DR TAKIYUDDIN
Aliran neokonservatif dalam dasar luar Amarika Syarikat
PENGENALAN
• Selepas 9/11 – menjadi satu buzzword
• Bermula pada era Presiden Johnson (1965++).
• Mula berpengaruh pada era Ronald Reagan dan muncul kembali dengan lebih menonjol pada era Bush
LATAR POLITIK AS
• Dua parti utama di AS – Parti Republikan dan Parti Demokratik
• Aliran konservatif kebiasaannya wujud dalam Parti Republikan (Grand Old Party)
• Konservatif = conserve, status quo, institusi, kelas, warisan, menentang perubahan mendadak, tidak suka idea utopia dan menentang campur tangan kerajaan dalam pemerintahan (aspek neo-liberal)
Landasan Teoritikal
1. Realis – keseimbangan kuasa – Morgenthau/ Kissinger
2. Idealis – penyebaran demokrasi – Woodrow Wilson
3. Democratic Peace Theory – Michael Doyle
‘democracies don't go to war with each other’ and that ‘the way forward in the Middle East…is to promote democracy’ (Bush, 2004)
4. Teori Elit – C. Wright Mills – The Power Elite (1967)
5. Hegemoni Ideolgikal – Gramsci / Cox
ASAL USUL NEOKONSERVATIF
• NEO – “BARU” = Konservatif Baru?
• Aspek paling menonjol – dasar luar, ekonomi dan isu-isu sosial dan moraliti
• Bermula sebagai kumpulan dasar domestik
• Kritik campur tangan kerajaan yang keterlaluan – konsep negara kebajikan
TOKOH-TOKOH AWAL
• Irving Kristol
• Norman Podhoretz
• Daniel Bell
• Daniel Moynihan
• Nathan Glazer
• Belajar di City College, New York – “intelektual New York @ intelektual Yahudi”
• Konsep disillusionment – bekas penganut Trotsky (Marxis) + aliran radikal kiri + aliran liberal = liberals who have been mugged by reality
• Sekumpulan intelektual liberal yang berubah ke arah kanan. Tapi tidak anggap mereka sebagai konservatif
• Sehubungan itu, lebih sesuai dianggap sebagai – nasionalis, revolusioner berhaluan kanan, radikal kanan,
DARI DASAR DOMESTIK KE DASAR LUAR
• Persoalan penting – bagaimana boleh beralih ke dasar luar?
• Komunisme – kejahatan yang amat unik
• Kritik dasar détente Presiden Nixon-Kissinger dengan China dan USSR yang bayangkan kelemahan AS
• 1972 – Coalition for Democratic Party – sekumpulan ahli Demokrat diketuai Senator Henry Jackson & Jeane Kirkpatrick dibentuk dan isytiharkan tentangan terhadap konsep appeasement
• Generasi kedua neokonservatif seperti Paul Wolfowitz, Richard Perle dan Elliot Abrams lahir dari kumpulan ini
• Tubuhkan kumpulan Committee on The Present Danger (CPD) untuk pengaruhi pendapat umum
• Sebahagian besar anggota CPD dilantik Reagan dalam pemerintahannya dan berperanan penting dalam penggal pertama
• Kritik Bush Sr dan Clinton yang lemah dalam dasar luar dan gagal gulingkan Saddam
• William Kristol dan Robert Kagan (1996) – seru ‘Neo-Reaganite Foreign Policy’
• ‘Troika’ = Krauthammer, Kagan dan Kristol
• Generasi Kedua Neokonservatif
• Project For New American Century 1997 – ambil asas dari Defense Planning Guidance 1992 yang dirangka Cheney / Wolfowitz
• Lihat dokumen asal DPG 1992 di
http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9E0CE1D7173AF93BA35750C0A964958260&sec=&spon=&pagewanted=1
“The Project for the New American Century is a non-profit educational organization dedicated to a few fundamental propositions: that American leadership is good both for America and for the world; and that such leadership requires military strength, diplomatic energy and commitment to moral principle.“
(Mission statement)
• 9/11 – titik kebangkitan semula neokonservatif: Sebab:
i.perletakan pegawai Reagan dan tokoh neokonservatif dalam pentadbiran Bush
ii.peranan Kristian Kanan
iii.ketidakstabilan di Timur Tengah
• Posisi intelektual + posisi pentadbiran
• James Mann (2004) – The Vulcans – kumpulan yang berlatarbelakangkan ketenteraan
Idea-idea utama neokonservatif
1. Ketenteraan – Kristol & Kagan
2. Pertukaran rejim – Frum/ Perle
3. Penyebaran demokrasi – Muravchik / Bennet
4. Unilateralism – Krauthammer
5. Penolakan terhadap institusi kerjasama antarabangsa - Bolton
Pandangan yang radikal khususnya dalam aspek di Timur Tengah dan keperluan menggulingkan Saddam dalam gagasan
every ten years so, the United States need to pick up some small crappy little country and throw it against the wall, just to show the world we mean business.
• …kami akan membuatkan ramai orang berasa gementar dan kami akan dengar sebagai contohnya, rejim Mubarak atau keluarga diraja Saudi memikirkan tentang idea ini yang rakyat Amerika ini cuba menyebarkan demokrasi di bahagian dunia ini. Mereka akan berkata, “Kamu membuatkan kami amat gementar.” Reaksi dari kita seharusnya “Bagus”.
(James Woolsey)
• ...pembebasan orang berkebolehan dalam salah satu negara penting di negara Arab dari cengkaman salah seorang penzalim (Saddam) dunia akan menjadi peluang... membina dunia yang adil dan aman dari perang keganasan.
(Paul Wolfowitz)
• APA JUA HASIL PENCARIAN (WMD) ITU, ia akan tetap menjadi satu kes bahawa perang (Iraq) adalah berbaloi untuk diperangi dan ia adalah sesuatu yang perlu.
(Kagan dan Kristol)
• Iraq is a very good candidate for democratic reform... It won’t be Westminster overnight, but the great democracies of the world didn’t achieve the full, rich structure of democratic governance overnight.
(Perle)
NEOKONSERVATIF DAN KRISTIAN KANAN
Kristian Evangelika / Fundamentalis
• Pangkalan sokongan Reagan dan Bush
• Christian Coalition dan Moral Majority
• Kenyataan yang radikal:
– Arah agar bunuh Hugo Chavez.
(Pat Robertson)
– “Saya fikir (Nabi) Muhammad adalah pengganas. Saya telah membaca cukup bahan sejarah yang dihasilkan oleh orang Muslim dan bukan Muslim dan dia merupakan seorang yang ganas dan suka berperang.”
(Falwell)
NEOKONSERVATIF DAN GERAKAN YAHUDI
o Peristiwa holocaust + kebangkitan anti-Yahudi pada 1960-an
o Berperanan penting apabila Idi Amin kritik Yahudi di PBB – Daniel Moynihan dan Jeane Kirkpatrick
o “...jika terdapatnya gerakan intelektual di AS di mana ciptaannya boleh dituntut secara tunggal oleh pihak Yahudi, ia merupakan neokonservatif.” (Gal Beckerman dalam majalah Forward)
o Pengarah Eksekutif Institut Jewish, Thomas Noumann pernah menganggap bahawa pentadbiran Bush adalah yang terbaik bagi Israel sejak Presiden Truman mula mengiktiraf Israel pada 1948
o Kumpulan neokonservatif menasihati Perdana Menteri Israel ketika itu, Benjamin Netanyahu melalui laporan A Clean Break: A New Strategy for Securing The Realm pada 1996
o Posisi pentadbiran Bush penuh dengan Yahudi
o Tun Mahathir kritik secara terbuka pada 2003
o Mearsheimer dan Walt (2006) – The Israel Lobby – Israel Public Affairs Committee’s (AIPAC)
o Daniel Pipes lancarkan Campus Watch
o Gabungan Kristian Kanan dan Yahudi Kanan – gabungan ekstrem - penyokong paling kuat terhadap negara Israel yang sah
o Penggantungan kepada faktor agama – kaitkan diri dengan kehendak Tuhan
o Bush anggap dia terima isyarat Tuhan untuk perangi keganasan – misi bersifat agama – crusade, evil
o Schlesinger (2005) menganggap Bush merupakan “most aggresively religious president in American history”
o Doktrin Serangan Awal
o Ambil inspirasi dari Rebuilding America’s Defend 2000 (PNAC)
o Doktrin cegah-rintang digantikan dengan doktrin serangan awal
o Preventive offensive war bukan serangan awal – untuk cegah pesaing berpotensi
• Platform pembentukan dasar
Era Reagan – Committe on The Present Danger
Era Bush – Project For The New American Century
Punyai akses terhadap maklumat / boleh pengaruhi pendapat umum
Latar pendidikan – sebahagian besar pemegang PHD / Ivy League / pakar dalam bidang masing-masing
• Platform Media Massa dan Kumpulan Pemikir
Paling penting – pengaruhi pendapat awam
The Public Interest, Commentary, The Weekly Standard, Stesen Televisyen Fox – pertahankan Israel dari setiap segi
Kumpulan pemikir – American Enterprise Institute, Jewish Institute For National Security Affair (JINSA), Institut Hudson – keahlian yang bertindih
• Strategi Pertahanan
Reagan dan Bush agresif kerana punyai penasihat dan pakar ketenteraan
Reagan cadangkan Star Wars dan Bush realisasikannya
Neokonservatif tekankan Sistem Pertahanan Peluru Berpandu sejak 2001 – legasi Reagan
Keluar dari Perjanjian ABM
Teori Perang Dunia Keempat – Elliot Cohen/ Podhoretz
• Unilateralisme
Bukan dasar baru – ketenteraan dan penolakan terhadap institusi kerjasama antarabangsa
Robert Kagan – Of Paradise and Power (2003) – AS adalah kuasa agung yang menentukan orde dunia (Pax Amerikana)
Keluar dari Perjanjian ABM, Perjanjian Kyoto dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa
TRAGEDI NEOKONSERVATI
• Reagan berubah tetapi tidak Bush
• Penggal kedua mencerminkan tragedi neokonservatif
• Ramai neokonservatif meletak jawatan, akui kesilapan, ditukar dan disabitkan dengan kesalahan
• Krisis dengan pihak tentera
BERAKHIRKAH IDEOLOGI NEOKONSERVATIF?
• Persoalan sebenar bukan sama ada neokonservatif masih menduduki posisi pentadbiran atau tidak tapi penyerapan idea mereka yang masih kuat – serangan Gaza.
• Kekuatan sebenar terletak di platform media massa dan kumpulan pemikir – gerakan intelektual
14 years ago
No comments:
Post a Comment