FOLLOWERS

Tuesday 8 May 2012

PARTI AUTA SEGALANYA ( PAS ) !!! KAH KAH KAH KAH !!!


Utusan Malaysia

MB akui yuran Kuin akan dinaikkan mulai Julai ini



ALOR SETAR 8 Mei - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengakui yuran pengajian di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang dimiliki kerajaan negeri, akan dinaikkan bermula Julai ini.Azizan yang juga Pengerusi Kuin bagaimanapun menyatakan tidak tahu jumlah kenaikan tersebut, tetapi hanya membabitkan pelajar baru yang mendaftar Julai ini bagi menampung kos pentadbiran kolej.

"Kita telah maklumkan tentang kenaikan yuran ini dan kita tidak akan ganggu pelajar lama walaupun kita mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kerajaan negeri di Wisma Darulaman di sini.Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain, Mahdzir berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut.Mengulas lanjut, Azizan berkata Kuin adalah antara universiti yang mengenakan yuran yang rendah kepada pelajar sehingga ditegur oleh Kementerian Pengajian Tinggi kerana dasar itu akan menjejaskan pentadbiran Kuin.

"Semasa saya mula menjadi menteri besar dulu, saya ada menerima cadangan untuk menaikkan yuran tapi saya tahan kerana atas pertimbangan saya, Kuin masih belum cukup kemudahan ketika itu.

"Tapi sekarang kampus baru kita akan siap hujung tahun ini. Jadi bila siap semua kemudahan termasuklah alat moden yang akan kita gunakan, baru kita naikkan yuran," katanya. - BERNAMA

Penghuni Gua : kah kah kah kah !!!!!!! penipu tetap menipu. Cakap berdegar nak beri pendidikan percuma. Merusoh dan berdemo sana sini. Akhirnya tembelang pecah. Mereka sendiri yang naikkan yuran. Kah kah kah !!!

2. Dah cakap nak beri pendidikan percuma. Mengapa nak naikkan yuran ? Kah kah kah kah !!!

3. Jenis mulut dan lidah biawak belakanya !!!! Kah kah kah kah !!!!

3. Auta saja. PAS biasalah ... Parti Auta Segalanya ( PAS ). Kah kah kah kah kah !!!!

3 comments:

  1. Kasihan Orang Melayu Dah ramai miskin bodoh di perbodohkan pula oleh Dapig kafir harbi.Otak di beri illahi pakai kelapa lutut last sekali berentap sesama Melayu.

    ReplyDelete
  2. Semuanya "saya" - belagak. Orang lain tak buat keja, semuanya keja saya sorang.
    Atas pertimbangan sayalah konon. Kenapa? kerja ko sorang je ker? Apa ko nak orang kata "inilah jasa azizan kita".

    ReplyDelete
  3. percuma apa benda!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR