FOLLOWERS

Thursday 19 February 2009

Eli: Saya tetap letak jawatan exco dan Adun



Feb 19, 09 3:08pm

Elizabeth Wong hari ini menegaskan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk meletakkan jawatan exco kerajaan negeri dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan."Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan. Berita lanjut :.............


Penghuni Gua : Tahniah. Bagus begitu. Ini situasi menang - menang. Dengan perletakkan anda, isu ini tidak akan berpanjangan dan anda dan keluarga dapat menjalankan kehidupan dengan tenang. Juga dengan tindakan ini ia akan menjadikan contoh kepada semua pemimpin lain samada kerajaan atau pembangkang untuk mengambil tindakan yang sama tanpa berlengah. Masyarakat pula tidak akan terkeliru disamping dapat melaksanakan perkara lain yang lebih bermakna. Tindakan anda ini juga akan memudahkan parti anda untuk berhadapan dengan pengundi dan masyarakat umum.


Jika tidak , anda menjadi liabiliti kepada parti dan pengundi yang memilih anda. Kepada pemimpin yang telah, sedang dan bercadang untuk melakukan perkara yang menyalahi adat, agama , budaya dan undang-undang negara, agar bersedia menhadapi tindakan yang sma sekiranya masih meneruskan perkara-buruk yang disebutkan di atas.


Selamat bersara. Selamat bertanding di 3 Bukit di dalam pilihanraya kecil dalam tempoh terdekat. Keamanan jangan dikesampingkan walau dalam apa keadaan sekalipun.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR