FOLLOWERS

Tuesday 24 February 2009

YB DATUK IBRAHIM ALI . MP PASIR MAS



Dalam tempoh 2 minggu ini nama YB Ibrahim Ali hangat diperkatakan. Bagi PAS, Ibrahim Ali wajar meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana PAS mendakwa beliau bertanding di atas tiket PAS pada PRU 12. Gesaan PAS dibuat kerana Ibrahim Ali dikatakan begitu vokal dalam tindakannya mengecam PAS dan alhi gabungan PR dalam semua isu sejak PRU ke 12. Bagi Ibrahim Ali beliau berhak berbuat demikian kerana belaiu adalah MP bebas dan bukan MP bagi Parti PAS atau mana-mana parti Pakatan Rakyat.


Cuma atas persefahaman antaranya dengan PAS sebelum PRU 12 dimana PAS yang tidak begitu yakin boleh menawan parlimen Pasir Mas dan juga kebimbangan parti itu yang hanya memerintah dengan kelebihan hanya 1 kerusi pada penggal sebelumnya; telah merestui Ibrahim bertanding di Pasir Mas satu lawan satu dengan calun BN. Tiada sebarang perjanjian bahawa Ibrahim wajib menyokong PAS dalam semua perkara menurut Ibrahim. Jadi ia tidak terikat dengan mana-mana parti dan persefahaman yang dijalinkan dgn PAS semasa PRU 12 adalah satu strategi yang dilaksanakan bagi kepentingan beliau dan PAS. Jadi tidak timbul ia misti akur dengan kehendak parti berkenaan.


Sejak PRU ke 12 Ibrahim nampaknya lebih vokal samada di dalam atau diluar parlimen dalam semua isu. Kecaman, pujian dan kutukan olehnya meliputi semua parti yang ada di Malaysia. Dalam hal ini , lebih-lebih lagi dalam seminggu dua ini Ibrahim Ali banyak membuat kecaman terhadap parti itu yang mana ini tidak dapat dijawab oleh PAS. Inilah kelebihan yang ada pada Ibrahim Ali. Apa pun pandangan orang ramai padanya , Ibrahim Ali tetap Ibrahim Ali. Dari hal lompat melompat, bahasa kesat, pertengkaran, ditangkap ISA dan berbagai sifat dan gaya mewarnai diri Ibrahim Ali.


Pada Pandangan Penghuni Gua , YB Datuk Ibrahim Ali wajar kekal sebagai calun bebas. Ini akan mewarnai dan lebih hidup politik Malaysia. Sikapnya yang begitu vokal ( kadang kala melampau pada setengah pihak ) penting sekurang-kurangnya sikap tak makan saman beliau dapat menggerunkan ahli-ahli politik BN dan PR. Bagus tindakan nya sebagai pemerhati yang sentiasa peka pada isu semasa. Mengenali Ibrahin Ali bukan sesuatu yang baru. Penghuni Gua amat rapat dengannya walaupun bukan jenis yang Penghuni Gua gemari. Tetapi kelantangannya dan tak makan saman ( menurut orang Pantai Tikur ) bagus , bagi memberi amaran kepada BN dan PR , bahawa ada manusia yang bernama IBRAHIM ALI di semua keadaan dan tempat.


KEPADA :


YB IBRAHIM ALI MP PASIR MAS,


KEKALKAN KEDUDUKAN ANDA SEBAGAI MP PASIR MAS

KEKALKAN SIFAT VOKAL ANDA
KEKALKAN SIFAT BERKECUALI ANDA
BANTAI SEMUA MP DAN MANA PARTI YANG DIRASAKAN TIDAK BETUL
KEKALKAN SIFAT TAK MAKAN SAMAN
KEKALKAAN SIFAT KETUANAN MELAYU ANDA
JUGA BERSUARALAH DALAM SEMUA ISU


Dengan kedudukan MP bebas selepas PRU 12, anda lebih matang dan lebih bebas serta berkualiti percakapan dan idea anda di parlimen dan juga di forum-forum di kaca TV. Teruskan begitu........

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR