FOLLOWERS

Friday, 20 February 2009

KHUTBAH JUMAAT MASJID SG PUTAT MELAKA : JATI DIRI UMAT ISLAM




Hari ini Penghuni Gua keluar dari pertapaan di gua dan berlepas balik dari Cheras ke Melaka dengan motosikal. Balik ke rumah di Taman Jati Kg. Sungai Putat, Bt Berendam , Melaka. Jam 1100 pagi sampai. Dapat le rehat kejap. Jam 1320 ke Masjid Kg. Sungai Putat Melaka, untuk sembahyang jumaat. Sampai aje ke masjid khutbah baru bermula. Dalam letih , campur mengantuk , dapatlah juga mendengar dan memahami isi khutbah yang dibaca oleh Khatib yang bertugas. Tajuk khutbah tersebut ialah :

TANGGUNG JAWAB MEMELIHARA JATI DIRI UMAT ISLAM


1. Adalah salah di sisi Islam kepada mereka yang berpendapat masyarakat dan kerajaan tidak boleh membincang dan memaparkan perihal dan perilaku yang menyentuh isu-isu peribadi seseorang dengan alasan ia melanggar hak asasi dan hak privasi seseorang.


2. Adalah menjadi kewajipan sebagai orang islam dalam konsep amal makruf nahi munkar.

3. Perkara yang halal dan haram telah ditetapkan oleh islam. Jadi kita wajib mengatakan yang benar. Yang haram kita haramkan dan yang halal kita halalkan. Jangan kita lakukan sebaliknya kerana pengaruh dan diatas sebab fikiran kita yang belum merdeka / terbelenggu.

4. Sekiranya perkara yang halal kita haramkan dan perkara atau perbuatan yang halal kita haramkan maka ini kemungkinan akan memberikan isyarat yang salah kepada generasi muda kita . Merosakkan jati diri umat islam dan masyarakat umum keseluruhannya di negara ini.

5. Jadi dalam menjalankan kehidupan di muka bumi ini khususnya di Malaysia, setiap warga negara khasnya umat islam perlu menjalankan tanggung jawab masing-masing dalam amal makruf nahi mungkar kerana ini akan membina jati diri bangsa Malaysia dan umat islam khasnya. Jangan jadikan alasan, hak peribadi dan hak asasi menyebabkan kita meninggalkan kewajipan kita.



Penghuni Gua : Itu jelah yang dapat diingat dan sempat didengar dalam keadaan letih dan mengantuk. Musafir katakan. Lu fikir-fikir lah sendiri.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR