Parlimen Bukit Gantang akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan tidak lama lagi ekoran kembalinya kerahmatullah pada hari ini kerana serangan jantung. Oleh yang demikian BN perlulah memilih calun yang sesuai ( tidak calun yang sebelumnya yang kurang disukai ramai ) untuk memenangi semula kerusi ini. Peluang BN adalah cerah kerana ADUN Changkat Jering sudah berpaling tadah dari PKR dan kini( bebas ) menyokong BN. Ini kerana seingat saya pada PRU ke 12 yang lepas BN hanya kalah di DUN ini dalam lingkungan 1500 undi sahaja. Selain itu DUN Trong adalah milik BN dan hanya DUN Kuala Sepetang di menangi oleh PKR. Jadi ini memudahkan BN jika memilih calun yang sesuai. PR dan PKR sukar menang di parlimen ini kerana isu menghina raja di Kuala Kangsar baru-baru ini. Ini merupakan kesilapan besarnya terhadap orang Perak.
Jadi bagi orang Perak khasnya Parlimen Changkat Jering sudah pasti mereka akan menuntut bela atas penderhakaan PR dalam pilihanraya kecil parlimen ini. Itu sebabnya mereka sudah berubah suara dari hendak menyaman DYMM sehingga tidak jadi melakukan demikian. Pada pandangan saya YB Karpal Singh pun sudah pasti tidak akan menyaman DYMM Sultan Perak esok. Jadi kita tunggu esok. Kalau YB Karpal saman juga alamatnya bungkus le dia orang. BN pastikan cari calun popular, muda dan tiada berpenyakit berjangkit.
Yang melompat tu ADUN, belum pasti pengundi nya akan ikut serta. Sifirnya mudah. Jika rakyat perak sayangkan sultan macam 50 tahun dulu, tentulah BN akan menang. Tetapi Politik masa kini semakin sukar diramal, generasi muda dah terasuh mindanya dan maklumat tepat mudah diperolihi..
ReplyDeleteSalam, wajar dpilih calon anak tempatan, yg baik budi, telinga kuali spy dia sentiasa mdengar masalah rakyat...jg ulangi ksilapan calon KT, Insya Allah boleh menang!
ReplyDelete