FOLLOWERS

Friday 13 February 2009

Jangan biadap: Sultan Selangor

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini melahirkan perasaan amat kecewa dengan apa yang baginda sifatkan sebagai gelagat biadab terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru negeri Perak baru-baru ini.
“Perkembangan politik, peristiwa demonstrasi jalanan serta pertelingkahan antara pelbagai pihak, bersabit dengan pelantikan baru kerajaan negeri Perak baru-baru ini, yang sehingga membawa kepada gelagat biadab terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, amat mendukacitakan dan mengecewakan Beta,” titah daginda dalam satu kenyataan akhbar khas yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah di sini.
Dalam kenyataan tiga muka surat itu, Sultan Selangor menasihatkan pihak yang mencabar hak, peranan serta kedudukan Raja-Raja yang dijamin melalui Perlembagaan Persekutuan supaya menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mengambil sebarang tindakan. - Bernama
Penghuni Gua : Ampun Tuanku , Ampun Tuanku, Ampun Tuanku. Patik pohon perkenan menyembah duli, agar semua DYMM-DYMM juga menyuarakan titah yang sama . Ampun Tuanku. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR