FOLLOWERS

Tuesday 17 February 2009

KENYATAAN AKHBAR PENUH ELIZ EXCO SELANGOR




Dipetik dari Blog Baca Sejenak:



Peristiwa yang berlaku sejak dua hari lalu telah menunjukkan usaha-usaha tersembunyi dan tidak bertanggungjawab oleh pihak tertentu untuk memburukkan reputasi saya. Kehidupan peribadi dan hak bersendirian tanpa gangguan (privasi) saya telah dicabuli.

Golongan ini telah berkonspirasi untuk melemahkan kredibiliti saya sebagai Exco Negeri Selangor dan juga sebagai pemimpin Keadilan. Walaupun kempen yang ditujukan secara langsung kepada saya ini telah mengakibatkan saya tertekan, saya sedar bahawa objektif sebenar ialah untuk mencemarkan nama baik Parti Keadilan Rakyat.

Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak malu dengan keseksualan saya sebagai seorang wanita bujang. Saya tidak melanggar sebarang undang-undangn. Saya berpegang teguh dengan prinsip demokrasi di mana setiap orang mempunyai hak untuk bersendirian tanpa gangguan.

Parti Keadilan Rakyat berpegang kepada politik “baru” yang meletakkan keadilan dan hak asasi manusia sebagai nilai utama, tanpa mengira jantina, etnik dan kasta. Politik “baru” juga bermakna kita akan bangkit mengatasi politik “longkang” (gutter politics).

Oleh kerana itu saya percaya semua serangan ini akan berterusan berlaku, malah lebih dahsyat, dan saya yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus memanupulasi situasi ini. Oleh yang demikian, saya telahpun mengambil keputusan, demi kepentingan dan perjuangan parti, serta untuk rakyat.

Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pengundi, rakan-rakan Pakatan Rakyat, sahabat dan orang awam. Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan.
Saya akan berbincang dengan Menteri Besar mengenai perkara ini untuk mengaturkan penyerahan rasmi tugasan saya. Saya akan terus berbakti kepada rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia.

Akhir sekali, saya amat menghargai orang ramai yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya dan parti, dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat. Kata-kata tidak dapat menggambarkan rasa terhutang budi rasa kepada pekerja dan rakan-rakan ADUN, terutama sekali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi, serta memberi peluang kepada saya bekerja dengannya.

Sekiranya saya telah mengecewakan atau menyinggung perasaan sesiapa, saya memohon maaf.



ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

Posted by Nan Naga at Tuesday, February 17, 2009

5 comments:

  1. "saya tidak malu dengan keseksualan saya" hehehe ni yg Khalid suka nih! Kalau tak malu, kasik kami gambar bukak2 baru punyer la Eli ... nyum nyum

    ReplyDelete
  2. sdr,
    saya agak terkejut melihat posting kenyataan akhbar elizabeth wong ini di dalam blog sdr. untuk pengetahuan saudara, saya dan seorang rakan blogger, nan-naga turut menghadiri sidang media elizabeth wong tengahari tadi bersama beberapa blogger lain. semua orang tahu bahawa kenyataan akhbar berkenaan dibuat dalam bahasa inggeris. saya sendiri menyaksikan nan-naga menterjemahkan kenyataan akhbar itu di dalam bahasa Malaysia. Saya agak kesal kerana sdr tidak langsung memberi "credit mention" kepada sdr nan-naga yang bertungkus lumus membuat terjemahan itu. tindakan sdr ini bertentangan dengan etika kewartawanan dan penulisan. malah, di universiti, apabila kita membuat projek/tesis, bukankah lecturer sering mengingatkan supaya sentiasa meletakkan sumber rujukan projek/tesis yang kita buat? Atau mungkinkah sdr di dalam keadaan tergesa-gesa sehingga lupa memberikan "credit mention" yang sewajarnya kepada nan-naga (graduan lulusan Staffordshire University). I believe you owe nan_naga a "credit mention". it's not nice you know, to take credit on other people's effort.

    ReplyDelete
  3. askum cik nor hasilah. memang petikan kenyataan akhbar ini dipetik dari blog nan-naga. saya sudah buat pautan di atas. itu bermakna ia bersumber dari blog berkenaan. walau bagaimana pun, saya mengakui tergesa-gesa untuk menulis perkataan di petik dan menulis nota di bawah kenyataan tersebut. pohon maaf. lagi pun baru belajar menulis, komputer pun bukan pandai sangat. sekali lagi pohon maaf. saya akan belajar dari kesilapan ini. tq

    ReplyDelete
  4. askum cik noor hasilah: pembetulan telah dibuat. tq atas teguran.ralat. petikan dari blog baca sejenak http://nan-naga.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sdr arif,
    terima kasih. harap sdr maklum, teguran saya itu ikhlas dan tidak berniat negatif. tetapi kita sesama blogger adalah serumpun dan mesti melindungi sesama sendiri. saya menghormati sikap sdr yang sudi menerima teguran. marilah kita belajar sesama sendiri dan saling tegur menegur. kita pun lebih kurang sebaya. saya bukan bukan sempurna. kadangkala saya pun buat silap juga. saya menegur kerana merasakan ia adalah satu tanggungjawab, tambahan lagi nan-naga itu adalah salah seorang "pelatih" saya yang sedang menimba ilmu penterjemahan. selamat datang ke dunia blogging. the more the merrier.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR