FOLLOWERS

Wednesday, 11 February 2009

NOTA KULIAH : SKGP 6023: Politik dan perubahan sosial : Kuliah 4


Kuliah 5 . 11 Feb 2009 – keluar periksa. Ini sepatutnya keluar periksa

Sistem politik praindustri : suatu tipologi secara evolusi

Sistem politik tidak berpusat

1. Bentuk sara diri
• Suku : Memburu, mengumpul. Tiada atau hanya sedikit adanya penempatan.
• Kaum : kegiatan pertanian yang meluas ( ada ilmu pertanian dan pastoralism atau kehidupan desa.

2. Bentuk kepimpinan
• Suku : Infomal dan adanya pemimpin berdasarkan keadaan, mungkin mempunyai ketua suku yang bertinda sosialk sebagai orang yanag berkuasa untuk memutuskan suatu perkara spt pendamai dan hakim.
• Kaum : ketua kaum yang ersifat karaismatik atau dihormati, namaun tidak mempunyai kuasa tetapi ada authority ( hak / kuasa ) dalam buat keputusan tertentu.

3. Bentuk dan kepentingan hubungan kekeluargaan
• Suku : Persanakan dwisisi ( bilateral ), yang mana hubungan kerabat digunakan secara berbeza sesuasai dengan perubaha saiz dan komposisi suku.
• Kaum : persanakan bersifat satu sisi samada patrilinerkan( garis persanakan berdasa bapa ) atau matrilineal ( garis persanakan berdasarkan ibu ) merupakan bentuk asas bagi struktur masyarakat.

4. Alat integrasi sosial yang utama
• Suku : hubungan perkahwinan menyatukan kelompok yang besar ; suku-suku disatukan oleh persanakan dan keluarga ; hubungan saling tergantung dalam ekonomi berdasarkan pada pertukaran.
• Kaum : ikatan seluruh kaum berasaskan persanakan, hubungsn sukarela ( ikatan gotong royong ) dan peringkat umur.

5. Penggantian politik
• Suku : Mungkin ada ketua secara turun temurun, tetapi pemimpin sebanar jatuh kepada sesiapa yang memiliki pengetahuan atau kebolehan tertentu.
• Kaum : Tiada cara pengantian pemimpin secara formal.

6. Bentuk ekonomi dan pertukaran yang utama
• Suku :
saling bertukar barang ( berkongsi bersama ).
Kaum : pertukaran barang : jual beli mungkin lebih berkembang berbanding kelompok suku ( bans )

7. Stratifikasi sosial :
Sukuk : egalitarian ( sama rasa dan sama rata )
Kaum : egalitarian ( sama rasa dan sama rata )

8. Pemilikan harta
Suku : sedikit atau tiada pengertian pemilikan harta peribadi
Kaum : pemilikan secara berkelompok / kaum ( berdasarkan salasilah atau puak ) terhadap tanah pertanian dan ternakan.

9. Undang-undang dan kawalan
Suku : Tiada undang2 atau hukuman yang formal , hak untuk mengenakan kawalan / kekerasan adalah ditangan puak/ suku.
Kaum : Tiada undang2 atau hukuman yang formal, hak untuk mengenakan kawalan adalah ditangan salasilah, puak atau kesatuan.
10. Agama
Suku. Tiadaketua agama atau pengkhususan yang sepenuh masan percaya terhadap pawing.
Kaum. Percaya kpd pawing, sangat menekankan terhadap upacara penerimaan taraf dan upacara lain yang tertentu bagi mengukukan ikatan salasiah.

11. contoh masakini :
Suku : kaung bushmen ( Africa, pygmes ( afrika ) Eskimo ( kanada ) dll
Kaum : kpelle ( afrika barat ), yanomano ( venezuala, nuer ( sudan dll.

12. Contoh-contoh masa lalu dan pra sejarah
Suku : semua masyarakat Paleolithic.
Kaum : Iroquois ( US )., Oaxaca valley ( mexico 500-1000 BC ).

Sistem politik berpusat

1. bentuk sara diri
Chiefdom / kerajaan : kegiatan pertanian yang meluas / ekstensif, kegiatan perikanan yang intensif / giat.
State/ negeri : kegiatan pertanian yang intensif / giat.

2. bentuk kepimpinan
Chiefdom / kerajaan :Ketua berarismat denga kuasa yang terad berdasarkan penagugerahan kurnia atas pengikutnya
State/ negeri : Pemerintah tertnggi seperti raja ) yang didukung oleh birokrasi bangsawan

3. Bentuk dan kepentingan hubungan kekeluargaan
Chiefdom / kerajaan : Satu sisi ( unilineal ) terdapat juga bilateral ) kelompok2 keturunan dan berperanan dalam mennetukan tingkat status.
State/ negeri : Negeri menuntut kepatuhan atau kesetian yang mengatasi hubungan persnakan, peluang untuk berkuasa didasarkan pada tingkatan atau kedudukan kelompok persanakan samada yang bersifat dua sisi atau satu sisi.

4. Alat integrasi sosial yang utama
Chiefdom / kerajaan : Integrasi berdasarkan kesetian kepada ketua, salasilah yang tertinggi dan kesatua-kesatuan sukarela.
State/ negeri :Kesatuan keatas negeri mengatasi semua tingkat kesetian yang lebih rendah; integrasi melalui hubungan perdagangan dan fungsi-fungsi pengkhussusan.

5. Penggantian politik
Chiefdom / kerajaan : Jawatan ketua secara tidak langsung diwariskan tetapi ketua harus dipilih dari salasilah keluarga yang darjatnya tinggi.
State/ negeri :Penggantian secara warisan secara langsung dikalangan golongan tertinggi / bangsawan ; adanya peningkatan perlantikan difungsi2 birokratik.

6. bentuk ekonomi pertukaran utama
Chiefdom / kerajaan : pembahagian semula melalui ketua, pertukaran barang berlaku pada peringkat terendah masyarakat.
State/ negeri : pembahagian semuala berasaskan sumbangan secara formal atau cukai; pasar dan perdagangan.

7. Stratafikasi sosial
Chiefdom / kerajaan : Darjat ( bagi individu dan salasilah keturunan )
State/ negeri : Kelas ( secara minimum antara pemerintah dan yang diperintah.

8. Pemilikan harta
Chiefdom / kerajaan : Tanah milik bersama ( tanah kaum ) dimiliki berdasarkan salasilah, tetapi ada pengertian yang kuat tentang pemilikan peribadi seperti terhadap pangkat, nama , kemewahan/ kekayaan, alat-alat upacara dll
State/ negeri : Pemilikan peribadi dan negeri meningkat dengan mengorbankan pemilikan kaum / bersama.

9. Undang-undang dan kawalan
Chiefdom / kerajaan : Mungkin ada undang2 yang informal dan hukuman2yang khusu bagi anggota masyarakat yang melanggar larangan, ketua mempuyai hak yang terbatas untuk mengenakan hukuman / menggunakan kekerasan fizikal.
State/ negeri : Terdapat undang2 dan kawalan dan hukuman yang formal, negeri memegang semua hak untuk menggunakan kekerasan/ kekuasaaan secara fizikal.

10.Agama
Chiefdom / kerajaan : Bermulanya ketua agama yang formalmempunyai hiraki, agama yang berasaskan leluhur.
State/ negeri : Terdapat ketua agama yang sepenuh masa menyediakan / mengurukan upacara suci yang mengesahkan negeri.

11. Contoh-contoh masakini :
Precolonial ( hawai ), tikopia ( polsenia ), dagurs( Monggolia ),
Ankole ( Uganda ), jimma ( Ethiopia), volta ( afrika )

12. Contoh2 masa lalu dan prasejarah
Benin, dahomy ( Africa )
Aztec ( mexico ), inca ( peru ), sumeria ( Iraq )

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR