Abdul Rahim Sabri Feb 10, 09 11:09am
kemaskini 7:06pm Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) Universiti Malaya, yang didominasi kumpulan pro-Mahasiswa, hari ini mengambil sikap sealiran dengan musuh tradisinya berhubung keputusan Sultan Perak dalam krisis politik di negeri tersebut.
Yang dipetua MPP Mohd Ridhuan Mohammad berkata tindakan Sultan Azlan Shah, yang juga canselor universiti itu, tidak wajar dipersalahkan.
"Seharusnya persepsi negatif terhadap baginda perlu di jelaskan dengan sebaiknya agar spekulasi ini tidak beterusan sehingga menimbulkan keadaan yang lebih buruk pada masa akan datang.
"Kedaulatan institusi beraja perlu dipertahankan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan.
Nota Penghuni Gua : Bagus le begitu. Ingat sebagai orang muda , boleh kalau kita semua berbeza pendapat dalam semua perkara tetapi bila yang berkaitan dengan Agama dan asas keujudan kita jangan diperdebat dan permainkan. Ingat asal usul kita. Lihat di mana kita berdiri. Berita lanjut :
No comments:
Post a Comment