FOLLOWERS

Monday 23 February 2009

Muktamad LCCT Labu tidak jadi – Najib




PHUKET 22 Feb. – Sudah muktamad! Cadangan pembinaan terminal syarikat penerbangan tambang murah (LCCT) baru di Labu, Negeri Sembilan tidak boleh diteruskan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Berita lanjut :.....

Penghuni Gua : Tahniah Dato Sri Najib. Anda telah membuat keputusan yang amat tepat. Sudah 2 cadangan Konglomerat Sime Darby , yang cuba menjahanamkan apa yang telah tokoh terdahulu usahakan dengan susah payah. Dato telah membuat satu tindakan yang tepat. Jangan dilayan apa-apa cadangan yang boleh memusnahkan projek-projek yang telah berjaya dan memberikan kebaikan kepada negara dan rakyat. KLIA sepatutnya dimajukan lagi dan bukan sebaliknya. Ayahanda Tun telah merangka KLIA untuk jangka masa yang panjang dan boleh dipelbagi gunakan dan belum digunakan semaksimanya.


Tahniah ! Sekali lagi dari kami semua kerana respon dengan cepat dengan mengenepikan cadangan ini. Ini telah menunjukkan tanda-tanda yang BN mula mengambil kira pandangan rakyat terbanyak dan peka terhadap kepentingan nasional. Perkara seterusnya yang sepatutnya Dato Sri mulakan semula pembinaanya atau mengkaji balik cadangan nya ialah mengaktifkan semula pembinaan Jambatan bengkok ( Gerbang Perdana / Gerbang Selatan ) yang sebelum ini telah dibatalkan. Pembinaan gantian iaitu pembinaan CIQ baru di Johor Bharu telah terbukti silap dan menyusahkan rakyat dan memberi kerugian kepada peniaga di Johor Bharu. Teruskan usaha Dato Sri dengan berani setelah menjadi PM Malaysia. Selamat berjaya Dato Sri. Kami doakan kejayaan anda. Tahniah. Semuga Gerbang Selatan menjadi kenyataan semula.........

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR