FOLLOWERS

Sunday 15 February 2009

Bangsa DAP dalam pembikinan - Perak lokasi ujikaji

Dipetik dari Blog : Perak Bangkit.

Apakah itu Pakatan Rakyat...? Cuba sebut pelan-pelan perkataan RAKYAT... Sdr Ipoh Malay boleh tolong berikan URL Thread yang berkenaan RAKYAT dijadikan sebagai metode propaganda Yahudi untuk menawan dunia. Saya sempat membaca sekilas lalu tulisan beliau. Sungguh baik penulisan tersebut.... RAKYAT...Rakyat...

Apakah nama DAP sebelum ianya dinamakan Parti Tindakan Demokratik... Namanya ialah Parti Tindakan Rakyat... Perkataan Demokratik telah diselindungkan di balik maksud Rakyat tadi... Dan seterusnya Parti Keadilan Rakyat... dan seterusnya Parti Rakyat Malaysia.... dan akhirnya mereka menamakan gagasan mereka sebagai Pakatan RAKYAT....

Perjuangan atas nama rakyat adalah bertentangan dengan Islam... Sesiapa yang kononnya jaguh agama di sini, cuba tuliskan manakah hujah yang mengatakan di dalam Islam adanya Perjuangan Rakyat. Perjuangan Islam ialah Sibilur Rabbi... Boleh ditarsirkan sebagai Amar Makruf dan Nahi Munkar. Dalam konteks politik ianya adalah perjuangan Agama, Bangsa dan Takhta/Tanahair.

Agama ialah payung perjuangan, manakala bangsa ialah Khaira Ummah, dan Takhta ialah Ulul Amri atau Daulah.

Lihatlah percaturan DAP.... Mereka tahu mereka tiada kerusi yang boleh menawan majoriti di DUN Perak... Mereka perlukan beberapa kawasan Melayu untuk memerintah... Dengan teori Paktan Rakyat, kini mereka berjaya memerintah Perak. Sekiranya Datuk Asri ada, tak mungkin DAP dapat memerintah, kerana politik Datuk Asri ialah politik Islam Kebangsaan Melayu.

Apa yang berlaku dahulu selepas Pilihanraya 1969, PAS menang satu kerusi di Perak dan kebetulan satu kerusi itu jadi faktor penentu siapa yang boleh menubuhkan kerajaan. Lantas PAS memutuskan untuk BERKECUALI dan majoriti akhirnya berpihak kepada BN. PAS boleh saja memihak kepada Kerajaan PPP Campuran yang hampir-hampir ditubuhkan TETAPI, kepimpinan PAS pada masa itu amat matang tentang politik Malaysia.

Tidak seperti hari ini... teori Gagasan Rakyat melalui agenda Pakatan Rakyat telah membenarkan DAP menubuhkan kerajaan. DAP bukan untuk bangsa Cina atau India... DAP bukanlah langsung untuk bangsa Melayu... Tetapi dalam diam Bangsa DAP telah tercipta... Nizar dan PAS Perak telah menjadi bangsa DAP... PKR pun telah ikut jadi bangsa DAP...

Manakala ramai Cina sudah rimas menjadi boneka Nga dan Ngeh dan tak mahu ikut serta agenda DAP yang hina... lalu bangunlah seorang ahli politik berprinsip seperti Hee Yit Foong yang bangun menentang kediktatoran Nga dan Ngeh...

Semua ini adalah Makar Allah yang lebih hebat daripada Makar DAP laknatullah...

Nga dan Ngehlah angkara ribut politik kini... Tapi Nga dan Ngeh tidak dihukum malah dipuja waja. Sultan dan UMNO diherdik... Pejuang seperti Osman, Jamal dan Hee diherdik...

Yang macam kera berbaring atas jalan ialah orang PAS dan orang Melayu... Yang dikuda-kudakan ialah Nizar... Tapi Nga dan Ngeh buat apa... Mereka sengeh memanjang... Mereka bertepuk tangan melihat betapa bodohnya Melayu PAS diperkudakan oleh mereka... Mereka suruh PAS minta Pilihanraya... Tapi... bila dapat pilihanraya... mereka akan letak proksi berbangsa Melayu sebagai Calon DAP.. Orang itulah nanti akan jadi MB Perak... MB Perak adalah kalangan DAP.... DAP Rulez
Penghuni Gua : Malas nak tulis hari ini : Petik ulasan orang Perak aje cukup le. Bagus juga tulisanya. Semua aktor dalam PR dah cuci tangan berkaitan isu Karpal dan derhaka kerana dah tahu rakyat terbanyak masih menjunjung ke Bawah Duli Tuanku. Semua cuci tangan bila dah tahu , tak untung bagi pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bt Selambau. Hipokrit betul lah. Namanya pakai serban besar bakul. Kena batang hidung sendiri dan bila tak untung tiba-tiba aje beralih angin. Kesian Karpal. Nasib engkau le. Kepada Orang Bukit Gantang , di seru Derhaka kepada Pakatan Rakyat sepenuhnya tanpa mengira parti. Mereka telah mencemar DYMM dan institusi orang Melayu...............
Penghuni Gua : Tak pernah derhaka pada ibubapa jauh sekali Raja. Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR