FOLLOWERS

Tuesday 10 February 2009

Memorandum NGO sokong Ketua Polis Selangor


BERITA HARIAN 10 FEB 2009

KUALA LUMPUR: Satu memorandum menyokong kepimpinan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar diserahkan di sini hari ini oleh sekumpulan 50 orang yang mewakili beberapa NGO.
Penasihat Undang-undang Jawatankuasa Bertindak Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Puchong, Datuk Thean Book, berkata mereka hadir mewakili 21 pertubuhan NGO termasuk Persatuan Penduduk Puchong Perdana, Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dan Ahli-ahli Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya. “Kami hadir bagi menyokong kepimpinan Datuk Khalid...beliau telah menjalankan tugas dengan baik dalam menyelesaikan kes-kes jenayah di Selangor. “Tuntutan dari sesetengah pihak supaya beliau meletakkan jawatan adalah memang tidak wajar,” katanya selepas menyerahkan memorandum itu di perkarangan pintu Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.


Nota Penghuni Gua : Tahniah kepada semua NGO. Siapa yang menjaga ketuanan Melayu sejak Merdeka. PDRM lah yang menjaganya sehingga kini. Jadi jangan sesiapa cuba menghina dan memperlekehkannya. Kesilapan seorang dalam organisasi jangan melabelkan buruk untuk keseluruhan organisasi. Inilah benteng terakhir untuk menjaga ketuanan Melayu di Malaysia. Tahniah PDRM . Tahniah Dato Khalid kerana tidak berganjak dari pendirian secara profesional.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR