai satu perkara tidak lazim.

3. Habis tu yang MB Selangor dan Khalid Gereja pertikai dan mengecam JAIS serta Dr Hasan Ali sebelum mendapat lapuran penuh tu, adakah sesuatu yang lazim?

4. Mereka buat tak apa, kalau tak untung mereka akan haram dan tak betul dari segi perlembagaan.

5. Tak lazim bukan bermakna salah. Tak lazim boleh dilazimkan. Dan titah DYMM dalam perkara ini tak menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Dan ia juga tidak menunjukkan DYMM hanya menjaga Agama Islam dan penganutnya. Ia hanya sebahagian dari tugas dan tanggungjawab Baginda. Bukan menunjukkan DYMM tidak melindungi agama lain serta berpihak.

6. Tetapi maksud Baginda, jangan kacau agama lain. Masing-masing jaga sempadan masing-masing mengikut undang-undang. Jika semua patuh undang-undang tak ada masalah pun.

7. Mengapa Prof ini tak pertikai pulak perhimpunan haram BERSIH yang melanggar undang-undang dan perlembagaan? Mereka hanya tonjolkan separuh dari peruntukan perlembagaan yang membenarkan hak berhimpun tetapi menyorok peruntukkan perlembagaan yang membuat beberapa sekatan dalam perhimpunan ini.

8. Hak asasi dan segala Hak ada batasnya. Hak majoriti diutamakan. Bukan hak asasi segelintir pengacau dan hantu demokrasi.

9. Sudahlah Prof...........Boleh jalanlah. Dah tahu jantan betini, sebaik Prof buka mulut !!!!!!!! Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

5 comments:

  1. Ramai yang tidak faham perbezaan diantara tiada bukti, dan isu kuasa Jais membuat penyiasatan yang hanya memerlukan syak yang munasabah (reasonable suspicion. Bukti dengan syak memanglah tidak sama kerana syak belum sampai tahap adanya bukti (Lihat kes Shaaban oleh Lord Devlin).

    Tindakan Jais masuk kedalam Gereja adalah berdasarkan syak munasabah (reasonable suspicion)atau asas-asas munasabah (resonable grounds) adanya kegiatan dan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini. Maka tindakan JAIS menggeldah (search of premise)adalah mengikut undang-undang.

    Soal cukup atau tidak bukti untuk mendakwa itu adalah isu berasingan yang tiada kena mengena dengan kuasa menyiasat penguatkuasa JAIS atas syak munasabah tersebut untuk masuk kedalam Gereja tersebut bagi tujuan penyiasatan - tidak semestinya
    dapat bukti. Ibarat polis serbu sebuah rumah yang disyaki mempunyai senjata, tapi ternyata tidak ada keitika itu.

    http://malaysiakini.com/news/178282
    Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.

    “Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat. Saya setuju dengan komen Anonymous di atas.

    Pertama, Mulanya saya dengar MB Khalid nak tengok laporan JAIS berkaitan tindakan penguatkuasaan tersebut. Adakah ini lazim? Sekiranya ini lazim, soalan seterusnya, adakah ia betul? Itu sebenarnya tidak lazim dan juga tidak betul. Alasan saya ada dalam perenggan seterusnya.

    Kedua, Berbanding dengan Sultan yang sudah jelas adalah ketua agama Islam yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam, MB tidak mempunyai apa2 kuasa mengenai penguatkuasaan undang2 Islam. Kenapa tidak dikatakan tindakan MB Khalid itu sesuatu yang tidak lazim..

    Ketiga, kita tidak mempersoalkan hak orang kristian secara membuta tuli. Tindakan pihak gereja itu mendatangkan kecurigaan yang munasabah. Di dalam proses penyiasatan yang wujud dan diiktiraf undang2 kita, pihak penguatkuasa boleh menjalankan siasatan, termasuk menyerbu tempat yang difikirkan secara munasabah, melalui kaedah risikan atau laporan, kesalahan jenayah boleh tangkap sedang dijalankan. Natijahnya, sekiranya dikatakan JAIS melakukan "SERBUAN", ia masih sah di sisi undang2 kerana agensi itu, yang disertai Polis,melakukan serbuan tersebut. Walaupun risikan yang dilakukan mungkin tidak begitu mendalam, dan seterus gagal meneruskan dengan pertuduhan, tindakan JAIS itu tidak menyalahi undang2, bahkan ia menepati undang2. Tetapi ini tidak sepatutnya menjadi alasan untuk mempersoalkan tindakan sultan. Dalam perkara berkaitan, saya tidak faham persoalan yang Prof Aziz sebut mengenai layanan yang Islam bagi terhadap Kristian. Mungkin ada pembaca yang mahu berkongsi secara ilmiah maksud yang dapat difahami daripada kenyataan Prof Aziz itu.

    Kelima, Saya tidak faham kenapa Prof Aziz mempertahankan kedudukan kristian lebih daripada mempertahankan kedudukan Islam. Sekiranya benar orang Islam telah dihasut untuk murtad, adakah kita patut berdiam diri. Realitinya, kalau pun kita tidak sensitif mengenai perkara lain yang merendahkan Islam, adakah salah untuk kita bersa sensitif mengenai pengembangan agama bukan Islam dikalangan Islam. Saya tidak fikir tindakan yang bijak diambil oleh Prof Aziz untuk membuat kenyataan begitu. Alasan saya ialah,ia akan mendatangkan keburukan yang lebih kpd Islam. Kita harus sedar ada dua kemudaratan di sini, iaitu, kedudukan raja dan Islam serta kedudukan dan kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dsb pihak orang2 Kristian. seharusnya setiap kita orang Islam bijak menimbang antara dua kemudaratan itu. Maka seharusnya kita lebih condong kepada Islam, dan bukannya kepada agama lain.

    Keenam; Dalam konsep mengenai penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang2 Islam secara ilmiahnya terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulamak Islam. Ada pendapat yang membenarkan dan ada pendapat yang melarang.Apa yang pasti, negara kita melarang penyebaran agama bukan Islam di kalangan orang-orang Islam. maka ini adalah undang2 negara. maksudnya, walaupun ada perbezaan pendapat ulamak Islam dalam soal ini, negara kita telah memilih salah satu pendapat itu untuk dimasukkan di dalam sistem perundangan negara. Oleh itu, kita hendaklah mentaati undang2 tersebut; maka dalam aspek ini, tidak timbul hak kebebasan pihak Kristian untuk menyebarkan agama mereka di kalangan orang2 Islam.

    Ketujuh:Bukankah sebelum ini Prof Aziz mahukan Raja atau Sultan yang dapat menyelamatkan Islam. Ketika sultan mula bersuara, kenapa begitu pula respons beliau.. mingkin pembaca boleh memberi saya jawapan untuk persoalan ini.


    Terima kasih Tuan.

    ReplyDelete
  3. Barulah aku betul-betul faham!

    Terimakasih PG dan Shamrahayu..

    ReplyDelete
  4. kah kah kah!
    BaNgang rupenyer si jahil neh!
    x paham rupenyer!kah kah kah!

    dh la jahil murakab!
    BaNgang plak tuh!
    kah kah kah!

    ReplyDelete
  5. baguslah kalau DolMonggolpun faham dan seia dan sekata.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR