AGAMA, POLITIK DAN PERUBAHAN SOSIAL
Isu agama dalam dunia moden masa kini.
• Moden – perubahan daripada traditional kepada yng lebih maju.
• Modenisasi – meninggalkan aspek traditional demi mencapai kemajuan.
• Anggapan bahawa dalam proses pemodenan, agama sebagai unsure tadisional harus ditinggalkan atau dipisahkan daripada urusan lain ( sekularisai ).
• Reality : lain padang lain belalang..
• Ternyata tidak semua masyarakat di dunia meninggalkan agama sebagaimana yang berlaku didunia barat. ( ada pengkaji mengakatakan bahawa di asia, semakin maju Negara-negara asia maka semakin secular rakyat dan negaranya. Ini berdasarkan mereka cuba mengujudkandan menegakkan Negara bangsa.yang kukuh )selanjutnya dihujahkannbahawa proses pembentukan
Negara bangasa akan berlaku dalam 2 cara :
Proses modenisasi yang berlaku seiring dengan pembentukan negera2 tersebut akan mengurangkan kegiatan ritualistic keagamaan kerana diambil alih oleh ritual-ritual briroktratik baru yang berbentuk secular.
Ritual2 birokratik baru tersebut akan dipilih oleh pemerintah daripada institusi2 sekular yang sedia ada atau lansung dicipta oleh pemerintah demi membina dan memperkukuhkan kesatuan soail warga dalam negara2 tersebut.
Proses modenisasi yang berlaku seiring dengan pembentukan negera2 tersebut akan mengurangkan kegiatan ritualistic keagamaan kerana diambil alih oleh ritual-ritual briroktratik baru yang berbentuk secular.
Ritual2 birokratik baru tersebut akan dipilih oleh pemerintah daripada institusi2 sekular yang sedia ada atau lansung dicipta oleh pemerintah demi membina dan memperkukuhkan kesatuan soail warga dalam negara2 tersebut.
Modenisasi : Syaratnya :
• Pembangunan teknologi ( pendidikan )
• Industrialisasi- 1970an kita mulakannya. Indonesia tidak mahu industrialisasi atas sebab nasionalisasi.
• Urbanisasi: buruh.
• Pembangunan pertanian. : bahan mentah dab makanan . kita tidak mengambil berat. Lebih pada industry. Cuma ada krisis baru kita nak mula tekan pada pertanian. Sekarang dah nak mjula balik.
• Perubahan sosio budaya ; Sekularisasi. Ia melibatkan pengstrukturan semula. Juga berkaitan dengan pembangunan politik.
JADI bila ada krisis , Malaysia nak balik semula kepada pertanian.
MODENISASI DAN SEKULARISASI
•Dalam buku berjudul Religion and Progress in Modern Asia (1965), Robert Bellah (penyunting) mengemukakan tesis utama buku tersebut, seperti berikut: “semakin maju negara-negara di Asia, semakin meningkat kadar sekularisasi di negara-negara berkenaan”.
•Asas konseptual yang mendasari tesis tersebut ialah untuk mencapai kemajuan yang dicita-citakan, negara-negara berkenaan mestilah menegakkan negara-bangsa (nation-state) yang kukuh.
•Selanjutnya dihujahkan bahawa proses pembentukan negara-bangsa akan membawa perubahan besar terhadap agama melalui dua cara.
•Pertama, proses modenisasi yang berlaku seiring dengan pembentukan negara-bangsa tersebut akan mengurangkan kegiatan ritualistik keagamaan kerana diambilalih oleh ritual-ritual birokratik baru yang berbentuk sekular.
•Ritual-ritual birokratik baru tersebut akan dipilih oleh pemerintah daripada institusi-institusi sekular yang sedia ada atau langsung dicipta oleh pemerintah demi membina dan memperkukuh kesatuan sosial warga dalam negara-bangsa tersebut.
•Kedua, proses modenisasi akan menekankan peri pentingnya tindakan rasional (rational action), justeru, pembinaan sesebuah negara-bangsa menuntut para warganya memberikan sepenuh kepercayaan (commitment of faith) kepada negara tersebut. Dalam perkataan lain, autoriti agama harus tunduk kepada autoriti negara.
•Namun demikian, dalam kebanyakan kes, proses kedua tersebut gagal memaksa autoriti agama tunduk kepada autoriti negara. Sebilangan besar para warga di negara-negara tersebut telah meletakkan kepercayaan mereka kepada pelbagai wawasan anjuran sebilangan autoriti agama yang tidak dihalalkan dari segi politik oleh pemerintah dalam negara-negara berkenaan dan telah mencetuskan ‘krisis autoriti’ (Keyes, Kendall & Hardacre 1994:1-3).
•Krisis autoriti meletakkan pemerintah sesebuah negara-bangsa moden dalam kedudukan bertentangan dengan beberapa kelompok agama, sama ada kelompok yang berteraskan agama tradisional atau kepercayaan popular, sama ada kelompok itu besar atau kecil.
•Ada yang mencabar negara secara terbuka dan ada yang hanya wujud untuk kepentingan sektarian, namun kesemua golongan ini mampu menawarkan persepsi serta autoriti alternatif, spiritual dan bukan spiritual, mengenai aturan kebatinan dan aturan sosial kepada majoriti rakyat.
•Apa yang ditawarkan pihak autoriti agama berbeza dengan apa yang ditawarkan oleh negara dan kerajaan. Oleh sebab itu, secara terbuka atau tidak, autoriti negara sentiasa dicabar oleh pihak autoriti agama.
•Adakalanya krisis autoriti ini meletus dan menyebabkan ketegangan politik lokal dan global, dan tidak sedikit yg berakhir dengan pertumpahan darah.
•Perlu diingat bahawa krisis autoriti tidak hanya berlaku di negara yang sedang dalam proses modenisasi. Krisis autoriti telah berlaku dalam zaman pra-moden di Asia.
•Sejarah China misalnya, mencatatkan tentang krisis autoriti akibat perbezaan wawasan agama antara pemerintah dengan golongan agama.
•Proses perubahan sosial yang melibatkan perubahan ekonomi, politik dan ideologikal, atau lebih dikenali sebagai modenisasi, yang berpunca di Eropah Barat dan kemudiannya merebak ke Asia telah merubah kehidupan masyarakat termasuk pergerakan agama.
•Proses modenisasi mempunyai dua komponen utama, iaitu, ‘modeniti’ (asas material modenisasi) dan ‘modenisme’ (gagasan ideologikal yang mengiringi fenomena modenisasi).
•Dalam konteks perkembangan modenisasi di Eropah Barat, peranan falsafah dan ilmu saintifik rasional menjadi asas fundamental pembentukan modenitinya. Pertumbuhan dan mekarnya modeniti ini berlaku dalam konteks sosio-budaya dan ideologikal Eropah. Oleh itu, modeniti dan modenisme tersulam rapi menjadi satu di Eropah (Crook, Pakulski & Waters 1993:1-10).
•Apabila modenisasi diekspot keluar Eropah melalui imperialisme dan kolonialisme terjadilah pertembungan sosiologikal yang besar kerana aspek modeniti lebih mudah diterima, manakala aspek modenisme sering menimbulkan krisis kerana masyarakat di luar Eropah, khususnya di Asia, sudah mempunyai tradisi sosio-budaya dan ideologikalnya sendiri yang berasaskan peradapan yang berusia ribuan tahun.
•Krisis tersebut paling ketara dalam masyarakat yang telah dijajah kerana penjajahan telah merungkai sebahagian besar sistem pemikiran, spiritualiti dan kosmologi tradisional pribumi dan cuba diganti dengan suatu sistem ideologikal baru.
•Maka kekuatan intelektual pribumi yang sekian lama bertunjangkan tradisi lisan (orality), telah cuba diganti dengan tradisi tulisan (literacy) yang dianjurkan dan dikembangkan melalui sistem pendidikan moden yang berasaskan rasional-saintifik, seperti pelajaran sains.
•Warga tanah jajahan perlu diasuh menurut sistem ilmu dan pendidikan moden adalah untuk memudahkan mereka menerima dan berpartisipasi dalam sistem politik moden berasaskan logika perundangan Eropah.
•Matlamat akhir daripada kegiatan ini adalah untuk membolehkan pemerintah menjalankan program modenisasinya dengan lancar. Dalam suasana yang demikian, para warga terpaksa meletakkan kepercayaan (faith) mereka kepada negara-bangsa berbanding terhadap agama atau kepercayaan yang dianuti.
•Dengan kata lain, Bellah berhujah bahawa pembentukan identiti nasional yang dituntut oleh proses pembentukan negara-bangsa memerlukan suatu ‘loncatan kepercayaan’ (leap of faith) oleh para warganya, iaitu dengan menerima asas-asas fundamental yang menentukan ciri dan keanggotaan identiti nasional tersebut. Kesemuanya dimaktub dan didaulatkan dalam bentuk perlembagaan yang tidak digalakkan untuk dipersoal oleh warga.
•Oleh yang demikian, dari sudut konseptual, nasionalisme, sebagai suatu fenomena nasional, sama sifatnya seperti sebuah sistem kepercayaan atau agama.
•Namun demikian, Shamsul A.B. (1995) menyanggah tesis Bellah dan rakannya dengan mengemukan tesis alternatif, iaitu, ‘dengan bertambah modennya negara-negara di Asia, sekularisasi akan terjadi akibat modenisasi dan proses pembentukan negara-bangsa, namun pada masa yang sama kedudukan gama tradisional tidak menjadi lemah malah signifikannya akan meningkat’.
MODENISASI, PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA DAN AGAMA
•Dalam tempoh seabad yang lalu, salah satu cabaran utama terhadap sebilangan besar pemerintah di Asia, sama ada pemerintah kolonial atau pasca-kolonial, ialah bagaimana hendak memujuk atau menundukkan pelbagai komuniti agama dalam wilayah masing-masing kerana komuniti agama selalu menyebarkan pelbagai bentuk wawasan sosial yang bertentangan dengan apa yang dianjurkan oleh pemerintah.
KES MALAYSIA
•Sebelum era penjajahan, agama dan pemerintahan tersulam jadi satu di bawah kekuasaan raja. Dalam era Kesultanan Melaka, dapat dilihat kedudukan agama Islam sebagai asas pemerintahan.
•Ketika British menjajah Tanah Melayu, idea tentang modenisasi mula dilaksanakan. Sesuai dengan modenisme di Eropah, agama telah dipisahkan daripada pemerintahan.
•Politik dan pentadbiran dikuasai oleh kolonial Inggeris, manakala agama dianggap sebagai aspek kepercayaan dan adat yang kekal di bawah naungan Raja.
•Sistem pendidikan yang berteraskan rasional-saintifik juga diperkenalkan bagi mendukung proses modenisasi. Perundangan berasaskan undang-undang di Eropah turut diperkenalkan.
•Secara keseluruhan, kedudukan Islam dalam konteks politik, pentadbiran, perundangan dan pendidikan telah dipinggirkan.
•Ketika Tanah Melayu merdeka, pembentukan negara-bangsa masih berteraskan kepada acuan yang ditinggalkan oleh kolonial British. Meskipun Raja dan agama Islam kembali dianggap penting dan cuba ditempatkan dikedudukan yang tinggi, namun pada asasnya kedudukan Raja dan agama Islam adalah rendah berbanding Perlembagaan negara yang menjadi asas kepada nasionalisme dan pembentukan negara-bangsa.
•Dalam realiti kehidupan seharian, agama Islam yang sudah sekian lama menjadi asas sistem pemikiran masyarakat tidak terasing begitu sahaja.
•Di Asia seperti di Malaysia, unsur kosmologi dan asas spiritual ternyata berteraskan tradisi pribumi pra-kolonial dan pra moden yang berabad-abad umurnya dan dipertahankan oleh beberapa golongan yang bersifat primordial-sentrik, sedangkan unsur sejarah dan material telah mengalami deconstruction dan reconstruction sehingga terdakap sepenuhnya oleh pengaruh pengalaman dan sentrisme Eropah.
•Dengan kata lain, di kebanyakan negara di Asia, identiti primordial tidak terhapus atau dapat diganti oleh identiti sivik sekular yang datang bersama modenisasi kerana setiap masyarakat mempunyai cita-cita untuk membentuk modenisme mengikut acuan sendiri.
•Oleh itu, meskipun sebuah negara-bangsa telah cukup maju dari segi ekonominya kerana berjaya menerima hampir kesemua tuntutan modeniti, iaitu, menerima sains dan teknologi, perindustrian, teknologi maklumat dan lain-lain, tetapi identiti primordial/agama tetap subur .
•Hal inilah yang dapat disebut sebagai ‘kemelut modenisme’ dan bukan ‘clash of civilizations’ seperti yang diajukan oleh Huntington (1993).
•Kemelut modenisme ialah suatu keadaan di mana negara-bangsa moden di Asia cuba melakukan percubaan untuk menyatukan unsur-unsur modenisme luaran dan primordial dalaman bagi mencipta suatu pendekatan mainstream yang berwajah tempatan. Usaha-usaha ini misalnya terjelma dalam usaha menonjolkan entiti budaya Asia atau ideal-type ‘Asianness’, atau dengan menggunakan unsur agama seperti Islam.
•Dalam konteks itulah, kini di Malaysia terdapat pertembungan antara dua idea tentang bagaimana Malaysia seharusnya ditadbir dan dibangunkan.
•Pertama, yang berteraskan politik Islam, iaitu, berkisar tentang cita-cita untuk mendirikan sebuah negara (nation of intent) yang berasaskan agama.
•Dengan kata lain, terdapat cita-cita mengembalikan kembali kedudukan agama sebagai asas bagi pemerintahan dan perundangan.
•Di Malaysia, politik Islam dipelopori oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang bercita-cita mewujudkan pemerintahan yang berpandukan Al-Quran dan Hadith. Negara Islam menurut PAS adalah negara yang berteraskan undang-undang Islam. Manakala pemodenan haruslah berteraskan kepada tamadun Islam.
•Kedua, suatu pendekatan yang dianggap lebih liberal. Aspek modeniti dan modenisme yang berasal dari Eropah tetap dijadikan asas dalam perundangan, perekonomian, politik dan pentadbiran negara, namun begitu pada masa yang sama Islam tidak dilupakan begitu sahaja.
•Dr. Mahathir misalnya cuba memanfaat nilai-nilai murni dalam Islam dan menerapkannya dalam pentadbiran negara.
•Anwar Ibrahim misalnya pernah mengajukan konsep Masyarakat Madani, yang mana aspek sosial diberikan tekanan dengan berpaksi kepada tamadun Islam.
•Kini, Abdullah Badawi pula mengajukan Islam Hadhari yang menekankan modal insan dan Islam sebagai asas pembinaan masyarakat yang lebih maju.
RUMUSAN
•Dualisme antara aspek/aliran sekular dan agama dalam kehidupan sosio-politik di Malaysia tetap akan berlangsung kerana kedua-dua aliran mempunyai penyokong masing-masing.
•Sejarah menunjukkan tuntutan untuk memperkukuh aliran agama semakin kuat sejak tahun 1973 sehingga kini.
Tuan...apa khabar? Ingat saya lagi? Dr Fauzi, UKM.
ReplyDeleteTahun 2016 ni baru saya terbaca nota kuliah saya dlm blog Tuan.