[1994] 1 MLJ 477
Rahimah bte Abdullah v Bank Bumiputra Malaysia Bhd
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (KUALA LUMPUR) — CIVIL
SUIT NO D4–22–59–91
Judges ZAKARIA YATIM J
Date 23 DECEMBER 1993
Citation
[1994] 1 MLJ 477
Catchwords:
Banking — Banker and customer — Lien — Whether bank had lien
over fixed deposit of customer for debt owing to bank under other accounts
Banking — Banks and banking business — Deposits — Customer
consented to bank’s upliftment of deposit to pay indebtedness of third party —
Whether bank’s act in uplifting deposit was lawful — Whether bank had lien over
deposit or whether deposit was security for third party’s indebtedness
Bahasa Malaysia Summary:
Plaintif merupakan seorang pelanggan defendan (‘Bank itu’)
dan telah menyimpan RM300,000 atas simpanan tetap dengan Bank itu. Plaintif
telah mengatakan bahawa pada 11 Oktober 1988, Bank itu telah mengeluarkan
simpanan tetap itu tanpa persetujuan atau kebenaran plaintif, dan telah
memindahkan jumlah RM300,000 itu dengan salah dan mengkreditkannya ke dalam
akaun Malrich Holdings Bhd (‘Malrich’) kononnya di bawah suatu lien yang
memihak kepada Bank itu sebagai suatu sandaran untuk pinjaman yang diberikan
kepada Malrich. Plaintif telah menegaskan bahawa tindakan Bank itu mengeluarkan
jumlah RM300,000 dari akaun simpanan tetap itu dan mengkreditkannya ke dalam
akaun Malrich merupakan suatu perbuatan konversi oleh pihak Bank itu. Bank itu
menafikan perbuatan konversi yang dikatakan itu dan mengata bahawa plaintif
telah memberi kebenaran kepada Bank itu untuk mengeluarkan RM300,000 dari akaun
simpanan tetap itu supaya dibayar ke dalam akaun Malrich seperti yang diarahkan
dan dipersetujui oleh plaintif di dalam suatu dokumen yang bertarikh 22 Oktober
1982 (‘surat plaintif itu’). Soalan undang-undang di hadapan mahkamah adalah:
(i) sama ada resit simpanan tetap itu telah mewujudkan suatu lien yang sah yang
memihak kepada Bank itu sebagai cagaran untuk kemudahan overdraf yang diberikan
oleh Bank itu kepada Malrich; dan (ii) sama ada tindakan Bank itu yang
mengeluarkan simpanan tetap itu atas alasan bahawa terdapat suatu lien adalah
salah di sisi undang-undang.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan plaintif itu:
(1) Sebarang wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun
seorang pelanggan bank mewakili hutang bank itu kepada pelanggan itu. Bank itu
tidak mempunyai sebarang lien ke atas hutangnya sendiri kepada pelanggan itu,
walaupun pelanggan itu mungkin mempunyai suatu akaun lain di dalam bank yang
sama yang telah terlebih keluar atau dibekukan. Walau bagaimanapun, bank itu
mempunyai suatu lien am ke atas semua cagaran yang disimpan oleh seseorang
pelanggan di dalam bank itu.
(2) Di mana seseorang pelanggan memberi arahan bertulis
kepada suatu pihak ketiga meminta supaya pihak ketiga itu membayar bank
pelanggan itu jumlah yang terhutang dan yang kena dibayar oleh pihak ketiga itu
kepada pelanggan itu, jumlah itu tertakluk kepada suatu lien. Di dalam kes ini,
adalah jelas bahawa simpanan tetap itu tidak tertakluk per se kepada suatu
lien, tetapi jika simpanan tetap itu dipertimbangkan bersama dengan surat
plaintif itu, boleh dihujahkan bahawa Bank itu mempunyai suatu lien ke atas
wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap itu. Bagaimanapun, mahkamah lebih
cenderung memutuskan bahawa wang yang disimpan dalam akaun simpanan tetap itu
merupakan cagaran untuk pembayaran sebarang wang yang dihutang oleh Malrich
kepada Bank itu. Surat plaintif itu juga memberi Bank itu kebebasan untuk
mengeluarkan simpanan tetap itu dan menggunakan wang itu untuk menyelesaikan
jumlah yang terhutang oleh Malrich tanpa merujuk kepadanya (plaintif itu).
(3) Oleh itu, jika jumlah di dalam akaun simpanan tetap itu
telah dikeluarkan dan dikreditkan ke dalam akaun Malrich mengikut terma surat
plaintif itu, tindakan Bank itu adalah sah di sisi undang-undang.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam . Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq.
No comments:
Post a Comment