FOLLOWERS

Saturday, 28 February 2009

Strategi sang Singa tua DAP….




Dipetik dari Blog : Agenda Daily 28 Feb 2009


Hebat dan bijaknya Karpal Singh ialah beliau berlindung disebalik Parlimen dan statusnya sebagai OKU yang berkerusi roda.Singa tua DAP ini cukup tahu provokasinya dalam sidang Dewan Rakyat kata ‘ Pemuda UMNO celaka’ pasti akan mengundang reaksi.Namun dalam kepala otaknya tahu siapa saja yang jentik telinganya akan terus dianggap bacul buli orang kurang upaya dan lebih dari itu melanggar keistimewaannya sebagai Ahli Parlimen.
Jadi jangan hairan kalau Ahli Parlimen Bukit Gelugor ini dengan mudah saja boleh pakai main tuduh dua butir peluru padanya tempoh hari dihantar oleh Pemuda UMNO.Karpal juga bukan bodoh.Sebab itu beliau boleh selamba main tarik tali dalam Dewan Rakyat cakap tarik balik…cakap tarik balik “Pemuda UMNO celaka”.Makanya kisah 13 orang Ketua Pemuda UMNO Selangor yang geram nak berdepan dengannya dekat pintu masuk bangunan menara Parlimen awal petang Khamis bukan sesuatu yang mengejutkan.Umpannya menang mengena.Mereka terus didakwanya tampil macam samseng. 28/2/2009 .


Penghuni Gua : Hanya Raja di rimba.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR