COLOMBO 9 Feb. – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan 90 lagi cedera hari ini apabila seorang pengebom berani mati wanita Harimau Tamil meletupkan diri di kalangan penduduk awam yang melarikan diri dari zon perang di Sri Lanka.
Letupan itu berlaku dekat pekan Vishvamadu, utara negara ini, yang ditawan oleh tentera baru-baru ini dalam kempennya untuk menumpaskan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan menamatkan perang yang berlarutan sejak 25 tahun lalu. - Reuters
Nota Blogger : inilah yang akan terjadi jika sekiranya kita semua termasuk semua blogger yang bertanggung jawab dan juga pasukan keselamatan kuarang mengambil indah tentang keharmonian, rukundamai, menghormati DYMM Raja-Raja, dan juga sekiranya sebahagian daripada kita menganggapkan keselamatan dan keharmonian yang kita kecapi hari ini diperolehi secara semulajadi tanpa mengambil kira mereka yang bertanggungjawab menjaga dan memeliharanya. Dan juga tidak mengenang budi semua pemimpin kita yang terdahulu yang berkorban harta benda, nyawa dan keringat untuk membina negara ini sehingga mencapai ke tahap ini sekarang. Kesilapan pemimpin kerajaan tetap ada dan boleh diperbaiki bukan sehingga menjatuhkannya dan menghina mereka. PENGHUNI GUA : AKU ANAK MALAYSIA DAN REDHA AKU TINGGAL DI GUA. ADA JUGA RAHMAT DI SEBALIKNYA.
No comments:
Post a Comment