PUTRAJAYA: Lima pemimpin Hindraf kekal dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak usul untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang menafikan kebebasan mereka.
Mereka membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan sebagai usaha terakhir selepas gagal mendapatkan panel dari mahkamah sama untuk melepaskan mereka. Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman yang bersidang bersama Hakim Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin memutuskan bahawa usul yang dikemukakan oleh lima pemimpin itu tidak layak untuk semakan.
Nik Hashim berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini adalah berdasarkan dua kes Mohamad Ezam Mohd Nor dan Tan Sri Raja Khalid. “Sama ada keputusan itu betul atau salah...ia bukan untuk mahkamah ini menentukan. Jika kita melakukan percubaan untuk berbuat demikian maka ia akan mendorong kepada satu lagi rayuan dan kami tidak bersedia untuk melakukannya. Oleh itu, kami menolak usul ini untuk semakan,” katanya
Penguni Gua :
Itulah tempat sesuai untuk mereka. Hak asasi awam sepatutnya diutamakan dahului dan mengatasi hak asasi individu. Bagi penghuni Gua, tinggal dan menghuni gua lebih tenang dan tenteram. Amin.
memang benar.
ReplyDelete