Inilah jawapan yang dapat dipetik dari pemimpin PR :
1. Dato MB Selangor : "seorang wakil rakyat dan exco kerajaan negeri yang "tekun dan bijaksana."Saya percaya pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab pasti akan menggunakan isu ini dalam usaha untuk tujuan politik tertentu,".Katanya, sebagai manusia, Elizabeth mempunyai hak untuk menjalani kehidupan dan semua pihak harus menghormatinya.
2. Dr Lo' Lo Mohamed Ghazali berkata, tindakan menyebarkan gambar bogel exco Selangor itu sebagai tindakan mereka yang tidak bermaruah."Orang yang menyebarkan gambar tersebut lebih teruk daripada pelacur. Kita tidak boleh melayan tindakan ini," katanya, juga ahli parlimen Titiwangsa.Islam tidak membenarkan kegiatan intai-mengintai terhadap seseorang, apatah lagi untuk mengaibkan orang lain."Tindakan ini sangat memualkan. Saya kesal dengan tindakan media yang merosakkan masyarakat dengan menyebarkan gambar bogel orang."Gambar siapa lagi yang akan disebarkan selepas ini, seolah-olah tiada kerja lain."
3. Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar ."Gambar itu bukan bersama pasangan. Keadaan itu berbeza dengan apa yang berlaku kepada (Datuk Seri) Dr Chua Soi Lek. "Perkara ini (pencerobohan) sangat berbahaya dan boleh berlaku di mana-mana sahaja, seperti hotel." "Saya anggap (nasib yang dialami Elizabeth) ini sebagai politik mafia. Saya tidak tengok gambar itu, tetapi saya difahamkan beliau bersendirian,"
4.Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang berlaku tidak seharusnya dipersalahkan kepada anggota Exco berkenaan, mungkin beliau dijadikan mangsa penyebaran gambar peribadinya. "Kita sebenarnya tak boleh salahkan orang itu sahaja, tentu ada sebab yang berlaku,"
5. DR Hassan Ali kata : ini belum jelas. Kita akan siasat dan akan bawa dalam menyuarat EXCO rabu ni. ( Rujuk Berita TV3 Jam 8 malam 16 feb 2008 ).
6. Azmin Ali :" pihaknya tidak akan kompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong. Katanya, PKR akan dapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum putuskan tindakan. MB Selangor TS Khalid pula kata isu itu akan dibincang dalam Exco Rabu ini-16/02
Penghuni Gua : Menjelang tengahari esok banyak lagi jawapan akan menyusul dari pemimpin PR. Tengok le kalau tak perccccaaaayaaaaaa!!!!. Bagi jawapan balas kepada jawapan 6 manusia di atas ialah :
1. PR selalu mengaitkan Dato Najib sebagai ada kaitan dengan saiful ( gambar Najib bergambar dengan saiful - bukan bogel pun ). Separuh nyawa mereka hentam TPM dengan kes gambar pembancuh kopi DSAI. Tak tekun ke TPM bekerja. Mana lebih tekun, Eli ke atau TPM dalam menjaga kepentingan rakyat. Gambar dengan saiful pun bukan gambar bogel. menyalaknya bukan main pak-pak haji dengan serban dan kupiah dikepala , fitnah orang tanpa bukti. bertanggung jawap ke.
2. Mereka sebar gambar saiful, Sebar gambar TPM makan malam dengan Razak Baginda dan Atlantuya. Bermoral ke. Hanya dengan gambar yang tak menerangkan apa-apa pun, mereka fitnah TPM ada kaitan dengan Saiful dan Atlantuya. Tindakan bermaruah ke Dr. Lo Lo. Tindakan anda dan pemimpin PR yang lain dalam isu TPM ini pun amat memualkan dan lebih teruk daripada pelacur. Jadi kata-kata Dr tu telan le sendiri. Lebihnya bagi makan pada pemimpin dan penyokong Dr.
3. Tambah pulak lagi tuduh TPM sogok RM 50 Juta. Mana buktinya. Ini pun tindakan yang lebih keji dari pelacur. untuk Mahfuz. Tuduhan anda terhadap TPm juga lebih teruk dari pelacur dan tindakan politik mafia. sampai sekarang tiada bukti tuduhan RM 50 juta tu. Dalam ke bogel ini, memang ada gambar. Halal ke bersetubuh dan berduaan tanpa kahwin ikut agama Buddha. Islam apa lagi. kalau bersendirian, kamera tu berjalan sendiri ke.
Jadi inilah beberapa jawapan bodoh dari saya ( tidak sombong ). Mereka semua ni , patut beri jawapan macam ni aje. Ini dipanggil jawapan muka ke muka. Baru dia orang faham. Guna bahasa tinggi susah dia orang ni nak faham kerana mereka semua ni : tak akan dengar dan sukar faham. Pada fikiran dan pandangan mereka , orang semua jahat. Mereka semuanya baik. Amin. Jauhkan aku dari sifat sombong dan bongkak. Ya Allah, berikanlah mereka pendengaran yang baik agar mereka semua berhenti memfitnah dan hipokrit dalam kehidupan seharian mereka. Semuga mereka tidak mempolitikkan semua isu. Yang benar, biarlah mereka berkata benar. Amin.
Bersambung .......................
No comments:
Post a Comment