FOLLOWERS

Friday 27 February 2009

FLIP FLOP KERAJAAN


Berita Harian 27 feb 2009

Keputusan 'flip-flop' agensi kerajaan masih berlaku: PAC

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menerima banyak aduan daripada peniaga berhubung masalah yang dirujuk sebagai `flip-flop', berpunca daripada ketidaksepakatan di antara agensi kerajaan dalam meluluskan sesuatu projek. Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) bersetuju keputusan `flip-flop', iaitu terma yang sering digunakan pengendali blog memang menyusahkan. "Masalah ini berlaku kerana berlaku pemusatan berlebihan kepada satu atau dua kementerian. Kuasa menteri pula terhad dalam soal kelulusan projek lalu berlakulah `flip flop'. Berita lanjut :............


Penghuni Gua : Baguslah kalau sudah tahu begitu. Blogger macam kami ni dah letih mempertahankan kerajaan secara bersendirian dengan harapan agama, bangsa dan tanahair serta anak cucu kita selamat di masa depan. tetapi jika badan kerajaan masih bertindak sebegini , maka hayat kerajaan yang ada akan bertambah pendek. Kes terbaru : Kabinet pun membuat keputusan Flip Flop dalam kenaikan kadar tol. Pagi umum naik kadar tol , dan petang PM umum nak kaji semula perkara ini dalam mesyuarakat kabinet hari ini. Apa ini. Memalukan. Ubahlah cara kita bekerja. Jangan buat keputusan seperti pemimpin sebelum perang dunia pertama. Itu pun mereka boleh dimaafkan disebabkan mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat yang terhad tidak seperti sekarang , di mana kerajaan boleh membuat keputusan dengan maklumat yang banyak, tepaat dan cepat disebabkan kemudahan IT yang meluas pada masa ini.

Penghuni Gua : Flurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR