FOLLOWERS

Sunday 22 February 2009

PDRM : TEMBAK, TEMBAK DAN TERUSKAN TEMBAKAN ANDA.3





Bisik-Bisik Mingguan (3)


Antara jenayah dan sentimen kaumAwang lega apabila makin banyak badan bukan kerajaan (NGO) terutama daripada kalangan kaum Cina menyokong polis dalam isu kematian suspek curi kereta mewah, A. Kugan. Kegemparan yang dicetuskan oleh pihak tertentu akhirnya ditolak oleh majoriti rakyat negara ini. Ternyata rasional mengatasi sentimen kaum.


Belum reda sepenuhnya isu Kugan, sekali lagi ada pihak yang mahu menekan polis berhubung kejadian enam perompak berbahaya mati ditembak oleh polis di Kulim, baru-baru ini. Kebetulan, kesemuanya berketurunan India maut ketika berbalas tembakan selepas enggan menyerah diri. Pengerusi DAP, Karpal Singh kelmarin turut mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes itu.


Awang harap kita semua bersikap rasional. Jenayah tetap jenayah. Usaha memerangi jenayah perlu melangkaui batasan agama dan kaum. Selama ini, jauh lebih ramai penjenayah Melayu dan Cina (termasuk berkumpulan), mati ditembak oleh polis. Dalam satu dua kes berkaitan, ada juga suara yang mempersoalkan tindakan polis menembak mati penjenayah berkenaan tetapi ia tidak sampai menjadi sentimen kaum.


Sepatutnya semua pihak termasuk pemimpin kaum India lebih rasional dan pro aktif dalam membantu pihak berkuasa memerangi jenayah termasuk di kalangan belia India yang semakin serius dan menjadi-jadi. Awang masih ingat bagaimana pada dekad 80-an, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu kerap membangkitkan secara lantang usaha menangani jenayah di kalangan kaum India. Namun kini Samy bukan sahaja tidak lagi garang bahkan seakan mengelak menyentuh isu itu. Lebih mengejutkan ada pemimpin India sehingga hari ini menyokong kumpulan haram yang mencetuskan kekacauan, memfitnah kerajaan di luar negara dan bersikap anti kaum lain.


Kalau selama ini para pemimpin utama Melayu ada keyakinan menentang ekstremisme dan militansi melibatkan banyak kumpulan orang Melayu biarpun terpaksa berdepan dengan tentangan sebahagian orang Islam, kenapa pemimpin kaum India harus bersikap sebaliknya?
Maka tidak mengejutkan jika banyak berlegar persepsi bahawa beberapa pemimpin kaum India bersikap rasis dengan mengambil pendekatan politik perkauman yang sempit. Mereka hanya mahu menjadi popular di kalangan kaum sendiri dan bukan mengutamakan kemakmuran negara.


Atas semangat melaksanakan tugas dengan adil, cekap dan profesional, Awang berharap polis terus agresif memerangi jenayah. Adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mewujudkan persekitaran yang selamat apatah lagi pasukan itu makin banyak dikritik kerana jenayah yang berleluasa. Polis perlu utamakan kepentingan majoriti dan bukannya terikut rentak segelintir golongan sedemikian. Satu lagi hakikat yang Awang pegang selama ini, hero kita adalah polis dan bukannya penjenayah.


- Awang Selamat

2 comments:

  1. JENAYAH X KENAL BANGSA...SENDIRI BUAT,SENDIRI LAH TANGGUNG AKIBAT PERBUATANNYA..JGN PULAK NK SLHKN ANGGOTA KESELAMATAN..APA GUNANYA ADA ANGGOTA KESELAMATAN JIKA TAK TAU MENJALANKAN TUGAS YG TELAH DIAMANAHKAN?...CUBA FIKIRKAN SEJENAK..

    ReplyDelete
  2. Penjenayah bersenjata api yang terbukti mengancam keselamatan orang awam serta membahayakan nyawa anggota polis haruslah ditembak mati.

    Sesiapa yang pernah / anggota keluarganya pernah menjadi mangsa penjenayah tentu lebih memahami.

    Dalam kes Kugan, dia mati penuh misteri..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR