FOLLOWERS

Thursday 26 February 2009

Isu kereta dan lembu: Sultan Selangor terima penjelasan MB



Mohd Khalil Abdullah
Thu Feb 26, 09 7:07:50 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - "Tiada bantahan menggunakan kereta peribadi...lembu korban sebagai usaha kebajikan."

Demikian kenyataan yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung titah pendirian Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepadanya semalam.

Menurut Khalid, baginda Sultan Selangor tidak mempunyai halangan dan membantah penggunaan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

"Tuanku Sultan Selangor telah menyatakan pendirian untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi jika semua prosedur dipatuhi. Berita lanjut :.....


Penghuni Gua : Jika dibaca sepintas lalu tajuk akhbar Harakahdaily di atas seolah-olah DYMM Sultan Selangor perkenan penjelasan MB Selangor. Seolah DYMM bertitah , MB Selangor tidak bersalah dalm isu di atas. Harakah jangan ambil tajuk DYMM terima penjelasan MB tu secara separuh sahaja. Berita di atas yang dipaparkan oleh Harakahdaily sekadar manipulasiakan titah DYMM. Ini satu penghinaan kepada DYMM seolah DYMM merestui serta mengatakan MB tidak salah dalam tindakan dalam isu di atas. Baca sepenuhnya kenyataan DYMM Sultan Selangor tu. Titah DYMM yang perlu diingat oleh semua ialah : asalkan segala prosedur undang-undang dipatuhi.

Jadi ini isunya. Apa perkara pun yang nak dibuat kepada kenderaan dan lembu tersebut ialah misti ikut peraturan . Dalam hal ini peraturan tidak diikut. Jadi kepada Semua pihak terutama Harakahdaily, tulislah berita yang sebenar dan jangan lari dari isu asal. Baca komen Penghuni Gua mengenai ini. Iaitu bagaimana peraturan untuk menjadikan kenderaan sendiri sebagai kenderaan rasmi. Bagi Harakahdaily yang memperjuangkan Islam dan Islam juga asas perjuangan parti itu agar jangan memutarbelitkan fakta sebenar titah DYMM Sultan Selangor. Cukuplah anda berpolitik bersama parti - parti di Malaysia. Jangan perbodohkan pula Institusi Raja Melayu. Haram perbuatan begini. Inikah wadah dan wajah mereka yang memperjuangkan Islam?

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR